View: 1811|Reply: 5
|
Remaja Dirogol Lepas Terpedaya Dek Janji Akan Diberikan Vaksin Covid-19
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan diperkosa di sebuah rumah terbengkalai setelah terpedaya dengan janji akan diberikan vaksin COVID-19.
Insiden malang di bandar Patna pada Selasa itu berlaku ketika India dilanda gelombang kedua jangkitan pandemik yang kian meruncing.
Portal TheSunUK dalam laporannya menyebut dua suspek berkenaan iaitu Mantu dan Rocky merogol gadis malang tersebut selepas berjanji untuk memberikan vaksin kepadanya.
Gambar hiasan
Kedua-dua suspek dikatakan membawa gadis itu ke rumah tinggal dan memperkosanya selama satu jam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Pemeriksaan perubatan terhadap mangsa mengesahkan kejadian rogol itu.
Kedua-dua suspek ditangkap sehari kemudian dan dipenjarakan di balai polis Malsalami.
"Mereka telah ditahan di bawah 376D dan siasatan sedang dijalankan. Kami juga akan melihat sama ada mereka pernah terlibat dalam kes lain sebelum ini," kata seorang jurucakap polis.
Mangsa yang ditemui pemberita berkata dia telah merayu agar dibebaskan, namun gagal.
“Saya merayu di hadapan mereka untuk lepaskan saya, tapi mereka bersikap seperti binatang. Mereka tampar saya berulang kali. Mereka bawa saya ke sebuah rumah dan mula memegang saya.
"Sebelum saya sempat melarikan diri, mereka ikat kaki dan tangan saya dan tutup mulut saya dengan sapu tangan," kata mangsa.
Gadis yang trauma itu akhirnya berjaya membebaskan diri dan menceritakan tragedi itu kepada ibunya.
Polis dalam pada itu juga sedang mengesahkan usia mangsa.
"Sekiranya dia berusia di bawah 18 tahun, Akta Perlindungan Kanak-Kanak Terhadap Kesalahan Seksual (POCSO) juga akan dikenakan dalam kertas pertuduhan terhadap suspek," kata pegawai penyiasat.
Sumber: AWANI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gila la.. Dalam dok teruk kat sana.. Sempat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
lain nau cara bg 'vsksin' nya |
|
|
|
|
|
|
|
Rupanya bagi "vaksin mani" ....mesti trauma yg kena ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkejut bila kat india |
|
|
|
|
|
|
| |
|