CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 2

TMJ bakal beli kelab Valencia?

[Copy link]
Post time 3-3-2021 12:51 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Adakah pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan membeli kelab Valencia?


Teka teki itu timbul susulan beberapa perkongsian Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi akaun Instagram Story miliknya, hari ini, mengenai kelab Sepanyol itu.


"Wang tidak memotivasikan saya. Kejayaan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Ia bukan satu rahsia bahawa saya menyukai bola sepak.


"Saya bukan baru dalam bola sepak. Saya membentuk sebuah kelab (JDTFC) daripada berdepan penyingkiran setiap tahun hingga menjadi pasukan yang mendominasi kejuaraan.


"Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan tahun. Kami pasukan terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.


"Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mendapat cabaran baharu," tulis TMJ.


Spekulasi bahawa TMJ mungkin mengambil alih Valencia sudah muncul sejak beberapa tahun lalu dengan beliau juga dikatakan memiliki hubungan rapat bersama pemilik kelab itu, Peter Lim.


Laporan media di Sepanyol mendakwa pengambilalihan pasukan juara enam kali La Liga itu bernilai sekitar 408 juta euro (RM1.9 bilion) dengan pasukan itu kini sedang bergelut dan hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran.


Selain itu, menerusi perkongsian sama, TMJ turut menjelaskan Valencia memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak.


"Apa yang Valencia perlukan? Anda memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak, dahagakan kejayaan, berminat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.


"Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di dalam kelab," katanya.




Sumber : Berita Harian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 09:24 AM | Show all posts
swag sungguh tmj dengan tangan mengepak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:46 AM | Show all posts
We are not for sale, Valencia tells TMJ
FMT Reporters
14 hrs ago


PETALING JAYA: Valencia is not for sale, says the Spanish league club’s president Anil Murthy.

He was responding to speculation that Johor crown prince, Tunku Ismail Sultan Ibrahim was interested in taking over the La Liga club.

“The club is not for sale. My colleagues told me about the Johor prince’s Instagram (post), I spoke with Peter Lim and there is no indication about the possibility of selling the club,” Anil, who is from Singapore, was reported as saying by Football ESPANA.

Singaporean billionaire Peter Lim is the current owner of Valencia. Lim’s Meriton Holdings bought Valencia FC for
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051260 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list