Netizen Selar Khairul Aming Terlalu Obses Buat Video Ramadhan?
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti media sosial, Khairul Aming yang popular dengan resepi kreatif miliknya yang sering mendapat likes dan share yang banyak di Facebook,Instagram dan terbaru di Tik Tok kan?
Sempena Ramadan tahun ini, beliau kembali dengan menu juadah berbuka yang menarik dan mudah ikut buat para pengikutnya sehingga menjadi trending di media sosial!
Dalam pada itu, ada pula netizen yang menyelar tindakan Khairul Aming berkongsi video masakan setiap hari.
Kredit foto: Twitter
Menurut ciapannya, Khairul Aming terlalu obses dengan kandungan video masakannya dan perbuatan itu bakal menyebabkan dia bakal mengalami kemurungan.
Sepatutnya di bulan Ramadan ini, Khairul perlu lebih mengutamakan ibadah dalam bulan penuh keberkatan ini.
Ciapan ini turut mendapat perhatian Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menjawab bahawa ibadah bukan hanya solat dan puasa sahaja.
Perkongsian yang dibuat Khairul Amin adalah sesuatu yang baik kepada masyarakat. Apabila beliau berniat untuk membantu dan memudahkan urusan orang lain, maka usaha itu dianggap satu ibadah juga.
Yang pasti, video Khairul Aming telah menginspirasikan orang ramai memasak kerana resepinya yang begitu ringkas dan mudah.
Kredit Foto - Facebook Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof
Video Khairul Aming untuk tempoh 30 hari Ramadan ini sudah disiapkan sebelum bulan puasa lagi dan beliau hanya memuat naik di media sosial setiap hari dari semasa ke semasa.
Itulah netizen. Selalu sangat bersangka buruk, pandang sisi negatif orang sahaja, sebaiknya kena muhasabah diri. Adakah perbuatan itu dikira 'ibadah' juga?
Sesungguhnya takdir dan amal manusia tidak sama. Buatlah macam mana sekalipun, tiada yang dapat memuaskan hati semua orang. Terimalah dan teruskan hidup. - CARI
|