View: 6917|Reply: 33
|
'Angkat Kaki' Lagi, Ahmad Idham Pindah Ke Kementerian Bertaraf Diplomat Pula
[Copy link]
|
|
Ahmad Idham sekali lagi 'angkat kaki' selepas 15 bulan menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Kredit foto: IG
Memetik mStar, Ahmad Idham menamatkan kontraknya secara mengejut pada Khamis lalu.
"Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami (Ahli Lembaga Finas) berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.
"Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes Covid-19," kata pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid seperti dilapor sebuah portal berita yang dipetik mStar.
Kredit foto: IG
Bagaimanpaun, dalam duka ada suka apabila Ahmad Idham dilaporkan akan berpindah ke sebuah kementerian bertaraf diplomat.
Walaupun tugasannya masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya, ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.
"Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.
"Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang," tambahnya.
Kredit foto: IG
Pada 9 Disember 2019, pengarah dan penerbit itu meletakkan jawatan selepas dilantik menjadi CEO Finas pada 14 Mac 2019.
Ahmad Idham bagaimanapun kembali menggalas jawatan itu tiga bulan kemudian iaitu pada 5 Jun 2020.
Walaupun mengangkat kaki dari Finas, namun Ahmad Idham berdepan tanggungjawab lebih mencabar. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nak tgk balik cite Cinderella
Tibe... |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 12-9-2021 11:42 PM
"..... ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia".
Hmmm okay. ...
Tapi poster film ni international sangat, filem dia pun sangat sedih, iols menangis last sekali sebab habis duit begitu saja lesap duit ku untuk filem sampah ini. Baik beli kek mamasabariah, kurang2 boleh kambuih buat tambak tapak rumah baru untuk di bina. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masih tak faham Naper dulu2 dia layak jadik hero
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahhaahha another syaitonnn nak masuk kementerian
Mari kita lihat sapa yg kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow wow wow |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 12-9-2021 11:42 PM
"..... ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia".
Hmmm okay. ...
Poster ni berlipat empat ke cane |
|
|
|
|
|
|
|
saya terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
truesonic replied at 13-9-2021 12:08 AM
Aku masih tak faham Naper dulu2 dia layak jadik hero
Sbb masa itu jakfer belum ada.. SY.. AH.. ZA semua blum.muncul... |
|
|
|
|
|
|
|
Bertaraf diplomat? Kenapa mengapa bagaimana? Berapa gaji dia yang dibayar dan menggunakan duit siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: Tapi poster film ni international sangat, filem dia pun sangat sedih, iols menangis last sekali sebab habis duit begitu saja lesap duit ku untuk filem ...
Kau sendiri nak tonton filem dia lepas tu kau complaint sana sini. Aku selalu gak tengok filem atau movie tak bermutu tinggi tapi dah tu pilihan yg aku buat, terima je la. Takde pun nak bising kata karya orang lain tu sampah. Kalau tak suka jangan tengok tapi kau gatal gak nak tengok. Aku filem atau movie melayu ni jarang nak tengok kecuali drama melayu yg free kat tv. Sebab dah tahu membosankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
org gomen ek....lantikan politik?hahhahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|