View: 2188|Reply: 9
|
Dah Hulur Minuman, Dua Abang Askar Patah Balik Risau Pakcik Kelaparan
[Copy link]
|
|
Kehidupan di dunia sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya meskipun sangat berat untuk dilalui oleh seseorang.
Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama @maslianadin memuat naik satu video memaparkan situasi sedih yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki warga emas.
Sedih. Terbayang ibu bapa sendiri.
Video meraih ribuan tontanan itu memaparkan dua anggota tentera di luar sebuah restoran makanan segera dengan menaiki motosikal sebelum memberi minuman kepada seorang pakcik yang duduk bersendirian di lokasi berkenaan.
Pada mulanya, kedua-dua mereka hanya memberi minuman, namun mengambil keputusan untuk turut memberi makanan kerana pakcik itu kelihatan begitu kepenatan.
Kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang itu sempat dirakam oleh Masliana yang turut berada di situ menyaksikan momen sebak tersebut.
Perkongsian video berdurasi 17 saat berkenaan meraih perhatian warganet yang memuji kehebatan dan kebaikan dilakukan oleh dua sahabat itu selain turut mendoakan agar pakcik tersebut dalam keadaan baik.
Allahuakbar, semoga pakcik dimurahkan rezeki. Terbaik wira negara! Memang ‘respect’
Semoga dipermudahkan urusan abang askar. Kaya dengan jiwa kemanusian
Bagus wira negara datang memberi pertolongan! Ingatlah, setiap ujian yang datang adalah untuk mendekatkan diri kita sebagai seorang insan beriman.
Sumber: TikTok Masliana Din via omm |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramainya orang susah.pakat2 tolonglah kalau korang nampak.moga abang askar dan pakcik tu dimurahkan rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku banyak kali kata nak buat masak2 & tolong gelandangan. Aku kata dekat dia "simpan je duit tu utk diri kau sebab kau sendiri sengkek.. kalau betul kau beria nak tolong orang, kau pergi kampung2, kau sedekah dekat situ. Tapi tengok orang tu jenis malas ke atau betul2 susah. Gelandangan ni jauh lebih kaya dari kau. Siap ada epf rm50k sedang kau epf pun takde". Masa banjir tu, takde pulak dia beria nak tolong. Tp tak tau la dia tolong dalam diam ke apa.. husnuzon jah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah murah kan rezeki abang askar ni dan juga pakcik tersebut.. semoga dalam lindungan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
semoga abg askar dikurniakan rezei berganda |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga abg askar diberikan perlindungan daripada wabak pandemik ini dan dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kan, nak sedekah ni jangan tunggu kita banyak duit/kaya. Walaupun kita susah dan ada sedikit duit, sedekah je walau sedikit. Dan yakin sedekah tu nanti Allah ganti dengan rezeki berganda-ganda. Bila kita berkira, kita tarik semua benda yg berkira jadi kat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin bantu orang satu hari nanti kalau perlukan bantuan pasti akan ada yang bantu jadi tak salah kalau suka membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dimurahkan lagi rezeki bro askar tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|