"Orang kata hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri."
Pelakon sensasi Lana Nodin bagaimanapun mengakui dirinya buat masa ini memilih untuk menghargai negara orang iaitu Amerika Syarikat (AS) berbanding tanah air.
Kredit foto: IG
Menerusi perkongsian di Instagram, Lana berkata demikian kerana dia merasakan dirinya lebih bebas berbanding di Malaysia yang mengamalkan diskriminasi.
"Buat masa ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni... Tak ada diskriminasi dan kebebasan membuat pilihan tu yang penting!" tulisnya.
Kredit foto: IG
Ramai pengikut Lana menyuarakan sokongan mereka terhadap pandangan Lana.
Kredit foto: IG
Malah, mereka turut mendakwa banyak peraturan dibuat kerajaan semakin mengarut selain ramai rakyat Malaysia yang tidak waras dan toksik.
Kredit foto: IG
Seronok jadi Lana ada kampung di luar negara yang bebas. Katanya dia akan ambil vaksin di AS. Anda rasa adakah dia akan melakukannya? - CARI |