CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 4

Nad Zainal Galakkan Tuntut Ilmu Sebelum Ceburi Bidang Seni

[Copy link]
Post time 15-6-2021 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Nad Zainal mengalu-alukan kedatangan mana-mana bakat baharu yang ingin menceburi bidang lakonan sama ada individu tersebut mempunyai pendidikan formal atau tidak dalam bidang tersebut.


Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 31, sekiranya seseorang itu tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang lakonan, mereka boleh mengasah bakat dengan menyertai mana-mana kelas lakonan yang dianjurkan.




Foto: IG




"Sebenarnya manusia dilahirkan ada macam-macam bakat, contohnya macam Datuk Rosyam Nor... dia memang dah berbakat dari lahir sama macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


"Tapi kalau mana rasa diri mereka masih tidak berapa bagus atau tiada background dalam bidang lakonan seeloknya dapat pendidikan awal dalam bidang tersebut.


"Macam saya belajar di Aswara (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) dulu sebenarnya adalah untuk persediaan sekiranya dah tidak lagi berlakon di masa akan datang.




  



"Dengan adanya ilmu yang saya pelajari di Aswara mungkin saya boleh jadi penulis skrip, seni ada banyak cabang sebenarnya," katanya ketika dihubung mStar.


Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat sekiranya seorang pelakon itu mempunyai ilmu dalam bidang yang diceburinya, ia adalah satu bonus.




  



Nad diminta mengulas isu ini selepas seorang pengikut di laman Instagramnya berpendapat belajar dalam bidang seni lakon belum tentu menjamin masa depan mereka untuk dipilih pengarah.


Ia berikutan trend semasa yang membuka peluang kepada Instafamous dengan jumlah pengikut yang ramai untuk tampil menghiasi kaca televisyen.


"Lebih baik jika ada pendidikan awal dalam bidang yang diceburi... kita tidak akan selamanya ada depan skrin.


"Contohnya kalau orang itu ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan tapi dia lompat jadi anak seni, dia boleh ambil kelas lakonan dan dari situ nanti lama-lama mereka dah ada sedikit ilmu lakonan yang dipelajari.


"Saya juga harap industri dapat buka ruang untuk seimbang dari segi pengambilan pelakon, jangan ambil berdasarkan populariti semata-mata, bakat itu juga penting," katanya lagi.




  



Bercakap mengenai lambakan Instafamous yang sering menjadi pilihan penerbit, Nad berkata dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan mana-mana pelakon asalkan mereka mahu belajar dan memberikan komitmen di set penggambaran.


"Saya tiada masa nak memikirkan rezeki orang lain, sesiapa sahaja yang berlakon dengan saya mereka datang dari mana pun kalau dia deliver saya okay sahaja.


  





"Saya tiada masa nak mengkaji dia ini ada kelulusan dalam bidang lakonan atau tidak... siapalah saya untuk berbuat demikian.


"Saya sentiasa alu-alukan sesiapa sahaja yang willing nak belajar on set, bukannya kerja saya nak menetapkan dengan siapa saya nak bekerjasama," ujarnya lagi.


Untuk rekod, pelakon utama drama siri Takdir Yang Tertulis ini memiliki kelulusan Diploma Teater dari Aswara. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik baca artikel penuh. Baru faham. Isi dia bagus and betul. Kipidap walaupun aku tak la layan sangat cerita2 TV kat Malaysia, but kenal la Nad and dari segi komen, sangat berilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironinya kau sendiri kayu kayan nad ooiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironinya kau sendiri kayu kayan nad ooiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 04:40 PM | Show all posts
yela semua perlu belajar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.143915 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list