Isteri ahli politik yang hangat diperkatakan, Datin Seri Haflin Nazri Aziz sentiasa menjadi perhatian. Terbaharu hidangan makanan yang kononnya diinspirasikan dari filem Eat, Pray Love dibintangi Julia Roberts pula dikritik netizen.
Manakan tidak, hidangan tersebut didakwa tiada rupa makanan yang sepatutnya. Dengan potongan telur secara melintang serta tomato yang dipenyek, ini yang dicetak dalam buku resipinya?
Foto : Twitter
Ianya turut dipersetujui oleh netizen lain yang mengatakan hidangan yang disediakan Haflin, 39 tidak menyamai makanan Julia Roberts pun. Perasan ke?
Malahan, yang sebenarnya sarapan pagi di dalam filem tersebut bukanlah tomato yang dilenyek. Ianya sebenar ikan salmon!
Foto : Pinterest
Bagi netizen, hidangan yang tidak menepati piawaian seperti tampak kering, asparagus bersaiz besar, potongan tidak bersimetri dan pelbagai lagi menjelaskan yang Haflin tidak pandai memasak tetapi acah-acah.
"Aduh, delusional betul minah french celup ni."
Foto : Ig
Jadi, apa pula pandangan anda? - CARI
|