View: 1826|Reply: 5
|
Polis Wanita Dalang Pembunuhan Bersiri Bagi Menuntut Insurans Nyawa
[Copy link]
|
|
Perbicaraan seorang pegawai polis wanita dituduh membunuh beberapa saudara dan teman lelakinya bagi menuntut insurans mencuri tumpuan seluruh Afrika Selatan.
Kaedah pembunuhan yang ngeri dengan memukul mangsa menggunakan senjata tembaga sehingga bermandikan darah membuatkan ramai terkejut dengan kekejaman yang ditunjukkan.
Kredit foto: TimesLIVE
Ketika pertuduhan dibacakan, Nomia Rosemary Ndlovu, 46, kelihatan tenang di tempat duduk kamar mahkamah Johannesburg, lapor AFP.
Sebagai pegawai polis yang pernah dihormati, perubahannya menjadi pembunuh bersiri amat membingungkan rakyat Afrika Selatan.
Malah, tingkah laku suspek yang kelihatan semberono, sambil mencebik muka dan menunjukkan isyarat 'peace' ketika dirakamkan lensa kamera di mahkamah membuatkan orang ramai lebih keliru.
Pendakwa raya sudah mengumpulkan banyak bukti mengenai perbuatan kejam yang dilakukannya.
Menurut pendakwa raya, antara 2012 dan 2017, sepupu, adik perempuan, teman lelaki serta anak saudara lelaki dan perempuan selain seorang lagi saudaranya ditemui mati, sama ada disamun, dicekik atau ditembak.
Ndlovu yang juga suspek utama di sebalik pembunuhan kesemua mangsa didakwa melakukannya bagi mendapatkan tuntutan insurans nyawa serta pampasan pengebumian atas nama mangsa selepas kematian mereka.
Perbicaraan kes suspek itu membuatkan warga Afrika Selatan ternanti-nanti di depan televisyen sejak sebutan kes bermula pada pertengahan September.
Ndlovu berjalan dengan yakin ke kandang pesalah hari ini dengan memakai kasut tumit hitam, bergaun hijau serta melilit selendang pada bahunya dan mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.
Kredit foto: AFP
"Saya bukan orang yang mengambil polisi insurans adik perempuan saya (yang dibunuh)," katanya dalam bahasa Tsonga melalui penterjemah.
Penyiasat mendakwa Ndlovu memperoleh sekitar 1.4 juta rand ($93,000) hasil perbuatan kejamnya.
Dia didakwa dengan beberapa tuduhan pembunuhan, konspirasi dan penipuan manakala afidavit yang difailkan mengandungi butiran terperinci modus operandi dalam setiap pembunuhan kejam itu.
Walaupun pembunuh upahan disyaki melakukan sebahagian besar pekerjaan kotor itu, Ndlovu sendiri dikatakan bertanggungjawab meracun teh yang diminum adiknya Audrey, yang kemudian dicekik mati oleh tertuduh.
Perbuatannya terbongkar pada 2018, susulan salah seorang yang diupah suspek memberikan maklumat kepada polis bahawa dia merancang untuk membakar rumah adik perempuannya, kata pendakwa raya.
Kebakaran itu dirancang bagi membunuh wanita itu bersama lima anaknya, termasuk bayi berusia lima bulan, yang terlebih dulu diberikan pil tidur dan mulut mereka disumbat sarung kaki supaya jeritan mereka tidak kedengaran.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
nohhh jiwa bergelora banjir kilat tanah liat. relax ja |
|
|
|
|
|
|
|
dia pregnant ke tu? jgn pasni bunuh ank pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dia bunuh semua macam takda kaitan bakal dapat claim insuran je.
Teman lelaki? Adik perempuan? Sepupu?
Ini bukan waris sebenar untuk dapat pampasan kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul jenis psiko ni
Tak rasa empati, guilty |
|
|
|
|
|
|
| |
|