|
Pelakon Farah Nabilah, 29, tetap memilih duduk di rumah biarpun sudah banyak sektor ekonomi mula beroperasi.
Pelakon yang pernah diangkat Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, dia lebih selesa mengambil langkah berhati-hati sebagai ibu, apatah lagi mempunyai anak kecil, Andre Omar.
Kredit foto: IG Farah
"Mereka adalah golongan yang tidak dapat melindungi diri dengan vaksinasi, jadi saya selesa mengambil langkah berhati-hati dengan kekal duduk di rumah.
"Jujurnya, saya rindu 'shooting'. Walaupun menerima tawaran lakonan, tetapi saya tetap memilih untuk 'stay at home' kerana kebebasan ini baru sahaja diberikan. Saya risau impak pada masa hadapan," katanya kepada BH Online.
Sehubungan itu, Farah menasihatkan agar rakyat Malaysia segera mengambil suntikan vaksin COVID-19, tanpa mengira jenis atau jenama.
"Jenis atau jenama vaksin tidak penting kerana vaksin dapat membantu melindungi. Jadi, apabila pandemik bertukar menjadi endemik, pentingnya untuk terus membiasakan diri dengan amalan 'kita jaga kita' serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Sumber: BH Online |
|