CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5116|Reply: 20

"Sakit Kalau Tak Bekerja,"-Datuk Rahim Razali

[Copy link]
Post time 16-4-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Segak berkemeja biru yang dipadankan dengan celana denim rona sama, aura bintang veteran, Datuk Rahim Razali pada usia 82 tahun, masih terserlah.


Ditemui di kediamannya di Subang Jaya, Petaling Jaya, kelmarin, sosok anak seni kelahiran Batu Gajah, Perak ini masih tegap dan sihat.


Menghuni teres dua tingkat bersama isteri tercinta, Datin Salmiah Abd Mukmin, 78, dan seorang cucu, Rahim bersyukur kesihatannya masih memuaskan.


"Alhamdulillah, pada usia begini, tahap kesihatan saya masih lagi 'A'. Adalah sikit darah tinggi, tetapi semuanya dalam keadaan terkawal dengan pengambilan ubat-ubatan yang perlu setiap hari," katanya yang memiliki tiga anak dan tujuh cucu.


Tiada petua tertentu diamalkan, mungkin berkat pengambilan ulam-ulaman setiap hari sejak usia muda memberi impak positif kepada kesihatannya.




Kredit foto: Berita Harian





"Saya sering mengamalkan ulam-ulaman seperti jering, pucuk ubi dan macam-macam lagi yang menjadi satu kegemaran.


"Sampai sekarang saya masih lagi suka makan ulam. Saya akan berusaha mencarinya, ulam jadi menu wajib ada setiap hari. Saya tidak pernah bertanya kepada doktor dan tidak tahu kajian saintifik mengenai kebaikan ulam.


"Mungkin kebetulan nasib saya baik, tetapi, makanan Barat juga bukanlah asing kerana pernah menetap di Australia selama lima tahun," katanya yang melanjutkan pengajian dalam bidang bidang perakaunan di Universiti Melbourne.


Rahim yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1960, belum mahu meletakkan titik noktah kepada dunia lakonan.


Cintanya pada bidang lakonan masih menebal. Malah, beliau baru selesai menjalani penggambaran drama mini berjudul Azan Rumah Abah arahan Uchee Fukada yang bakal disiarkan akhir Ramadan ini.


Namun, pada usia begini, biarpun kesihatan masih baik dan mampu bergerak seperti biasa, dirinya sedar, tiba masanya, rentak perlu diperlahankan. Rahim mahu meluangkan lebih banyak masa dengan bersantai dan berehat.


Sejak usia muda, Rahim tidak betah duduk diam. Selain bergelar pelakon, Rahim menjadi pengulas sukan, mengarah dan menerbit filem, drama, teater serta menulis skrip. Justeru pada usia emas ini, Rahim mahu menghabiskan saki baki hidup dengan banyak berehat.


"Tawaran lakonan masih ada. Tetapi saya akur, pada usia begini, tawaran yang diterima tidaklah sebanyak dulu. Saya pun tak mahu banyak-banyak. Sebaliknya, saya lebih senang meluangkan masa dengan berehat dan bersenang-senang.


"Jika tidak bekerja, saya biasanya mengisi masa lapang dengan membaca. Sejak dahulu lagi saya suka membaca. Bahan bacaan saya tidak terhad kepada satu medium sahaja.


"Saya gemar membaca novel dan majalah. Tabiat itu berterusan sehingga kini. Novel yang menjadi pilihan saya kebanyakannya daripada Barat, tetapi ada juga novel tempatan dibaca.


"Subjek yang dibaca bermacam-macam terutama politik, kenegaraan dan penyiasatan," katanya yang memastikan masanya sentiasa terisi dengan perkara berfaedah.


Selain membaca, bekas pelajar Sekolah Menengah Anderson, Ipoh ini juga mengisi masa lapang dengan menulis. Rahim sedang menyiapkan autobiografi dirinya yang sudah dua tahun diusahakannya.


Selain itu, Rahim gemar berkebun. Tidak hairanlah, laman di tepi rumahnya dipenuhi pohon merimbun.


