CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 4

Instafamous Diburu Langgar SOP Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 24-2-2021 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Polis Kelantan giat mengesan sekumpulan instafamous muda yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di daerah ini.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada lewat petang semalam.


Katanya, hasil semakan mendapati instafamous lelaki dan wanita itu memuat naik gambar di media sosial mereka bersama pasangan pengantin di atas pelamin.




Polis kini sedang mengesan instafamous yang dikatakan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.




“Instagram ‘Lobak Merah’ yang memaparkan terdapat beberapa individu dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Kota Bharu.

“Hasil semakan mendapati beberapa keping gambar individu bersama pasangan pengantin tanpa penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka serta hidung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata, polis kini giat mengesan individu terlibat dan meminta pihak yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Ada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen di bawah Peraturan 16, Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) ( Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.


Pada Isnin, tular gambar kumpulan instafamous terbabit bersama mempelai tanpa penjarakan fizikal dan pelitup muka sebelum tular serta dikecam teruk oleh netizen.


Lokasi tepat majlis bagaimanapun tidak dapat dipastikan.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:36 PM | Show all posts
Merasa diri begitu istimewa kerana boleh pergi ke mana mana sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:05 PM | Show all posts
adan uke
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Instafamous yg x famous
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:35 PM | Show all posts
Muda hape....dah tua!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059112 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list