CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3934|Reply: 30

Bekas Sarjan Dipenjara 24 Tahun Liwat, Rogol Anak Kandung

[Copy link]
Post time 14-9-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan hukuman penjara 24 tahun terhadap bekas tentera yang didapati bersalah merogol dan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap anak kandungnya lima tahun lepas berkuat kuasa pada Selasa.


Ini bermakna lelaki berusia 45 tahun itu terpaksa meringkuk lebih lama selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memerintahkan hukuman penjara 18 tahun dan enam tahun yang diputuskan berjalan secara serentak oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru sebelum ini, berjalan secara berasingan.


Perayu yang berdepan dua pertuduhan itu perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun terlebih dahulu dan apabila selesai hukuman itu, dia akan menjalani hukuman penjara enam tahun lagi, menjadikan jumlah penjara adalah 24 tahun.




Gambar hiasan




Bekas tentera berpangkat sarjan itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan serta enam tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 27 November 2018 selepas didapati bersalah merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 17 tahun.


Mahkamah Sesyen bagaimanapun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu 18 tahun dengan 15 sebatan dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 21 Jun 2020 mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.


Hakim Abdul Karim dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan hukuman penjara terhadap lelaki itu berjalan secara serentak.


"Kes rogol dan liwat adalah berbeza dan hukuman sepatutnya berjalan secara berturutan. Oleh itu, mahkamah mengetepikan hukuman penjara secara serentak yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah berkenaan," kata Hakim Abdul Karim selepas membenarkan rayuan silang oleh pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun ke atas lelaki tersebut.


Bagaimanapun, Hakim Abdul Karim, yang bersidang bersama Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Lee Heng Cheong menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman selepas mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit.


"Kedua-dua hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan apa-apa kesilapan dari segi undang-undang dan fakta untuk mewajarkan mahkamah ini campur tangan terhadap dapatan kedua-dua mahkamah itu. Oleh itu, rayuan perayu ditolak dan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Hakim Abdul Karim.


Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada 2.30 pagi, pada 15 Mac 2016.




Gambar hiasan




Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan manakala bagi pendakwaan bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii dikemukakan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee manakala peguam Noordin Hussin mewakili lelaki berkenaan.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane ckup 24 thun je.
Kesian I pk trauma mangsa2 ni semua..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu yang ada kes ayah first time rogol anak dia masa dia bawa anak pergi umrah tu, apa endingnya ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini dia setan tu:



https://mykmu.net/2020/10/06/bapa-didakwa-rogol-anak-kandung/

Balek2 bangseku..  Nak kata cine kulit tak cerah.  Konfem je mulayu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hrpkn pgr pgr mkn padi
jap mak takde ke?
ayah kwn i tentera gini jugek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis tu. Adoi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2021 12:17 AM | Show all posts

bekas tentera la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 15-9-2021 12:09 AM
Polis tu. Adoi.

Tentera zisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 14-9-2021 11:17 PM
bekas tentera la

Tentera tu. Adoi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Anamia replied at 14-9-2021 11:17 PM
Tentera zisss

Tentera tu. Adoi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:28 AM | Show all posts



bekas tentera sis
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 14-9-2021 11:12 PM
Dulu yang ada kes ayah first time rogol anak dia masa dia bawa anak pergi umrah tu, apa endingnya ye ...


Dah jatuh hukum. Penjara 48 tahun and sebatan. Padan muka. Harap adik tu dapat bantuan psikologi and bimbingan untuk move on.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah hal azim haruan makan anak
Moga adik tu kuat

Dah lima tahun.. harapnya dia ada ikut sesi terapi.. mesti trauma
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:04 AM | Show all posts

Lengan kmain muscular tpi buat krja haram, celaka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sebat totey nya sampai tanggal
Atau kasi potong ala2 sida yestana china

macam siyal
camtu laaa
sebokkkk dengan aurat orang
tapi dok nasihat sesama jejantz?
Hmmmm sama naik2 memasinggggg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian anak tu trauma. semoga anaknya dapat bantuan yang sepatutnya & semoga bapaknya sempat bertaubat dalam penjara nanti dan faham erti penyesalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak form 5 masa tu, kena rogol bulan Mac, lagi 7 bulan nak ambik SPM. Trauma anak dia, harapnya skrg dia dah ok dan result SPM pun bagus (kalau dia ambik SPM lah).
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sado ayahnye....harap hukum seberat beratnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 14-9-2021 11:12 PM
Dulu yang ada kes ayah first time rogol anak dia masa dia bawa anak pergi umrah tu, apa endingnya ye ...

Terus senyap kes ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya budak tu.. ayah kandung tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052375 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list