"Mengambil video tanpa kebenaran, menyebarkan video atas tujuan untuk memalukan staf, adalah salah sama sekali."
Sebuah video tiba-tiba tular apabila seorang personaliti media sosial memarahi petugas barisan hadapan (frontliner) yang didakwa kasar ketika membuat ujian Covid-19.
Dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'Akak ni sumpah s*al takda hati perut' serta memuat naik di laman media sosialnya membuatkan netizen mula mengecamnya kerana sengaja menimbulkan isu.
Foto: Twitter
Rentetan itu, Presiden portal Med Tweet My, Dr.Khairul Hafidz menempelak perbuatan itu lalu meminta jururawat tersebut mengambil tindakan.
Foto:Twitter
Namun, selepas mendapat kritikan yang bertalu-talu, insta famous tersebut akhirnya bertemu dengan jururawat terbabit bagi menjernihkan keadaan serta membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.
Foto: Twitter
Bagaimanapun, netizen masih tidak dapat memaafkan permohonan tersebut kerana ia disifatkan tidak ikhlas. Sementelah lagi dia mendakwa jururawat tersebut tertekan ketika bekerja hingga membuat kerja kasar. Ia seolah-olah dia tidak memahami cara kerja barisan hadapan yang sebenarnya.
Foto: Twitter
Wah! Macam-macam isu ya? Buat salah dan kemudiannya minta maaf. Adakah ianya untuk cepat popular atau memang ini trend terbaharu yang perlu ditularkan? - CARI
|