View: 2154|Reply: 9
|
Dua Tahun Peram Lagu, Cici Berangan Melangkah Ke AJL
[Copy link]
|
|
Selepas hampir dua tahun terperam, akhirnya lagu Ku Takkan Mengalah nyanyian Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar Astro 2019, Cici berjaya dilancarkan kepada umum.
Cici atau nama sebenarnya, Feli Stacy Paimin, 15, berkata, pelbagai cabaran dilalui dalam proses untuk melancarkan single pertamanya itu.
Kredit foto: IG
"Lagu ini sebenarnya sudah siap sejak dua tahun lalu dan ia merupakan hasil karya komposer Shaifullhan.
"Selepas dua tahun, akhirnya ia sudah dapat diperdengarkan kepada peminat di luar sana.
"Ku Takkan Mengalah mengisahkan erti sebuah perjuangan yang mana ia turut melambangkan perjalanan seni saya selama ini... berbagai onak dan duri yang perlu dilepasi sebelum kita berjaya mencapai kejayaan," katanya kepada mStar.
Penyanyi kelahiran Kundasang, Sabah ini juga berharap lagu Ku Takkan Mengalah berpeluang untuk menempatkan diri di anugerah muzik berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya diberikan peluang.
Kredit foto: IG
"Saya berharap lagu ini dapat menjejakkan kaki ke pentas AJL kerana saya percaya lagu ini ada kekuatannya tersendiri daripada segi melodi dan liriknya.
"Lagu ini juga sangat sentimental bagi saya sebab judul lagu ini bersesuaian dengan usia saya yang masih muda agar terus mengorak langkah dan tidak mudah menyerah kalah dalam terus berjuang untuk menempatkan diri dalam bidang seni yang amat saya minati," ujarnya.
Ku Takkan Mengalah yang diedarkan oleh Luncai Emas kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox dan Apple Music. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Gudluck let dik.. jgn jadi macam sorang tu tercicir tgh nyanyi. Ehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Takpeee budak lagi. Good luck dekk! |
|
|
|
|
|
|
|
all the best dik walau bang non xkenal kau ~~ |
|
|
|
|
|
|
|
lambat lagi dekkkkk nak masuk AJL |
|
|
|
|
|
|
|
Adik org tv3 tuh byk kroni nk smp ke final... So lgu xsedap pun bole masuk yeee.. Henggat tuh... Berliku la ko nnt dik.... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat arwah kucing ku. nama die cici. hmmm goodluck dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|