View: 1878|Reply: 11
|
The Rock Nak Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat
[Copy link]
|
|
Pelakon The Rock, 49, tidak menolak ada terbit keinginan untuk bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) jika mendapat sokongan padu ramai.
The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson berkata, dia memang memiliki cita-cita dalam politik dan melihat dirinya mungkin bertanding untuk jawatan itu kelak.
"Saya ada misi untuk menyatupadukan negara kita. Dan saya rasa, jika ini adalah apa yang orang mahukan, maka saya akan lakukannya," katanya.
Pelakon filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw itu berkata, dia semestinya tidak mahu mengecewakan sokongan orang ramai yang melihat potensi dirinya bergelar pemimpin negara.
Foto: nme.com
"Jika sampai satu masa nanti di mana sokongan yang saya terima sudah terlalu cukup, saya akan mempertimbangkannya," katanya.
Tahun lalu, Johnson menjadi penyokong terkuat John Biden dan Kamala Harris sewaktu pilihan raya dilangsungkan. Biden menang sekali gus menjadi Presiden baharu AS, manakala Harris sebagai Naib Presiden.
Untuk tujuan itu, dia juga mengakui sentiasa memantau bagaimana sokongan diterimanya daripada orang ramai di media sosial. Daripada situ, barulah dia akan memikirkan dengan lebih serius hasratnya itu.
"Apa yang orang mahukan akan mempengaruhi keputusan itu. Kalau memang mereka nak, maka saya sedia untuk lakukannya," katanya.
Johnson bukan satu-satunya selebriti yang mempertimbangkan hasrat untuk menceburi politik. Pelakon Matthew McConaughey turut menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan gabenor di tempat kelahirannya, Texas. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
{:dot nak atau betul2 dah join |
|
|
|
|
|
|
|
"If you smell what the rock is cooking" Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
I'll definitely vote for you, Dwayne . Tapi aku passport Malaysian la pula |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jauh lagi bagus dari biden, trump tu. |
|
|
|
|
|
|
|
My husband mesti excited bila i cerita psl ni sbb dia asyik mention dia nak the rock jadi president US |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa xyh laaaa jd President, jadi artis jer cukup.. mmg dah kaya pun kan hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Uissh kalau THE ROCK jadi presiden harap2 tak jadikan negara2 tertentu nih***** jadi gelanggang WWF ye... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm afdlin shauki, join PKR |
|
|
|
|
|
|
| |
|