https://gempak.com/berita-terkini/suntikan-vaksin-tak-akan-dilakukan-pada-waktu-malam-ketika-ramadan-48962
Tiada suntikan vaksin Covid-19 akan dilakukan pada waktu malam sepanjang Ramadan tahun ini.
Hal itu dijelaskan Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Gambar hiasan/Head Topics
Memetik Bernama, suntikan vaksin akan dibuat seperti biasa sehingga petang sahaja kepada mereka yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Difahamkan, tempoh waktu suntikan sehingga petang itu bertujuan untuk tidak mengganggu ibadah umat Islam di bulan Ramadan.
"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang kerana mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja.
"Suntikan vaksin bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 19 April ini. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang ASLI, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program 'Out Reach' untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan sahaja," katanya.
Tambahnya, jika orang ramai datang dalam masa yang ditetapkan, pihaknya boleh menyelesaikan suntikan vaksin 70 hingga 80 peratus penerima menjelang akhir tahun ini.
Ditanya kemungkinan penularan Covid-19 di bazar Ramadan, Noor Azmi mengatakan perkara yang paling penting adalah penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat. |