View: 1156|Reply: 8
|
Salur Bantuan Kepada Palestin Dengan Hasil Khidmat Fotografi, Jual Akaun Twitter
[Copy link]
|
|
Penderitaan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ternyata meruntun hati kita semua.
Tidak terkecuali tentunya jurufoto ini yang tampil dengan inisiatif tersendiri dalam memberi sokongan dan sumbangan buat penduduk di sana.
Menurut Zulhelmey Isnin, 31, dia baru sahaja memperkenalkan khidmat fotografi dengan harga RM150 untuk satu sesi selama 30 minit yang mana kesemua wang itu akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Terkesan dengan penderitaan rakyat Palestin, Amy (kiri) membuat inisiatif sendiri dalam menyalurkan sumbangan wang. (Gambar Hiasan: Shahanaaz Habib)
"Baru sahaja saya war-warkan pada Sabtu malam. Alhamdulillah sudah ada beberapa orang yang tanya.
"InsyaAllah akan dimulakan pada Isnin di sekitar Kuala Lumpur sahaja memandangkan sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Konsepnya, selepas siap shoot, saya nak mereka transfer sendiri duit itu ke akaun sumbangan untuk penduduk Palestin," ujarnya kepada mStar.
Lebih dikenali dengan nama Amy Medusa dalam kalangan warga maya, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui sebak apabila mengenangkan penderitaan penduduk di sana.
Malah, katanya yang mula menjadi jurufoto pada 2014, sebagaimana harapan masyarakat global yang lain, dia juga mahu penderitan rakyat Palestin berakhir dalam kadar segera.
"Saya ada anak dan keluarga dan apabila lihat ramai kanak-kanak di sana jadi mangsa saya terfikir, bagaimana sekiranya anak saya kena macam tu.
"Jadi saya cuba bantu daripada segi kewangan, sekadar termampu. Kalau tanya sesiapa pun, mereka pasti mengharapkan kemenangan Palestin.
"Kita juga berharap agar keganasan dihentikan serta-merta, dah tak sanggup nak tengok mereka derita," ujarnya lagi.
Kata Amy, dia baru-baru ini turut menjual akaun Twitter miliknya yang mempunyai 13,700 pengikut dengan harga RM500 yang mana wang itu turut disumbangkan kepada penduduk Palestin.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Konsepnya, selepas siap shoot, saya nak mereka transfer sendiri duit itu ke akaun sumbangan untuk penduduk Palestin," ujarnya kepada mStar.
accountability and transparency.
bukan ayat penunggang agama masuk account aku dulu.
tolak kos operasi. anak bini aku pon nak makan.
prfthhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Xdpt angkat senjata bg tenaga kreatif pon jadi. Semoga murah rezeki bro niamin |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus inisiatif brader ni...mudah2an dipermudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
effort brader ni bagus...everyone is doing their part, be it small or big...setiap usaha sangat penting utk memberi tekanan kpd puak2 zionis |
|
|
|
|
|
|
|
ini lebih ditakuti oleh yahoodi. Mencipta peluang diruang yg hampir tertutup.Bijak.
antara yg digeruni oleh musuh Islam:
1. solat subuh berjemaah di masjid.
antara amalan yg terpilih " Apa yang lebih aku sukai dari kamu tanggal kepala musuh ialah apabila kamu bangun malam untuk solat malam dan berzikir pada KU dengan menyebut ,"Allah" "Allah" , "Allah" LEBIH AKU CINTAI DARI SEGALA YANG ADA DI ATAS MUKA BUMI INI.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oklah hopefully dia minta some kind of bukti org tu dah transfer. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan ramai lagi yg tlg Gaza, moga kemenangan berpihak kepada Gaza, palestine. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga ramai lagi yg mcm brader ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|