View: 12703|Reply: 72
|
Fauziah Nawi Bengang Ada Produksi Ambil Pelakon Tak Vaksin-"Jangan Buat Ha
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kemarahan aktres Fauziah Nawi.
Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.
Foto: IG
"Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik.
"Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah," kata Fauziah.
Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.
Pada Selasa, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa 9 September.
Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.
Dalam pada itu, Fauziah memberitahu semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja sepatutnya mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan kerajaan.
Biarpun vaksinasi itu merupakan pilihan individu namun Fauziah berharap semua pihak tidak bersikap pentingkan diri sendiri.
"Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP... kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting.
"Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seksa hidup ini. Tolong la... sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu.
"Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap.
"Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan sombong," katanya menerusi video di laman Instagram.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan Fauziah menerusi perkongsian berkenaan. -CARI
Sumber:mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Industri paling sampah dalam Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
udah 'jalan citernyer' camtu... |
|
|
|
|
|
|
|
Asik nak marah je |
|
|
|
|
|
|
|
Janda tak boleh move on dengan dagu macam pembuka tin sardin cap ayam brand tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
"tapi diam-diamlah"
Ini pun salah. Exposekan dan tarik balik kebenaran produksi yg buat ni dan saman penerbit dan PM. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa retis yg menganjing tak ambik vaksin pun bole berlakon. Ritrud makjan ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Antara industri yang teruk terjejas kerana PKP ialah industri seni. Tapi masih ada pihak yang masih tak serik2 nak menyusah kan orang lain yang sentiasa akur dgn saranan kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
btl la.. adil la.. kesian org lain xkeja.. nnt xpasal2 kerajaan xbg shooting |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully crew n anak seni yg lain ambil iktibar apa yang berlaku kat rakan artis yg da pergi sbb kena covid ni... jgn la nak compromise dgn org2 yg high risk. particularly yg tak ambil vaksin ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 8-9-2021 01:48 PM
Janda tak boleh move on dengan dagu macam pembuka tin sardin cap ayam brand tu ke?
Sardin cap ayam tak perlukan pembuka tin sis, sardin lain barangkali yaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mana boleh diam diam..
Prevention is better than cure.
Name & shame je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu marah sape tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nek dh tua elok la berundur dr donia seni ittu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan antivaksin, sakit dan nyusukan anak katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 8-9-2021 02:25 PM
Sardin cap ayam tak perlukan pembuka tin sis, sardin lain barangkali yaaa
Ooo mungkin pembuka tin beskot cap tip tap keluaran bersaudara... Untung ritrud boleh cucuk2 isi filler dalam dagu bagi jadi pembuka tin... Tapi nak cucuk vaksin takut... |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa mengata sape tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|