Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dah ditayangkan kembali selepas shooting tergendala sebelum ini.
Gandingan Sharifah Rose dan redza Rosli nampaknya membuatkan penonton tersenyum.
Bagaimanapun ada pula babak yang didakwa tak masuk akal.
Mata Pedih Terpercik Santan, Babak Tak Logik Drama Dikritik
Dalam episod ketiga, watak Hana disuruh memerah santan di dapur.
Namun dengan tak sengaja matanya terpercik santan.
Hadif datang sebagai hero dan cuba menyelamatkannya.
Sweetlah nampaknya tapi macam tak logik pula di dunia realiti.
Ramai pelik bagaimana percikan santan boleh menyebabkan mata pedih.
Ada jug penonton yang tak puas hati dan mempersoalkan kenapa tak terus cucui mata di sinki yang berdekatan.
Nama pun drama kan? Korang layan jelah. Tak gitu? -CARI
|