View: 5826|Reply: 25
|
"Tak Sangka, Ramai Nak Jadi Iblis" - Osman Ali
[Copy link]
|
|
Pengarah Osman Ali tidak menyangka uji bakat pencarian pelakon bagi menjayakan watak iblis dalam telefilem seram terbaharu arahannya, Sihir Pemisah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih ratusan permohonan diterima.
Kredit foto: IG Osman
Menurut Osman, dia sudah menyenarai pendek sebanyak tiga nama yang dilihat berpotensi untuk membawakan watak tersebut berdasarkan sesi uji bakat yang dibuat sebelum ini.
"Sebenarnya, saya terkejut juga dengan respons menggalakkan yang diterima untuk mencuba nasib melakonkan watak iblis. Dalam banyak-banyak, saya cuma panggil 20 yang terbaik untuk hadir sesi uji bakat.
"Sekarang, saya sudah menyenarai pendek tiga nama dan akan ada lagi satu casting selepas ini untuk pilih calon yang benar-benar layak dan sesuai. Saya lebih tertarik untuk mencari pelakon baharu yang tidak terlalu sibuk jadualnya berbanding pelakon yang sudah ada nama.
"Watak iblis dalam naskhah ini bernama Dasim yang dihantar untuk merosakkan hubungan rumah tangga sehingga mencetuskan konflik antara pasangan suami isteri.
"Kita selalu dengar masalah mengenai suami isteri yang tiba-tiba sahaja membenci antara satu sama lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, hal itu berkemungkinan besar kerana mereka diganggu iblis Dasim," katanya kepada mStar.
Kredit foto: IG Osman
Sihir Pemisah dibintangi Beto Kusyairy dan Fasha Sandha itu akan memulakan penggambarannya pada 16 Disember ini di sekitar Ipoh, Perak.
Osman turut menambah watak iblis yang diterjemahkan dalam telefilem itu akan mengikut garis panduan ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
"Watak Dasim tidak akan melanggar mana-mana garis panduan sebab saya hanya akan tonjolkan kelibat dan aksinya ketawa sahaja.
"Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk.
"Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau menghasut orang ramai," katanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apalah sangat kena jadi iblis kalau bayarannya berbaloi & untung2 leh femes. Camni pun leh masuk bod gosip ke? |
|
|
|
|
|
|
|
suruh makan tahi pun kalau kau bagi duit orang buat weh janji cepat kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 15-12-2020 02:53 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Wow.. Curlasttt profile pic tu |
|
|
|
|
|
|
|
malas la..
sbb tu lakonan.. iols nk real iblis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ori la bila cilok dr tmpt lain...
Buat la rekaan sendiri...
Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk. |
|
|
|
|
|
|
|
yang bukan berlakon pun dah ramai kat luar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang bukan berlakon pun dah ramai kat luar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya nak jadi iblis sgt tapi mmg ramai tgh cari job kat luar sana...apara... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir zaman ni memang ramai dah jadi iblis. Jadi tak heran ramai nak watak jadi iblis. |
|
|
|
|
|
|
|
watak pontianak politik ada tak...tengkuk ni haus dik |
|
|
|
|
|
|
|
Osman ali.. Msti ada soft porn gittew.. Dulu2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 15-12-2020 02:53 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Baca tajuk je terus terlintas nama Noraniza Iblis dalam otak iols...hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bunjut badan Osman ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dai'e Syed sempat pi audition x? Beliau pon ala2 bilis kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa syg nye.. Kalo x mat over bole laaa join ujibakat ni... Kate xde job dh... Sbb job ni sesuai dgn die tanpa topeng. |
|
|
|
|
|
|
| |
|