View: 1427|Reply: 6
|
[SARAWAK] Covid 19 06/02/2021
[Copy link]
|
|
Hari ini terdapat 185 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak
[Sibu (101), Lundu (19), Song (18), Dalat (12), Subis (7), Kanowit (6), Bintulu (4), Kapit (4), Bau (3), Kuching (2), Saratok (2), Miri (1), Julau (1), Meradong (1), Belaga (1), Matu (1), Kabong (1) dan Lawas (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,457 kes.
A. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Sibu (101 Kes)
a) 32 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 30 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 5 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 34 kes adalah lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke
pusat kesihatan di Daerah Sibu.
II. Lundu (19 Kes)
a) 19 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
III. Daerah Song (18 Kes)
a) 12 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes merupakan saringan individu bergejala di fasilliti
kesihatan di Daerah Song.
d) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan.
IV. Daerah Dalat (12 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 9 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif di lokaliti di bawah PKPD.
V. Daerah Subis (7 Kes)
a) 7 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
VI. Daerah Kanowit (6 Kes)
a) 2) kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan
VII. Daerah Bintulu (4 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Jun Heng.
b) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan
sebagai kes Import C dari Daerah Subis.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19.
d) 1 kes merupakan saringan individu bergejala di fasilliti kesihatan di Daerah Bintulu.
VIII. Daerah Kapit (4 Kes)
a) 3 kes merupakan saringan pesakit yang berada di dalam
Hospital Kapit.
b) 1 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19.
IX. Daerah Bau (3 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Tabong.
X. Daerah Kuching (2 Kes)
a) 1 kes merupakan saringan individu yang balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes Import B dari Selangor.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kepada kumpulan bersasar.
XI. Daerah Saratok (2 Kes)
a) 2 kes merupakan saringan individu bergejala di fasilliti
kesihatan di Daerah Saratok.
XII. Daerah Miri (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XIII. Daerah Julau (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19 melibatkan petugas kesihatan.
XIV. Daerah Meradong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Bintang Daily.
XV. Daerah Belaga (1 Kes)
a) 1 kes merupakan saringan individu bergejala di fasilliti kesihatan di Daerah Belaga.
XVI. Daerah Matu (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif Daerah Matu.
XVII. Daerah Kabong (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring kerana mempunyai sejarah mengunjungi kawasan berisiko tinggi di daerah lain. Kes dikategorikan sebagai kes Import C iaitu dari Daerah Song.
XVIII. Daerah Lawas (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui saringan pesakit di dalam hospital.
B. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 14 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 21 kes. Sejumlah 197 individu telah disaring dimana, 110 negatif dan 66 masih menunggu keputusan makmal.
II. Kluster Jun Heng, Bintulu : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 kes. Sejumlah 102 individu telah disaring dimana, 40 negatif dan 42 masih menunggu keputusan makmal.
III. Kluster Bintang Daily, Meradong : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8 kes. Sejumlah 61 individu telah disaring dimana, 52 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
IV. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 23 kes. Sejumlah 213 individu telah disaring dimana, 183 negatif dan 7 masih menunggu keputusan makmal.
V. Kluster Tabong, Bau : terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 32 kes. Sejumlah 200 individu telah disaring, dimana 168 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VI. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 160 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,088 individu telah disaring, dimana 1,071 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VIII. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 151 kes. Sejumlah 550 individu telah disaring, dimana 399 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
IX. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
X. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 55 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 275 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XI. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 77 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,288 kes. Sejumlah 25,500 individu telah disaring, dimana 22,250 negatif dan 962 masih menunggu keputusan makmal.
XII. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XIII. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XIV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
C. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 157 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (72), Hospital Miri (60), Hospital Bintulu (12), Hospital Umum Sarawak (10) dan PKRC di bawah Hospital Kapit (3). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 3,602 orang atau 66.01% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,789 orang dimana:
• 964 kes di Hospital Sibu;
• 334 kes di Hospital Miri;
• 171 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 167 kes di Hospital Bintulu;
• 129 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 19 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.
Hari ini, 270 PUI baru telah dilaporkan dan 23 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
D. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Lundu telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 50 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Daerah Saratok pula telah bertukar status daripada status Hijau kepada status Kuning setelah mencatatkan dua (2) kes jangkitan tempatan baharu pada ini ini.
Daerah Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,902 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kuching, Selangau, Sri Aman, Matu, Bau, Subis dan Betong kekal berstatus Jingga dengan 190 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 126 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala lapan (8) daerah lain kekal berstatus Hijau.
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Daerah Lundu telah bertukar status daripada status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 50 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JKNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 19 kes dicatatkan di Lundu hari ini melibatkan Kluster Pasai.
Menurutnya, Daerah Saratok pula telah bertukar status daripada status Hijau kepada status Kuning setelah mencatatkan dua (2) kes jangkitan tempatan baharu pada ini ini.
"Daerah Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu
kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,902 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
"Daerah Kuching, Selangau, Sri Aman, Matu, Bau, Subis dan Betong kekal berstatus Jingga dengan 190 kes jangkitan tempatan dilaporkan
dalam tempoh 14 hari yang lepas," katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, Daerah Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 126 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala lapan (8) daerah lain kekal berstatus Hijau.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
LUNDU: Ekoran peningkatan kes positif COVID-19 dalam Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2, Lundu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula dari 6 hingga 19 Februari 2021.
Sehubungan itu, Residen Bahagian Kuching yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini telah melakukan satu lawatan ke kawasan itu bersama kakitangan agensi yang terlibat sama dalam pengurusan bagi PKPD ini.
Taklimat ringkas juga diberikan kepada yang hadir oleh Pegawai Kesihatan Daerah Lundu, Dr Nicky Orrelius berkenaan dengan situasi semasa penularan wabak COVID-19 dalam Daerah Lundu serta di kawasan PKPD tersebut khasnya.-EDISI UKAS
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|