CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 4

[SARAWAK] Covid 19 07/02/2021

[Copy link]
Post time 7-2-2021 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 50 kes.

Manakala terdapat 219 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (55), Song (50), Beluru (35), Miri (32), Kapit (25), Samarahan (5), Kanowit (5), Bintulu (4), Bukit Mabong (3), Betong (1), Kuching (1), Lundu (1), Saratok (1) dan Subis (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,676 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19 I. Kes Kematian Ke-49.
Kes kematian ke-49 merupakan kes ke-4,527 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 92 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 30 Januari 2021 kerana mengalami masalah kesukaran bernafas bermula 29 Januari 2021.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 31 Januari 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama. Keadaan kesihatan kes merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 06 Februari 2021 jam 9.49 malam. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit paru-paru kronik (COPD).

II. Kes Kematian Ke-50.
Kes kematian ke-50 merupakan kes ke-2,422 iaitu seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 73 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana dikesan positif COVID-19 melalui hasil saringan bergejala daripada sebuah pusat jagaan pada 19 Januari 2021.
Kes ini mengalami gejala demam bermula 17 Januari 2021 dan ujian-rt PCR dibuat pada 18 Januari 2021 dan didapati positif pada 19 Januari 2021.
Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 06 Februari 2021 jam 10.21 malam. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Sibu (55 Kes)
a) 34 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 14 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Sibu.
c) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Sibu.
d) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
e) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Song (50 Kes)
a) 43 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

III. Daerah Beluru (35 Kes)
a) 34 kes yang melibatkan kluster Seruas.

b) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.

IV. Daerah Miri (32 Kes)
a) 24 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 3 kes yang melibatkan Kluster Rakut.
c) 2 kes melibatkan saringan petugas Kesihatan di Daerah Miri
d) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Miri.
e) 1 kes yang melibatkan Kluster Jelita.

V. Daerah Kapit (25 Kes)
a) 21 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VI. Daerah Kanowit (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VII. Daerah Samarahan (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VIII. Daerah Bintulu (4 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan Kluster Rakut.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui aktiviti
pengesanan kes secara aktif di Sungai Plan.

IX. Daerah Bukit Mabong (3 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

X. Daerah Kuching (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Indah Riang.

XI. Daerah Lundu (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

XII. Daerah Betong (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Betong.
XIII. Daerah Saratok (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Saratok.

XIV. Daerah Subis (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

C. Kluster Baharu: Kluster Seruas Di Daerah Beluru.
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu iaitu Kluster Seruas di Daerah Beluru yang melibatkan kluster komuniti. Kluster ini melibatkan sebuah rumah panjang di Serawong Tengah, Seruas, Bakong di Daerah Beluru.
Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-4,308 yang merupakan seorang perempuan berumur 61 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 28 Januari 2021.


Perebakan jangkitan dipercayai berlaku melalui kontak rapat pengunjung semasa upacara pengkebumian di rumah panjang tersebut pada 25 hingga 27 Januari 2021. Rumah panjang tersebut juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan hasil pengesanan aktif dan saringan kontak rapat kepada indeks kes dan penduduk di rumah panjang Serawong Tengah, penambahan 58 kes positif baharu telah dikesan.


Sehingga jam 12:00 tengah hari 07 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, iaitu:
• 59 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 29 individu negatif, dan
• 62 individu masih menunggu keputusan

D. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 15 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Seruas, Beluru : kluster baharu yang diisytiharkan hari ini

II. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 21 kes. Sejumlah 197 individu telah disaring dimana, 145 negatif dan 31 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Jun Heng, Bintulu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekak 20 kes. Sejumlah 102 individu telah disaring dimana, 58 negatif dan 24 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 9 kes. Sejumlah 61 individu telah disaring dimana, 52 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 23 kes. Sejumlah 213 individu telah disaring dimana, 190 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 32 kes. Sejumlah 200 individu telah disaring, dimana 168 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Indah Riang, Kuching :terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 kes. Sejumlah 222 individu telah disaring, dimana 187 negatif dan 14 masih menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,148 individu telah disaring, dimana 1,096 negatif dan 35 masih menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 5 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 156 kes. Sejumlah 600 individu telah disaring, dimana 422 negatif dan 22 masih menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XI. Kluster Jelita, Miri : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 56 kes. Sejumlah 350 individu telah disaring, dimana 282 negatif dan 12 masih menunggu keputusan makmal.

XII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 71 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,359 kes. Sejumlah 25,500 individu telah disaring, dimana 22,600 negatif dan 541 masih menunggu keputusan makmal.

XIII. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIV. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

E. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Terdapat 134 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (79), Hospital Miri (24), Hospital Bintulu (11), PKRC di bawah Hospital Kapit (9), Hospital Umum Sarawak (6), PKRC di bawah Hospital Limbang (4) dan PKRC Sipitang, Sabah (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 3,734 orang atau 65.79% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,874 orang dimana:
• 945 kes di Hospital Sibu;
• 376 kes di Hospital Miri;
• 175 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 198 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 160 kes di Hospital Bintulu;
• 19 kes di Hospital Sarikei, dan
• 1 kes di Hospital Limbang (PKRC Limbang).

Hari ini, 249 PUI baru telah dilaporkan dan 36 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

F. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Samarahan telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah mencatatkan sejumlah 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Betong telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan hanya Sembilan (9) kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,951 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kuching, Selangau, Sri Aman, Matu, Bau dan Subis kekal berstatus Jingga dengan 159 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Saratok, Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan dan Lubok Antu kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 101 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala lapan (8) daerah lain kekal berstatus Hijau.

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2021 07:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2021 08:31 PM | Show all posts
KAPIT: Penghantaran bantuan bekalan makanan bagi penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Song telah dimulakan pada Sabtu.

Bungkusan makan itu akan dihantar ke SK Lubuk Ipoh dan SK Nanga Engkuah dan diserahkan kepada seramai 364 Ketua Isi Rumah (KIR)  dari 18 buah rumah panjang kawasan Katibas Hulu.

Syarikat Koperasi Song Kapit Berhad merupakan agnesi yang  turut terlibat dalam penghantaran bantuan tersebut.

Bantuan bekalan makanan akan diagihkan kepada semua KIR di daerah Song yang terkesan secara berperingkat.-EDISI UKAS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:13 PM | Show all posts
59 hadir majlis pengebumian di Beluru, Miri, positif COVID-19

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster jangkitan COVID-19 membabitkan majlis pengebumian dikesan di Sarawak hari ini membabitkan 59 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Seruas membabitkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak dengan kes indeks kluster itu dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

"Kluster ini membabitkan satu majlis pengebumian yang berlangsung dari 25 hingga 27 Januari lalu dan nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, satu kluster membabitkan pengebumian pernah dilaporkan di Sarawak iaitu Kluster Pasai yang menjangkiti 2,359 individu.

kedit : bharian 07 Februari 2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 02:49 PM | Show all posts
Vellfire replied at 8-2-2021 02:13 PM
59 hadir majlis pengebumian di Beluru, Miri, positif COVID-19

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster jangki ...
Harap kurang lah arituk ...aamiin... nunggu pukul 5 baru ada update selalu nya ...


Update Covid Sabah untuk full version selalu nya sangat lambat


harap ada porumer Sabah yang nak mohon jadi Mod ... sebab FC tak tau mana sumber yang cepat kat Sabah nun ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050773 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list