View: 1566|Reply: 7
|
2 Pekerja Restoran Dilarikan 10 Lelaki
[Copy link]
|
|
Dua pekerja restoran warga India dilarikan sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di pekan Brickfields, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas restoran terbabit didatangi 10 lelaki tempatan.
"Kumpulan terbabit kemudian menarik dua mangsa itu secara paksa dengan disaksikan beberapa pekerja restoran yang lain.
"Dipercayai tujuan kumpulan itu bagi mengambil semula pekerja (mangsa) itu yang telah melarikan diri daripada restoran di Pandamaran, Klang sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, salah seorang mangsa juga pernah membuat laporan polis pada 10 April lalu di Klang berkenaan majikan lamanya yang gagal membayar gaji.
Katanya, akibat daripada itu, kedua-dua mangsa melarikan diri dan menumpang di sebuah restoran di Brickfields.
"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyo amma ayoyo appa karavaley |
|
|
|
|
|
|
|
wah main culik pl dah skrg ni..bahaya btl |
|
|
|
|
|
|
|
Brickfields tu pekan ke? So pekan Brickfields pekan Bangsar pekan Cheras etc etc lah...
Anyway... dramaaaaa Tamil sangat. Aku bayangkan lelaki 10 org dtg naik 4x4 brek mengejut depan restoran..keluar lipat kain putih tambi suka pakai tu ke pinggang pastu ligan 2 org tu....ayoyooo |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 14-4-2021 02:56 PM
Brickfields tu pekan ke? So pekan Brickfields pekan Bangsar pekan Cheras etc etc lah...
Anyway... ...
bro..hang dh tgk ore buat perbandingan aksi filem tamil vs aksi filem barat/hollywood?Kelakar giler... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah unsur penghambaan situ? |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail: Brickfields tu pekan ke? So pekan Brickfields pekan Bangsar pekan Cheras etc etc lah...Anyway... dramaaaaa Tamil sangat. Aku bayangkan lelaki 10 org d ...
Pstu smua brg2 bleh trplanting, yg d tmbuk sorg, trplantingnya 10 org hahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha best baca komen korang...drama tamil |
|
|
|
|
|
|
| |
|