|
Baru-baru ini, tular kisah kisah seorang pemuda yang juga TikToker terkenal dipercayai mengakhiri hidupnya ketika sesi live di platform itu.
Memetik laporan Tribunnews, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Jatinegara, Jakarta Timur Indonesia itu dipercayai membunuh diri dengan mengikat kain pada pintu di kediamannya.
Kredit foto: TribunNews
Insiden ngeri itu disedari rakan mangsa yang menonton sesi live berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis.
Setibanya ke lokasi kejadian, polis mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.
Bagaimanapun, keterangan polis itu dibantah peguam mewakili keluarga mangsa kerana mereka seakan-akan tidak percaya bahawa mangsa nekad membunuh diri.
Malah, mereka yakin kematian mangsa mempunyai unsur jenayah.
Peguam juga berpendapat bahawa ketika kejadian, mangsa tidak tinggal bersendirian sebaliknya terdapat individu lain di rumah tersebut.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa menunjukkan tingkah laku pelik sebelum membunuh diri.
Kredit foto: TribunNews
Lebih menimbulkan keraguan adalah video live yang dikongsikan hanya berdurasi 15 saat sahaja.
"Dari awal kami sudah curiga kerana dalam video tersebut kelihatan kaki mangsa ditarik. Dari cermin terlihat seperti ada orang yang menarik kakinya.
"Dipercayai ada individu memadam aplikasi TikTok, video dan chat di telefon mangsa. Ada beberapa perkara lain yang dipadam sebelum diserahkan kepada polis."
Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian TikTokers terkenal itu dan seramai enam saksi dipanggil bagi membantu siasatan.
Polis juga merampas beberapa barangan bukti seperti minuman keras, ubat-ubatan, kerusi plastik, kain berwarna coklat, tripod dan telefon pintar milik mangsa.
Keluarga mangsa memaklumkan mereka nekad mencari dalang di sebalik kematian mangsa dan mengenal pasti motif pembunuhan itu.
Sumber: OHBulan |
|