CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1088|Reply: 3

[SARAWAK] Covid 19 02/02/2021

[Copy link]
Post time 2-2-2021 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 2-2-2021 05:52 PM
Hari ini terdapat 121 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (37), Miri (25), Kapit (21), Dalat (10), Bintulu (9), Bukit Mabong (4), Kuching (3), Song (3), Beluru (3), Serian (2), Sarikei (1), Kanowit (1), Julau (1), dan Selangau (1)]


menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,676 kes.

A. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (37 Kes)
a) 25 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 5 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.
c) 4 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Sibu.
d) 2 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
e) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sibu.

II. Daerah Miri (25 Kes)
a) 18 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. 14 kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan dan empat (4) kes kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Beluru.
b) 3 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Miri. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 2kesyangmelibatkanklusterJelita.
d) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Miri.

III. Daerah Kapit (21 Kes)
a) 19 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Kapit.

IV. Daerah Dalat (10 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

V. Daerah Bintulu (9 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes yang melibatkan kluster Rakut.

VI. Daerah Bukit Mabong (4 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Pasai.

VII. Daerah Song (3 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

VIII. Daerah Beluru (3 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes yang melibatkan kluster Rakut.

IX. Daerah Kuching (3 Kes)
a) 2) kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Kuching.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Kuching.

X. Daerah Serian (2 Kes)
a) 2 kes melibatkan saringan tapak pembinaan di Daerah Serian.

XI. Daerah Kanowit (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

XII. Daerah Selangau (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Selangau.

XIII. Daerah Julau (1 Kes)
a) 1) kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Julau.

XIV. Daerah Sarikei (1 kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

B. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 12 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 53 individu telah disaring dimana, 3 negatif dan 42 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 75 individu telah disaring dimana, 67 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 22 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring, dimana 109 negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 135 negatif dan 25 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,088 individu telah disaring, dimana 769 negatif dan 302 masih menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 140 kes. Sejumlah 500 individu telah disaring, dimana 340 negatif dan 20 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 31 kes. Sejumlah 300 individu telah disaring, dimana 269 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Jelita, Miri : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 55 kes. Sejumlah 332 individu telah disaring, dimana 255 negatif dan 22 masih menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 32 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,001 kes. Sejumlah 22,500 individu telah disaring, dimana 19,853 negatif dan 646 masih menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XI. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

C. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 148 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (101), Hospital Bintulu (18), Hospital Umum Sarawak (15), Hospital Miri (10) Hospital Sarikei (4). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 2,985 orang atau 63.84% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,635 orang dimana:
• 862 kes di Hospital Sibu;
• 315 kes di Hospital Miri;
• 159 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 132 kes di Hospital Bintulu;
• 138 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 24 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.

Hari ini, 145 PUI baru telah dilaporkan dan 27 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

D. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Sarikei telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan sebanyak hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,961 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 105 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Beluru, Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 132 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.

2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun di daerah Miri (5), Samarahan (3), Kuching (1) dan Padawan (1) kerana telah melanggar SOP.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 107 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu DBKU (34), MPP (29), SMC (20), MD Marudi (15), MD Serian (4), MD Limbang (2), BDA (1), MD Subis (1) dan MD Lawas (1).
3. LAPORAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Seorang majikan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sibu di bawah Sekyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada penduduk yang boleh membenarkan mana-mana imigran haram untuk masuk atau tinggal di mana-mana premis.
Seramai 45 orang imigran haram telah ditangkap di premis tertuduh kerana didapati telah tinggal di premis miliknya. Tertuduh telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 atau penjara tiga (3) bulan (bagi setiap orang). Tertuduh telah mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak RM225,000.


Seketariat
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 06:03 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 09:33 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 09:46 PM | Show all posts
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Kenyataan Media(2/2/2021)
138 kes sedang dirawat di Hospital Kapit(PKRC Kapit)
Senarai 10 lokasi yg  terdedah di Pekan Kapit dalam tempoh yg dinyatakan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036420 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list