"Saya tidak akan pernah berhenti selagi kamu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat."
Kredit foto: IG
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi Caprice mengisytiharkan perang terhadap golongan predator seksual, munafik dan pedofilia.
Kredit foto: IG
Pengistiharan itu dibuat di Instagram sebaik dia memotong gelang pink atau tag kuarantinnya hari ini.
Pemilik nama Ariz Ramli itu dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menganggap ugutan bunuh sebagai satu jenaka.
"Sejak orang itu fitnah sampai satu Malaysia kecoh, hari-hari Caprice terima macam-macam ugutan.
Kredit foto: IG
"Korang tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan mengalah. Apabila kebenaran dirungkai, saya harap kalian bersedia dengan tetapan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.
"Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa Caprice depan-depan dulu baru selesai," tulisnya.
Kredit foto: IG
Nampak membara sungguh Caprice nak berperang tu. - CARI
|