"Kalau tidak bekerja, nanti otak akan menjadi malas dan badan akan rosak. Segala-galanya bermula dari kepala. Jadi, kalau otak tidak sihat, seluruh badan juga tidak sihat.


"Sebab itu, saya sentiasa memastikan otak aktif dengan membaca, menulis dan melakukan kerja-kerja berkebun


"Anak-anak pun tidak menghalang apa yang ingin saya lakukan. Mereka tahu jika saya tidak aktif, saya akan sakit," katanya yang pernah menghasilkan karya hebat seperti Abang, Tsu Fei Sofia dan banyak lagi.


Selama berada dalam industri, Rahim sudah menerbitkan lebih 50 drama yang disiarkan RTM, mengarahkan lapan drama lain dan berlakon lebih 15 filem.


Biarpun dirinya dikenali sebagai pelakon dan sutradara hebat, namun, tiada dalam kalangan warisnya yang menunjukkan minat bergelar pelakon.


Anak sulungnya, Rizal, kini menetap bersama isteri yang juga pendidik bersama anak-anak mereka di Kuantan, Pahang.


Anak kedua, Nadiah terbabit dalam bidang perhubungan awam dan pengiklanan manakala anak bongsu, Kartina bekerja dengan firma guaman.


Sama juga cucu seramai tujuh orang, tiada seorang pun yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon.


Hanya seorang cucu yang menuntut dalam bidang grafik di di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berminat dalam bidang pembikinan video.


Menurut Rahim, dia tidak pernah menghalang cucu daripada menceburi bidang seni. Namun, andai ada yang berminat untuk serius, beliau menggalakkan mereka menambah ilmu sebelum melangkah ke bidang seni.


Berkongsi pandangan mengenai industri seni filem dan TV ketika ini, Rahim menasihatkan pelapis baharu agar memantapkan diri dengan ilmu, bukannya bersandarkan populariti, kecantikan dan seksi semata-mata.


"Apabila ingin masuk ke bidang ini, pastikan siapkan diri dengan ilmu. Jangan membuta tuli masuk tanpa bekalan. Walaupun bergelar pelakon, kena ada ilmu dan perlu ada imaginasi yang terdidik dan teratur.


"ergilah ke kelas atau kursus bersesuaian. Sekarang ramai yang menawarkan kelas lakonan dan kurus. Jangan ingat berlakon tidak perlu ada ilmu dan hanya mengharapkan kepada faktor cantik dan popular sahaja," katanya.


Ditanya siapa pelakon pelapis yang berpotensi melangkah lebih jauh, Rahim yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-2 mengaku tidak begitu mengenali pelakon generasi baharu.


Apatah lagi, Rahim semakin jarang menonton TV. Tambahnya, kebanyakan drama TV semakin 'mengarut' lantas membuatkan dirinya hilang minat untuk menonton TV.


"Saya masih menonton sikit-sikit drama TV. Tetapi, apa yang saya lihat, drama kita sekarang semakin mengarut temanya. Banyak plot yang tidak menentu, kadang kala langsung tidak masuk logik akal.


"Ada yang sengaja 'over' dan tampak palsu demi menimbulkan kemarahan penonton. Mereka beri alasan terpaksa berbuat demikian kerana memenuhi kehendak stesen TV. Tetapi, bagi saya, ia adalah kombinasi kedua-duanya.


"Stesen TV memang mahu begitu dan penulis pula ingin menjual karya mereka," katanya.


Rahim berkata, sesebuah karya sepatutnya perlu ikut logik dan sifat kemanusiaan yang sebenar.


"Kita sepatutnya tunjukkan kepada masyarakat perkara yang boleh membantu untuk mengubah pemikiran mereka.


"engaruh drama dan masyarakat sangat kuat. Jika kita terus-menerus menghidangkan drama yang boleh merosakkan pemikiran penonton, impak dan efeknya tidak bagus.


"Lama-kelamaan kita boleh membuatkan penonton menjadi kurang bijak," katanya yang dikunjungi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Zakaria Abdul Hamid sempena program FINAS Prihatin di kediamannya, baru-baru ini.


