View: 4319|Reply: 32
|
Pelancong Sanggup Jadi Gelandangan, Nak Jimat Tak Nak Bayar Hotel Mahal
[Copy link]
|
|
Sekumpulan pelancong di Britain dikatakan berpura-pura menjadi gelandangan supaya boleh memacak khemah di luar kawasan pelancongan kerana enggan membayar kos penginapan hotel, lapor akhbar The Sun semalam.
Mereka cuba mengelak membayar kos penginapan yang tinggi itu ketika berada di pantai Torquay, Devon, England.
Penduduk setempat berasa marah kerana pengunjung tersebut menggunakan kawasan yang sepatutnya digunakan oleh gelandangan hanya semata-mata kerana mahu mengurangkan kos percutian mereka.
Foto: SWNS
Percutian dalam negara meningkat selepas pandemik, menjadikan kos penginapan di lokasi popular semakin mahal.
Hujung minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh buah khemah dilihat di kawasan tersebut dengan pelancong memasak makanan menggunakan dapur gas .
“Ini merupakan isu di mana pelancong mendapatkan percutian percuma daripada wang pembayar cukai di Torbay. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Ketua Perkongsian Komuniti Cockington, Chelston & Livermead, Roger Carter.
Situasi tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa ia bukan satu kesalahan.
“Apa salahnya? Pelancong itu bukan datang ke sini untuk membeli rumah kedua. Mungkin mereka tidak sanggup membayar wang kepada tapak perkhemahan yang ‘cekik darah’,” kata seorang penduduk tempatan, Christine Lillicrap. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak tulis dan promote bagaimana melancong dengan $30 la tu |
|
|
|
|
|
|
|
reramai la nanti pacak khemah kat Langkawi...sinun.... |
|
|
|
|
|
|
|
ddk je lah dlm hutan sinun.. korang kan suka aktiviti survive |
|
|
|
|
|
|
|
tak selesanya melancong tapi duduk merata2 takde proper accommodation.. dah la jalan2 banyak guna tenaga, berpeluh kepam bagai.. nak jugak la ada tempat berehat bole tido selesa untuk replenish tenaga dan mandi bersihkan diri sebelum mulakan hari baru |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancong mat saleh ni kalau cheapskate, memang betul2 cheapskate okay. Bekas makanan org tinggal pun dia sanggup.makan atas alasan zero waste, sustainable living ala2 activist giteww.... yg kita ni tengok hangguk-hangguk lah kepala, ooooo activist bawak message untuk dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini orang Gipsi atau apa? |
|
|
|
|
|
|
|
betul2.
aku nyampah betul kalau org yg pergi melancong pastu begging untuk trip dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu mengemis mintak duit cakap belum capai target dia nak melancong 100 negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by damsel_fiji at 10-9-2021 06:04 PM
dtg malaysia ntah2 di angkat jadi duta pelancongan ke apa ke mcm kat satu negeri tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Apahal bayar hotel mahal setakat tidur 6 jam, pasang khemah public toilet ada |
|
|
|
|
|
|
|
ni org panggil camping
bestnya camping tepi air terjun ngn kwn..tp dlm hutang byk nyamuk
teringin jer tp mmg idok la nk p camping |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu beli brg guna kupon mcm extrem couponing |
|
|
|
|
|
|
|
KIck out saja...kat negara dia takda pun perangai macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Idok la aku nk travel mcm gini…lain la mmg camping tepi laut..itupun aku lg rela cari chalet dr ddk dlm khemah… |
|
|
|
|
|
|
|
heyyy lupa ke uols Mat Saleh kan tak suka mandi?
biarlah kepam2 peluh lekit gitu
asalkan ada tempat tido |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:28 PM
heyyy lupa ke uols Mat Saleh kan tak suka mandi?
biarlah kepam2 peluh lekit gitu
asalkan ada tempa ...
Haha betul tu, teringat dekat soalan kawan mat saleh minggu lepas. Dia tanya toddler aku mandi berapa kali? Aku pun jawab la setiap kali dia berak, aku mandikan terus. Tak kuasa nak guna wet wipes, save environment giteww.
Dia terkejut dengar anak aku mandi hari hari |
|
|
|
|
|
|
| |
|