View: 2664|Reply: 16
|
Hidap Gastrik Kronik Dan Penyakit Lain, Ebby Yus Tetap Puasa Penuh
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pelawak berpengalaman, Ebby Yus 57, bersyukur apabila dia masih boleh berpuasa penuh biarpun berhadapan dengan masalah kesihatan kerana menghidap beberapa penyakit.
Sekitar 2019 lalu, Ebby pernah mendedahkan dia mengalami penyakit gastrik kronik, termasuk lemah jantung dan buah pinggang yang menyebabkan tidak boleh terlalu aktif bekerja kerana cepat berasa penat.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata apapun, hingga kini dia masih mampu berpuasa penuh dan belum meninggalkannya walau sehari di atas faktor kesihatan diri.
Foto: IG
"Sebenarnya, saya sangat bersyukur kerana masih mendapat peluang daripada Allah untuk berpuasa penuh walaupun keadaan kesihatan saya tidak menentu. Tapi, alhamdulillah buat masa ini saya memang baik-baik saja.
"Saya pun tak sangka dan anggap ini adalah rezeki. Apabila Allah dah bagi semula kesihatan ini, saya akan terus berpuasa penuh selagi mampu. Malah, tinggal berapa hari saja lagi sebelum hari raya," katanya kepada Harian Metro.
Ebby berkata dia seboleh-bolehnya mencuba tidak mahu meninggalkan puasa Ramadan ini. Katanya, peluang berpuasa sebegini hanya setahun sekali dan dia mahu memanfaatkan sebaiknya peluang diperoleh itu.
"Saya tahu keadaan kesihatan diri dan tidak memaksa. Namun, alhamdulillah untuk Ramadan kali ini keadaan kesihatan saya berada pada tahap agak baik dan bolehlah berpuasa penuh macam orang lain.
"Namun, saya mengucapkan terima kasih kepada peminat atau sesiapa sahaja yang sudah mendoakan yang baik-baik buat saya terutama kesihatan. Semoga Allah membalasnya," katanya.
Terdahulu, Ebby ditemui ketika muncul pada sidang media virtual sitkom JKK Raya 2021 lakonannya yang akan disiarkan TV3 pada 13 Mei ini, jam 11 malam.
Ebby yang melakonkan watak Pak Din, turut beraksi dengan pelakon lain seperti Ropie, Ain Idruce, Issey Fazlisham, Shuk Sahar, Salman dan Jiggy. Sitkom JKK atau Jenaka Kampung Kalut kini memasuki musim ketujuh penerbitannya. -CARI
Sumber: Haroan Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah ye..kuat la kiranya sambil makan ubat boleh bekerja sikit2 dan berpuasa tu. Iols pun amik ubat tiroid dan tak boleh kerja lebih2..kalau tidak kena buka puasa. Kalau puasa takboleh kemas rumah
Bila penat sangat, body temp slowly rising..macam mercury rising tu. Iols tau sejam dari tu ill be burn in oven menggeruh guling2 macam kerbau kena sembelih. Panas sangat sampai berat badan susut, rambut dan kulit bau hangit |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 11:16 AM
Tahniah ye..kuat la kiranya sambil makan ubat boleh bekerja sikit2 dan berpuasa tu. Iols pun amik ub ...
Tak tanya pun |
|
|
|
|
|
|
|
oh u pun ada tiroid
hyperthyrodism ke?
iols pun ada tiroid tapi takde plak macam tu. i ni cuma nampak mata terjojol je
|
|
|
|
|
|
|
|
i mata jojol gak. betulkan dengan amik height improver/kalsium dengan bekam.kalau bersukan, macam rentas desa tu terlalu haus dan minum banyak gile
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 11:16 AM
Tahniah ye..kuat la kiranya sambil makan ubat boleh bekerja sikit2 dan berpuasa tu. Iols pun amik ub ...
Sorry to ask, diagnosis apa ya sis? Tak bleh miss ubat la ya? Stay strong. Get well soon. |
|
|
|
|
|
|
|
Gastrik Kronik pun puasa, alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Grave's disease. Thank you. Ive spend my youth working hard
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 02:32 PM
Grave's disease. Thank you. Ive spend my youth working hard
I see. You gonna get through this. You're so strong. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you gorgeous. Aminn
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Ebby Yus sakit2 pun xtinggal puasa lagi n Semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 12:23 PM
i mata jojol gak. betulkan dengan amik height improver/kalsium dengan bekam.kalau bersukan, macam ...
oo ye ke sis.baik i cuba.cuma height improver tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Ubat peninggi macam Height Up, ashwargandha etc..dia bukan peninggi je..tapi ratio semua bertambah..rangka kita membesar, soket mata besar sikit, mata masuk ke dalam. tak terjojol sangat. tapi iol takde duwet nak keep consuming sbb supplemen tinggi ni mahei
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus kuat la eby yus ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ebby saiful dah kat mana ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|