View: 3385|Reply: 18
|
Sebulan 'Sakit' - Ayie Floor88 Lega Pelanggan Dah Boleh ‘Dine In’ Dalam Restoran
[Copy link]
|
|
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie meluahkan rasa syukur dan menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan semula pelanggan makan di restoran bermula Rabu.
Ayie yang juga merupakan pemilik restoran Ayie Elham Cafe berkata keputusan itu sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semula hasil pendapatan restorannya yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
"Apabila kerajaan izinkan semula pelanggan dine in atau makan di kedai... kami sebagai peniaga memang bersyukur sangat! Alhamdulillah dapat meriahkan semula restoran.
"Hampir sebulan kita berdepan situasi menyakitkan ini, apabila kerajaan benarkan semula dapatlah kita kumpul balik modal dan kos operasi yang keluar sebelum ini.
"Hari pertama masih kurang pelanggan yang memilih untuk makan dalam restoran, mungkin masih takut-takut atau rasa janggal lagi... sebab dah terbiasa bungkus bawa balik rumah sebelum ini," katanya kepada mStar.
Foto: IG
Sebagai pemilik restoran, Ayie berkata dia perlu memastikan kakitangan dan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang waktu operasi perniagaan.
"Restoran kami dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, kita memang ikut SOP ketat yang ditetapkan kerajaan antaranya hanya dua orang untuk satu meja.
"Saya pun dah terangkan kepada pekerja mengenai SOP... kalau ada pelanggan yang langgar SOP kami akan tegur baik-baik, bimbang nanti kena kompaun pula kan?
"InsyaAllah kita sama-sama doakan semoga Covid-19 ini berlalu pergi dan semua orang dapat menjalani kehidupan biasa tanpa perlu ada rasa bimbang," ujarnya.
Pada Selasa lalu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut SOP termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.
Katanya, pihak restoran perlu memastikan ada petugas yang menjaga SOP dan menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
habes tu nak kena gelabah telur ke?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Laksa kat cafe dia sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
meniaga makan ok sikit daripada bukak kedai baju, selipar dan lain2 time pandemic ni |
|
|
|
|
|
|
|
... OK lah .. kecik2 dah ada cafe sendiri ... ada lah wawasan ...... |
|
|
|
|
|
|
|
sehirkedi replied at 11-2-2021 01:34 PM
Laksa kat cafe dia sedap.
Kedai dia kat mana? Apa lagi menu yang ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang anda tau dia ada kedai makan, bijak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
gelabah teloq plak dah, selama ni akak gelabah tek jew dgn kak kiah, klu teloq akak surrender, pass kat budak2 diluar sana
|
|
|
|
|
|
|
|
korang gelabah ovari je la
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
yehh jadu hai jinn ka!
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiolzs lagi berminat nk taw "sop" kedai mamat.. hihihi~
N ai rasa xde masalah kot kedai mkn nk survive,asalkan jaga kualiti makanan..in sha Allah,org akan sentiasa repeat order... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada soto, bakso, mee kari, western. Cafe dia kat Platinum Walk, Danau kota sebelah Kaizen saloon.
Haritu iols pesan laksa kat food panda. Tak tau pulak ayie & tunang dia punya cafe. Order sebab nampak gambar laksa menarik. Laksa punyalah banyak, boleh makan dua orang. Sedap pulak tu. Iols bukan karats dia. Jujur cakap sedap. Kalau tak sedap koser nak puji.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok thniah.. ksian bnyk kdai retis xleh jana income yer wktu pkp |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya mknam kt kedai dia xsedap. western dia menyedihkan. Masin subhannallah. Tp siyes ckp kedai dia mahal. Baik g meat cartel uols puas hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|