View: 4324|Reply: 28
|
Nenek bersengkang mata buat FB live
[Copy link]
|
|
Georgetown: Status warga emas bukan halangan buat nenek tujuh cucu, Rosidah Ahmad bersengkang mata daripada tengah malam hingga awal pagi untuk mencari rezeki.
Kesungguhan Rosidah, 60 terbukti apabila gigih bersiaran langsung di Facebook (FB) dari jam 12 tengah malam hingga sebelum masuk waktu Subuh setiap hari untuk menjual pakaian terpakai.
Menariknya, Rosidah menjual pakaian itu dengan harga serendah RM1 dan RM3.
Baru-baru ini, ibu lima anak itu mendapat perhatian netizen apabila kisahnya tular di laman sosial selepas seorang usahawan lelaki memborong pakaian jualannya dengan harga RM1,000 ketika bersiaran langsung pada malam Ahad lalu.
Sejak itu, perniagaan Rosidah semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.
Bercerita lanjut, Rosidah mengakui terharu dengan kesudian pembeli terbabit dan semua yang menyokong perniagaannya selama ini.
"Dulu, saya berniaga nasi lemak dan mula menjual pakaian terpakai menggunakan FB Live sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu kerana pergerakan yang terhad.
"Pada awalnya, saya hanya menjual semula baju terpakai yang dibeli di kedai dan peniaga lain.
"Sambutan ketika itu tidak memberangsangkan dan ada kalanya, tiada pembeli langsung dan hanya tiga atau lima saja yang menonton saya bersiaran langsung pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Namun, Rosidah tidak berputus asa dan teruskan usahanya hingga perniagaannya diterima.
Lebih membuatkannya terharu apabila ada di antara pembelinya membuat pembelian dan meminta bantuannya untuk sedekahkan pakaian itu kepada yang memerlukan.
"Suami (Zainol Shaikh Arifin, 60) dan anak-anak ada memberi wang belanja, cuma saya suka berdikari mencari wang sendiri.
"Mereka pada mulanya tidak menggalakkan saya berniaga tetapi akhirnya akur dengan kehendak saya.
"Bagi saya, lebih puas membeli sesuatu dengan wang sendiri. Lagipun, saya enggan membebankan anak memandangkan mereka sudah berkeluarga serta ada tanggungan," katanya.
Rosidah juga mengakui pernah beberapa kali menjadi mangsa pembeli atau 'joy boyer' tetapi menganggapnya sebagai lumrah dalam berniaga, dan enggan terlalu memikirkannya kerana yakin dengan rezeki ditentukan Allah.
"Saya jenis suka bekerja, sejak anak masih kecil lagi saya sudah berniaga makanan seperti pisang goreng, bubur kacang dan nasi lemak.
"Kini, saya masih berniaga nasi lemak cuma mengambil tempahan daripada individu yang mahu menginfaqkan kepada masjid dan lain-lain.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki diberi Allah dan terima kasih kepada semua yang menyokong daripada dulu hingga kini.
"Saya tahu ramai kini terkesan malah anak-anak saya antara yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP tetapi saya yakin mereka terutama anak muda boleh mengharungi ujian itu asalkan terus berusaha," katanya.
Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 9:01pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jaga kesihatan nek
Mlm2 baik tido, tambah2 bila dah senja ni
Cari duit ni sampai bila pun xkan cukup
Esok2 bila dah sakit, lg berganda duit yg bakal keluar |
|
|
|
|
|
|
|
kan...rentua kena tidoq awai |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek 7 Cucu Bersengkang Mata Tengah Malam Sampai Ke Awal Pagi Buat FB Live
Georgetown: Status warga emas bukan halangan buat nenek tujuh cucu, Rosidah Ahmad bersengkang mata daripada tengah malam hingga awal pagi untuk mencari rezeki.
Kesungguhan Rosidah, 60 terbukti apabila gigih bersiaran langsung di Facebook (FB) dari jam 12 tengah malam hingga sebelum masuk waktu Subuh setiap hari untuk menjual pakaian terpakai.
Menariknya, Rosidah menjual pakaian itu dengan harga serendah RM1 dan RM3.
Foto: Harian Metro
Baru-baru ini, ibu lima anak itu mendapat perhatian netizen apabila kisahnya tular di laman sosial selepas seorang usahawan lelaki memborong pakaian jualannya dengan harga RM1,000 ketika bersiaran langsung pada malam Ahad lalu.
Sejak itu, perniagaan Rosidah semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.
