Edited by CARI-MAL at 12-5-2021 07:45 AM
Tular wanita di TikTok selepas berkongsi kisah dia menipu kekasih gelap pasangannya bahawa lelaki itu telah meninggal dunia untuk membalas dendam hubungan sulit mereka, lapor Mirror.
Thea Loveridge berkata, dia mengetahui tentang hubungan sulit teman lelakinya selepas melahirkan anak mereka dan mengambil keputusan merangka rancangan balas dendam paling sempurna.
Kredit foto: TikTok Thea Loveridge
Teman lelaki Thea terpaksa menjalani hukuman penjara selepas itu.
“Wanita itu pernah menghantar mesej mencari kekasihnya dan saya membalas bahawa dia sudah mati.
“Saya juga mengajak kakak teman lelaki saya untuk mengadakan majlis pengebumian palsu bagi menjadikannya kelihatan seperti benar-benar berlaku,” katanya.
Tambah Loveridge, selepas tiga tahun, wanita berkenaan masih percaya lelaki itu sudah mati dan membuat ucapan menyayat hati setiap kali tibanya tarikh ulang tahun kematian di media sosial.
Perkongsian itu menerima ribuan komen memuji kebijaksanaan Loveridge mereka komplot balas dendam yang sempurna.
“Jawapan bahawa lelaki itu sudah mati adalah balas dendam paling manis,” komen seorang pengguna media sosial.
Sumber: Kosmo |