Kredit foto : Facebook Najib, blogspot.com
Hantaran-hantaran di laman Facebook mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sering menjadi tajuk akhbar.
Antara hantaran terkini yang dapat dibaca adalah mengenai jawapannya kepada individu dalam kerajaan yang mendakwa Najib perlu membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) menarik pelabur, bukan memberikan pandangan-pandangan negatif yang boleh menyebabkan pelabur lari.
"Kalau semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk? Ko ingat masa saya PM, pembangkang tak bantai kerajaan ke? Tiap-tiap hari mereka bantai kita. Tuduh kita sudah muflis. Sampai bekas menteri yang jaga agama tuduh saya kepit dan Mahathir kata isteri saya gemuk sehingga jalan macam gearbox.
wanikiter.blogspot.com
"Ya, pembangkang bantai kerajaan BN masa saya PM dengan amat kuat sekali tiap-tiap hari tapi pelaburan asing dan ekonomi tetap mantap sehingga pelaburan asing kita masa itu paling tinggi dalam sejarah dan antara tertinggi di Asean".
"Sebab apa"?
"Sebab kerajaanBN dulu bukan #kerajaangagal. Sebab utama fokus kita setiap hari bukan untuk membeli katak," tulisnya.
DS Najib turut mengulas mengenai kedatangan Raja Saudi, Raja Salman ke Malaysia dengan membawa pelaburan RM33 bilion, berbeza dengan Perdana Menteri sekarang yang berkunjung ke Arab Saudi tapi hanya berzoom meeting dengan Raja Salman dan selepas kunjungan itu Menteri Umrah dan Haji Arab Saudi telah dipecat. - CARI
Kredit foto : South China Morning Post |