View: 1136|Reply: 1
|
Data 1.7 Juta Pengguna Mungkin Bocor Aplikasi Cari Jodoh Jepun Digodam
[Copy link]
|
|
Data peribadi lebih daripada sejuta pengguna sebuah aplikasi janji temu sosial di Jepun mungkin terdedah selepas sistemnya digodam.
AFP melaporkan, syarikat pengendali aplikasi berkenaan sudah memberi amaran kepada semua penggunanya.
Net Marketing yang menguruskan operasi aplikasi Omiai berkata, pihakya mengesan akses tanpa kelulusan pada April lalu yang menceroboh maklumat ahli berdaftar dalam sistem pelayan.
Gambar hiasan/Pixabay
"Kami dapati ada kemungkinan besar maklumat ahli telah dibocorkan akibat akses penceroboh itu,” ujar syarikat itu dalam satu keyataan.
Imej-imej lesen memandu dan pasport yang dihantar untuk pengesahan umur bagi menggunakan aplikasi itu juga adalah antara data yang telah dikompromi, antara tarikh 20 hingga 26 April.
Tambah kenyataan itu, sejumlah 1.71 juta pengguna telah terjejas, termasuk data mereka yang tidak lagi menggunakan perkhidmatan itu.
Walau bagaimanapun, maklumat kad kredit tidak terjejas kerana prosesnya adalah melalui institusi kewangan.
Berita itu yang disiarkan pada Jumaat lalu, mengakibatkan saham Net Marketing menjunam 19.34 peratus pada Isnin.
Omiai, yang bermaksud ‘pencari jodoh’ dalam bahasa Jepun, adalah antara aplikasi janji temu paling popular di Negara Matahari Terbit itu.
Menyasarkan golongan yang mahu menjalin hubungan serius, ia mempunyai sejumlah 6.89 juta ahli.
Sumber: AWANI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahhahaa... habis la kalau dpt kt tokmoh rumah terbakaq smlm tu gambar2 dorg... {:thief |
|
|
|
|
|
|
| |
|