CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10346|Reply: 133

Penerima Vaksin Alami Kesan Sampingan Serius Boleh Dapat Pampasan - KJ

[Copy link]
Post time 21-2-2021 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Satu skim perlindungan program imunisasi vaksin kebangsaan Covid-19 akan diwujudkan sebagai melindungi para penerimanya mulai Rabu ini.


Skim khas itu bertujuan memberi pampasan kepada penerima vaksin sekiranya ada dalam kalangan mereka yang terjejas akibat kesan sampingan yang serius akibat daripada suntikan dos pertamanya nanti.




Kredit foto: FB




Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas yang diadakan minggu lalu.


Bagaimanapun kata Khairy Jamaluddin, skim itu kini dalam proses untuk diperincikan lebih mendalam sebelum diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.

“Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pesakit atau penerima yang terjejas akibat pemberian vaksin Covid-19.

“Jemaah menteri yang bermesyuarat khas minggu lalu sudah memutuskan bahawa kita akan wujudkan satu skim untuk penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius,” katanya pada sidang media khas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.







Sidang media yang sama turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.


Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan Program Imunisasi Kebangsaan juga diminta mengulas sama ada kerajaan akan memulakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat insurans untuk menawarkan perlindungan kepada penerima vaksin Covid-19 yang mendapat kesan sampingan serius atau kematian disebabkan oleh pengambilan vaksin.







Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.


Beliau  juga menyatakan kerajaan kekal dengan keputusan pemberian vaksin secara sukarela ketika ditanya sama ada ia diwajibkan sekiranya jumlah individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin tidak setara dengan bekalan yang diterima khususnya pada fasa kedua dan ketiga apabila ia dilaksanakan kelak.

“Kita belum buat apa-apa keputusan berhubung perkara itu (bincang dengan syarikat insurans) tetapi pendirian kerajaan ketika ini kekal iaitu vaksin diberi secara sukarela.

“Kita tunggu dan lihat nanti perkembanganya… andai kata tidak ramai yang mendaftar sebagai penerima, maka polisi yang dikekalkan kerajaan ketika ini akan dibincangkan kemudian,” katanya.




Sumber: MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ok noted. jgn disalah guna pula. yg betul2 terkesan buruk tu claim la nnti. yg acah2 tu tlg simpan niat nk claim.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takde la yg blakon sbb nak claim..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Japgi ramai laa y pura2 sakit lps vaksin gara2 nak dpt duit...mcm xtaw perangai rakyat mesia nak2 y otak sekerat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 02:06 PM | Show all posts
Bagus lah jika ada pampasan, semoga pampasan yang bakal diberikan adalah setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap: Bagus lah jika ada pampasan, semoga pampasan yang bakal diberikan adalah setimpal

My opinion xde ape yg bleh setimpal dgn your health. A healthy body & mind tu priceless.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pampasan pun kalau serious side effects yg need hospitalisation dan masuk ICU agknye. Kalau skadar demam, berak2, muntah2 dan lenguh2 tangan(side effects biasa), jgn harap nk dpt pampasan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 x ada org yg buat psl nak claim kononnya ada side effect lps ambik vaksin. Bkn susah pun nak tipu. Ko amik vaksin pastu pg minum klorox. Pastu waris claim konon mati sbb ambik vaksin. Kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 03:10 PM | Show all posts
otai_g replied at 21-2-2021 02:46 PM
Harap2 x ada org yg buat psl nak claim kononnya ada side effect lps ambik vaksin. Bkn susah pun nak  ...

mesti la perlu post mortem pelbagai dulu, nak dpt ex-gratia pun ingat senang2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak dpt pampasan lh klu dh jd sayur... selagi boleh guna kaki tgn tu x kira ye. Jgn berangan nk duit pampasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal tak byk thread pasal vaksin ya? Cth kes dr roland ke
Pasal sukarelawan zamin omar bagai, kat fb ramai je antivaksin duk berbunyi pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:49 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 21-2-2021 02:00 PM
Japgi ramai laa y pura2 sakit lps vaksin gara2 nak dpt duit...mcm xtaw perangai rakyat mesia nak2 y  ...

haha.. susah juga dia nak claim kalau tak ada simptom
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 21-2-2021 03:49 PM
haha.. susah juga dia nak claim kalau tak ada simptom

Sapa taw kan..rakyat msia kan kreatif bab menipu sakit nih..hihihi~

Lagikn depression y org mtk jauh pn kemain bangga dorg mngaku ada depression..hrp2 gomen mmg bt thorough checking lah..lgpn karens kt msia pn makin lama makin byk..huhu~
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira vaksin ni x kan menjamin hidup seseorang.... kalau mati family terima pampasan la ya..atau penyakit kekal yg kronik..

Bahaya juga bg ada orang yg berniat nk bunuh ahli keluarga..huhu..cth anak tiri ke.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut weyhhh dia cakap camni. By the way, betul ke kita punya nanti pfitzer macam Singapore. Kalau tak, boleh ke beli yg mcm tu? Aku bukan kiblat ke sana tapi so far tak baca lagi sgpore ada masalah selain rasa pening camtu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 21-2-2021 03:10 PM
mesti la perlu post mortem pelbagai dulu, nak dpt ex-gratia pun ingat senang2 ke

Ada dlm term and condition wajib post mortem?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g: Harap2 x ada org yg buat psl nak claim kononnya ada side effect lps ambik vaksin. Bkn susah pun nak tipu. Ko amik vaksin pastu pg minum klorox. Pastu  ...

Nak claim Socso sebab eksiden pun macam2 check up.tak semudah yang ditulis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:23 PM | Show all posts
Cucuk vaksin typhoid pun akan sengal2 lenguh satu tangan, bengkak kat injection site, tak sedap badan, maybe dedor2 demam. Effect macam ni biasa sebab badan kita tengah kerja keras hasilkan immunity terhadap virus typhoid tu. Nothing to worry.

Side effect yang sama berlaku pada almost semua vaksin, so kena expect bila cucuk vaksin Covid pun akan ada side effect macam ni. Vaksin fungsi dia nak induce sistem imun. Sistem imun yang tengah aktif memang akan ada simptom tak sedap badan.

Side effect yang biasa mcm ni I rasa mmg tak patut eligible untuk pampasan. Duduk diam2 kat rumah sampai baik ok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:31 PM | Show all posts
Edited by future3006 at 21-2-2021 04:32 PM
wikedsaikel replied at 21-2-2021 04:02 PM
Takut weyhhh dia cakap camni. By the way, betul ke kita punya nanti pfitzer macam Singapore. Kalau t ...

Betul sama. Pfizer hanya keluarkan satu jenis vaccine mRNA je under nama COMIRNATY. Vaksin ni takde langsung partikel virus Covid, hanya mRNA yang dibuat secara sintetik so memang kita tak akan dapat Covid melalui vaksin ni. Cuma dapat imunity je.


Tapi awal2 lagi KJ dah cakap kita tak boleh pilih vaksin brand apa. Terima je.
I rasa frontliners kot yang akan diberikan keutamaan untuk dapat vaksin Pfizer.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
future3006 replied at 21-2-2021 04:23 PM
Cucuk vaksin typhoid pun akan sengal2 lenguh satu tangan, bengkak kat injection site, tak sedap bada ...

Inject typhoid iols lenguh tangan je tu pn bila dh half day paksa2 buat keja hilang trus lenguh... xpnah lg bengkak n demam lh. Nxt month kna inject lg ni, dh nk expired 3 thn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.095083 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list