Pernah menjadi pengulas Sukan Olimpik yang disiarkan RTM sebanyak lima kali dan Bola Sepak Piala Dunia sebanyak enam kali.


Antara filem dihasilkan Abang (1981); Pemburu (1982); Matinya Seorang Patriot (1984); Tsu Feh Sofiah (1985); Puteri (1987); Anak Sarawak (1989); Rentak Desa (1990) dan Abang 1992 (1993).-CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara pelakon lama yg saya gemari..
selain tu, arwah abu bakar omar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka scene dato ni bg nasihat, xkesah cita apa pun. Rasa mcm dgr atok2 tgh bckp, xrasa drama sgt.
Ear-friendly
.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:19 PM | Show all posts
aku paling suka drama dia berlakon dengan rosyam noor...
rosyam noor bekas penagih dadah.... tp dia je yg nak jaga ayah nya... anak2 lain tak nak.....

kesian xde duit nak belanja makan beli ubat... rosyam g jual pinggan mangkuk...... kakak dia balik ke maki hamun dia.. cakap dia jual sbb nak beli dadah

akhirnya mati dek eksiden x silap aku..... heroin citer tuh pojiah gos x silap...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul... kalau dah tua kena sentiasa aktif... badan dan otak berjalan.. kalau rehat relax badan jadi malas leh sakit... macam jins shamsudin x silap jadi nyanyuk sejak bersara jadi senator.. x kerja.. badan sakit.. ada baca kat mana ntah.. sebab tu dr m kerja sampai sekarang.. kena cergas jgn malas
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:29 PM | Show all posts
Suka tengok cita abang & abang 92.
Nampak cool je.

Kalau cita gerak khas, nyampah sbb cam poyo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia selevel dengan David Attenborough, ada kind resonance.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patit semua retis,penerbit, penulis skrip, pengarah kat Malaysia ni baca nasihat dato. Biar kena sebijik dkt muka masing2.

Puas hati Dato dah luahkan semua yg aku rasa tentang drama/movie kat Malaysia skrg ni. Hauk, sampah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama mngarut & over
Dtgkn pengaruh buruk
Buat penonton kurang bijak
Padu dato!! On point sgtss
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon filem Pemburu disiarkan di tv. Tengok klip kat youtube memang artistik gaya lakonannya.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
True-X: aku paling suka drama dia berlakon dengan rosyam noor...rosyam noor bekas penagih dadah.... tp dia je yg nak jaga ayah nya... anak2 lain tak nak.....k ...



Cerita dia anakku sazajat ye
{:canthear
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dia sebagai pengulas sukan
sangat berkarisma
the best pengulas sukan
yg malaysia pernah ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-4-2021 03:12 PM

Suka tgk dua2 pelakon ni
ahmad yatim masih ada ke
atau dah arwah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 03:24 PM | Show all posts
Asdira replied at 16-4-2021 05:50 AM
Antara pelakon lama yg saya gemari..
selain tu, arwah abu bakar omar..

i terkejut ramai up abu bakar omar meninggal. i macam fikir dia dah lama meninggal... rupanya belum..allaj...tak tahu dengan siapa i tertukar
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee: Suka tengok cita abang & abang 92.Nampak cool je.Kalau cita gerak khas, nyampah sbb cam poyo

Gerak khas memang semua poyo.tu kan media propaganda pidiarem..ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut: Betul... kalau dah tua kena sentiasa aktif... badan dan otak berjalan.. kalau rehat relax badan jadi malas leh sakit... macam jins shamsudin x silap j ...


Tapi kalau Atok mantan PM cakap macam ni, habis kena kecam kejar dunia nak mampos xsedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 10:04 PM | Show all posts
walaupun dah tua, tp karisma dia ni kalah pelakon2 muda
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 10:24 PM | Show all posts
karisma  atok memang saya gemari .
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement Dato bagus.. banyak isi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076272 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list