View: 8483|Reply: 24
|
[UPDATE] 'Saya akan jawab di mahkamah' - Fahmi Reza
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 25-4-2021 07:45 AM
[UPDATE] 'Saya akan jawab di mahkamah' - Fahmi Reza
Fahmi Reza
Kuala Lumpur: Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Mohd Fahmi berkata, sepanjang ditahan, polis bersifat profesional dan tidak berlaku kekerasan ke atas dirinya.
Menurutnya, kes ini kemungkinan akan menyebabkan dirinya akan didakwa di mahkamah dan sudah bersedia.
"Jadi semua kenyataan berkenaan karya itu akan saya jawab di mahkamah.. Semua akan dijawab di mahkamah kalau masuk mahkamah.
"Sekarang masih berhadapan siasatan polis lagi. Mereka kena siapkan siasatan kumpul bukti forensik dan hantar kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.
Katanya, barangan miliknya seperti komputer riba, dua telefon bimbit, modem dan sebuah router turut dirampas.
Malah dia tetap bertegas enggan memadamkan kenyataan dimuat naiknya di Facebook berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed semalam dilaporkan berkata, JSJ menahan pemilik akaun Facebook itu, Mohd Fahmidi Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
Pereka grafik ditahan untuk siasatan hina Raja Permaisuri Agong
RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Pereka grafik ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.
"Saya sahkan dia ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tetapi kes disiasat oleh Bukit Aman," katanya.
Terdahulu tular di Twitter yang memaklumkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Fahmi Reza ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi.
Semalam, media melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pengguna Facebook yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong.
Dakwanya, individu yang menggunakan nama Fahmi Reza bertindak demikian melalui satu entri yang dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong.
Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas dilaporkan berkata, pihaknya melakukan pemantauan dan sememangnya individu berkenaan dipercayai sudah banyak kali menghasilkan lakaran kartun yang mengganggu sensitiviti perkauman dan agama masyarakat majmuk.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
Fahmi Reza Muat 100 Lagu Bertema Dengki Dengan Wajah Tunku Azizah
SEBUAH album yang mengandungi 100 buah lagu bertemakan dengki dengan wajah Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikesan diwujudkan di laman sesawang muzik, Spotify.
Gambar Raja Permaisuri Agong yang digunakan merupakan foto Tunku Azizah memakai pakaian rasmi diraja berwarna kuning siap dengan mahkota.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut bertajuk Jealousy-Remastered 2011, Jealous Again, Hey Jealousy dan Mengapa Hatimu Dengki.
Fahmi turut mempromosikan pautan album tersebut di Facebook dan Twitter rasminya.
https://open.spotify.com/playlist/0XOOulZdEXAFDC7ZPHLQTO
Perkongsian di Facebooknya mendapat lebih 3,000 komen dengan ada yang memuji dan ada yang berpandangan album tersebut menghina Raja Permaisuri Agong.
“Agong ke, permaisuri ke, diorang bukan maksum. Diorang manusia macam kita yang boleh ditegur dan dikritik. Teruskan teguran ini,” komen seorang pengguna bernama Zed Adam Idris.
Sumber:https://mykmu.net
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dengki dengan org kaya..ingat pesanan atok sampai bila bila |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapatla.... sendiri triggered rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa raja2 ni asal tabal jadi YDPA gigih menukar nama la tambah nama la ala2 yereb bagai... tp perangai xplak yizlamik mcm pak yereb.. Oh lupa helang khuens?!
pfffttt |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk lagu semua ada word 'jealous' ya. |
|
|
|
|
|
|
|
ok ... next ... ! |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali before taip mengarut pikir dulu
sampai2 bila2 org remember |
|
|
|
|
|
|
|
Voley ke main bubuh gambar depa merata2 tanpa kebenaran? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak fahmi ni mmg degil.
Tapi lawo design dia |
|
|
|
|
|
|
|
siap la... takut raya kedalam ja mat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Padanlah muka... penat yer selama ni berpurak2 peduli rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Habislah org lain raya makan ketupat. Nona kau raya makan nasi ikan jaket |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi adalah club umngokk dan sekutu beramai ke balai polis..laporan menghina institusi raja.
Ke dah ada yg pegi? |
|
|
|
|
|
|
|
faham lah skrg ni time darurat. ISA boleh diaktifkan semula. |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 23-4-2021 05:30 AM
Jangan dengki dengan org kaya..ingat pesanan atok sampai bila bila
Baik tuan...saya tak dengki dahhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Jimbit ni dah kena tangkap dah. |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku dia sikit pun x salah |
|
|
|
|
|
|
|
Ala.. Songlist jealous tu content lgu2 merapu.. Boring.. Tak yahlh rakyat nk sentap sgt.. Wakil rakyat bkn nyer membela rkyt tp ckit2 nk bekap kygan.. myampah gn perangai semua.. Rpa pun buat silap besar mulut longkang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|