Walaupun bukan najis betul dan ia hanya lakonan semata-mata, namun filem pendek itu membuat orang ramai kembang tekak dengan aksi Nor Ashima Ramli itu meramas najis.
https://www.instagram.com/p/CP7zYwqAHpi
Menjawab kritikan ramai, Baby Shima menjelaskan dia berbuat demikian kerana mahu all out menghasilkan karya yang lebih nyata dan sempurna.
"Saya cuba all out supaya ia kelihatan sempurna dan mudah difahami. Saya minta maaf kalau ada yang rasa jijik, saya tak maksudkan apa pun.
"Lagipun saya cuma berkarya kat YouTube, bukan di TV," katanya kepada mStar.
Baby Shima tampil dengan filem pendek di YouTube pada Khamis mengisahkan nasi kangkang untuk menundukkan suami.
Sedar filem itu mendapat kecaman dan kritikan, Baby Shima berharap penonton lebih terbuka dan ambil pengajaran yang mahu disampaikan menerusi filem berkenaan.
Kredit foto: IG
"Cari juga ada ke orang komen kata lakonan saya kayu? Alhamdulillah tak ada... oh ya, kalau kayu tak ada la dipanggil berlakon filem.
"Sebelum buat drama pendek ni, saya dah mula berlakon di Indonesia.
"Tapi kalau ada orang cakap macam tu pun saya tak boleh nak cakap apa, itu pendapat orang... saya hargai pendapat mereka," katanya.