View: 1387|Reply: 3
|
[SABAH] Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Di
[Copy link]
|
|
Hasrat untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak kesampaian.
Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis. Kadang kala, tidak semua perkara harus dipertimbangkan mengikut logik hitam dan putih. Dalam menentukan sesuatu keputusan, sifat empati juga harus diambil kira.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa daerah di Malaysia, kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali. Namun demikian, lain pula kisahnya di Tenom, Sabah apabila sekumpulan penduduk kampung yang serba kekurangan dikenakan kompaun semasa dalam perjalanan hendak membeli barang keperluan.
Disaman kerana menaiki bas melebih kapasiti yang ditetapkan
Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu tersebut menyaksikan seramai 8 orang penduduk Tenom di Sabah dikenakan kompaun kerana menaiki bas yang melebihi kapasiti 50% penumpang seperti yang ditetapkan.
Akibat dikenakan kompaun, penduduk kampung tersebut menzahirkan rasa sedih kerana mereka tidak sengaja berbuat demikian namun tetap dijatuhkan kesalahan tersebut. Jelas mereka, jarak kampung mereka agak jauh dari pekan dan sukar untuk mereka berulang-alik dengan kerap semata-mata untuk membeli barang keperluan.
Ada yang telah menahan kesakitan semasa tempoh PKP dan terpaksa ke pekan
Memetik laporan FMT, pemandu bas, Ruil Taligi, pada asalnya tidak mahu membenarkan penduduk kampung tersebut menaiki basnya kerana telah melebihi had penumpang tapi atas dasar simpati, pemandu tersebut membenarkan mereka menaiki bas.
Jelas Ruil lagi, ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan dan ubat-ubatan. Malah, ada yang telah menahan kesakitan selama tempoh PKP dan terpaksa menggagahkan diri pergi ke pekan untuk membeli bekalan ubat yang telah habis.
Seorang lagi penduduk yang turut dikenakan kompaun RM 1,000 adalah seorang warga emas yang bernama Irip Pang. Menurut Irip, beliau turun ke pekan untuk membeli barang keperluan seperti lampin dan susu untuk cucunya yang kelainan upaya (OKU). Tambahnya lagi, beliau kini menjaga seorang cucu kerana ibunya telah meninggal dunia selain suaminya yang tidak mampu lagi keluar kerana telah uzur.
Pemandu merayu untuk anggota polis menyamannya seorang sahaja namun tidak diendahkan
Semasa ditahan, pemandu bas telah menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis dan merayu agar diberi amaran terlebih dahulu ataupun menyamannya seorang sahaja. Namun demikian, anggota polis yang bertugas ketika itu tetap mengarahkan mereka untuk pergi ke IPD Tenom dan kesemua 8 penduduk miskin tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000 seorang.
Sehingga kini, masih tiada kenyataan balas dari IPD Tenom tentang perkara tersebut.
credit
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kejam nya ...
harap bila dah tular camni... saman tu ditarik balik...
tapi...
kalau dah sakit ... pesan saja kat sapa2 untuk belikan ubat nya ...
Malah, ada yang telah menahan kesakitan selama tempoh PKP dan terpaksa menggagahkan diri pergi ke pekan untuk membeli bekalan ubat yang telah habis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa ni lah kena guna budi bicara dan kebijaksanaan penguatkuasa dan bukannya main saman orang je |
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
rasa pelik nya sebab nak pembaris sangat ...
atau ...
ada cerita lain yang kita2 tak tau...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|