CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

[Kedah] 30 pesawah rugi RM100,000 padi ditenggelami air

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:00 PM | Show all posts |Read mode
30 pesawah rugi RM100,000 padi ditenggelami air[size=0.8]Noorazura Abdul Rahman - Ogos 22, 2021 @ 1:41pm[email protected]



Pesawah menunjukkan padi mereka yang rebah dan rosak ditenggelami air di Kampung Apil, Pokok Sena selepas hujan lebat sejak Rabu lalu. FOTO NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN



ALOR SETAR: Lebih 30 pesawah di tiga kampung dekat Pokok Sena, kerugian kira-kira RM100,000 selepas sawah mereka seluas 35 hektar ditenggelami air akibat hujan lebat sejak Rabu lalu.
Tiga kampung terbabit adalah Kampung Kejai ,Kampung Apil dan Kampung Bukit Larek.

Pesawah, Ahmad Sarbani Abdullah, 48, berkata mereka terpaksa 'berputih mata' apabila padi yang sepatutnya dapat dituai bulan depan, rebah dan rosak akibat dinaiki air.
"Punca utama banjir ini disebabkan sistem saliran sempit dan tidak dapat menampung aliran air hujan yang deras dari bukit berdekatan hingga menenggelamkan pokok padi kami sedalam dua meter.

"Masalah ini berlarutan sejak sekian lama, apabila tiba musim hujan pada Ogos dan September, petani akan mula bimbang. Pokok padi yang ditanam sudah mencapai usia 80 hari dan sepatutnya boleh dituai bulan depan.
"Saya rasa kecewa namun reda kerana menganggap tiada rezeki saya pada musim ini. Modal sudah banyak dikeluarkan, ia hangus begitu saja. Saya terpaksa tanggung kerugian kira-kira RM7,000," katanya yang mengusahakan tiga hektar sawah secara sewa.

Ahmad Sarbani mendakwa, masalah saliran itu sudah dimaklumkan kepada Persatuan Peladang Kawasan Pokok Sena (PPK) tetapi sehingga sekarang masih belum ada sebarang tindakan.
Mohd Firdaus Ahmad, 35, pula berkata kerja membersih dan meluaskan sistem saliran sepanjang lima kilometer (km) di kawasan sawah dilaksanakan hujung tahun lalu.

Bagaimanapun dia mendakwa hanya sebahagian saja dibersih serta dilebarkan dan ia menyebabkan saliran itu tidak efisien sepenuhnya.
"Apabila masih terdapat saliran yang sempit, ia tidak menampung arus deras melainkan air akan melimpah ke dalam sawah dan ia bertakung selama dua hari sejak Rabu lalu," katanya yang mengalami kerugian kira-kira RM5,000.
Bagi Mohd Noor Ahmad, 38, berkata punca lain yang menyebabkan padi mereka rosak adalah disebabkan lewat menerima benih sehingga terpaksa menaburnya di luar jadual.

Katanya, selalunya petani di situ akan menerima benih padi pada April tetapi pada musim ini mereka menerima pada Jun .
"Saya usahakan lebih tujuh hektar sawah, hampir semuanya tenggelam dan menyebabkan saya rugi kira-kira RM20,000. Sekiranya dapat mula menanam pada April, saya jangka kami semua sempat menuai lebih awal," katanya yang lebih 15 tahun mengusahakan sawah.

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Yunus Laupe ketika dihubungi berkata, pihaknya sehingga kini belum menerima sebarang laporan dari petani di kawasan itu.
Bagaimanapun pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pertanian Kedah bagi tindakan selanjutnya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.033131 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list