Bercerita lanjut, Rosidah mengakui terharu dengan kesudian pembeli terbabit dan semua yang menyokong perniagaannya selama ini.
"Dulu, saya berniaga nasi lemak dan mula menjual pakaian terpakai menggunakan FB Live sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu kerana pergerakan yang terhad.
"ada awalnya, saya hanya menjual semula baju terpakai yang dibeli di kedai dan peniaga lain.
"Sambutan ketika itu tidak memberangsangkan dan ada kalanya, tiada pembeli langsung dan hanya tiga atau lima saja yang menonton saya bersiaran langsung pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Namun, Rosidah tidak berputus asa dan teruskan usahanya hingga perniagaannya diterima.
Lebih membuatkannya terharu apabila ada di antara pembelinya membuat pembelian dan meminta bantuannya untuk sedekahkan pakaian itu kepada yang memerlukan.
"Suami (Zainol Shaikh Arifin, 60) dan anak-anak ada memberi wang belanja, cuma saya suka berdikari mencari wang sendiri.
"Mereka pada mulanya tidak menggalakkan saya berniaga tetapi akhirnya akur dengan kehendak saya.
"Bagi saya, lebih puas membeli sesuatu dengan wang sendiri. Lagipun, saya enggan membebankan anak memandangkan mereka sudah berkeluarga serta ada tanggungan," katanya.
Rosidah juga mengakui pernah beberapa kali menjadi mangsa pembeli atau 'joy boyer' tetapi menganggapnya sebagai lumrah dalam berniaga, dan enggan terlalu memikirkannya kerana yakin dengan rezeki ditentukan Allah.
"Saya jenis suka bekerja, sejak anak masih kecil lagi saya sudah berniaga makanan seperti pisang goreng, bubur kacang dan nasi lemak.
"Kini, saya masih berniaga nasi lemak cuma mengambil tempahan daripada individu yang mahu menginfaqkan kepada masjid dan lain-lain.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki diberi Allah dan terima kasih kepada semua yang menyokong daripada dulu hingga kini.
"Saya tahu ramai kini terkesan malah anak-anak saya antara yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP tetapi saya yakin mereka terutama anak muda boleh mengharungi ujian itu asalkan terus berusaha," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaek nek!! Semoga sukses |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Aku respek gila org2 tua yg sanggup belajar bnda2 teknologi ni..bg aku xsenang utk belajar..even aku pn xreti sgt n mls hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kannn setuju dgn chuols. nenek kena jaga kesihatan..kena cukup tidur.
tak payahlah live midnight.
|
|
|
|
|
|
|
|
ulat dalam batu pun boleh hidup kan nek..
yang penting usaha dan tidak memudaratkan..
aku suka sikap org yg beli dan sedekahkan pakaian tu... rezeki itu dikongsi..
di pagi jumaat yang mulia ni, aku doakan nenek di kurniakan rezeki yg melimpah ruah.. dan kesihatan yg baik jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile sohai guna alasan rabun untuk goyang telor |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya. Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.. Orang tua selalu susah nak belajar pasal teknologi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ainonymous replied at 9-4-2021 09:44 AM
kannn setuju dgn chuols. nenek kena jaga kesihatan..kena cukup tidur.
tak payahlah live midnight ...
Aku imagine kalau nenek ni mak aku
Mmg aku potpetkan aje kalau gatal2 nak fb live bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus makcik ni. Cakap siap2 yg anak2 dia ada bagi duit belanja & tak bagi berniaga. Tak de la org pitnah anak2 dia satgi. Dah hobi dia, ok la tu. Cuma makcik kena cukup tidur. Takut sakit sbb tak cukup tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rezeki nenek diperluaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Power lah nek... tak semua org berani nk buat fb ig live |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia suka berniaga dan tak hanya berharap pada anak2. Umur 60 belumlah tua sangat lagi. Lagi pun golongan 60 tahun zaman sekarang kebanyakannya pandai je guna telephone pintar dan media social. Hanya keadaan hidup buat dia nampak terlebih berusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nenel.ni warga emas, tun tu warga apa? Dah umur 90an. Tp masih steady |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus: Jaga kesihatan nekMlm2 baik tido, tambah2 bila dah senja niCari duit ni sampai bila pun xkan cukupEsok2 bila dah sakit, lg berganda duit yg bakal kelu ...
Betul tu. Cukuplah hasven bg duit, anak pun ada bg duit. Selain tu kan ambik tempahan makanan. Kalau nak juga duit lagi, niaga je la di luar waktu tidur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|