CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3290|Reply: 4

Banyak Gangguan, Fieya Julia Kemurungan Sebelum Berhijab

[Copy link]
Post time 29-9-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Penampilan penyanyi, Fieya Julia yang kini berhijab menjadi tumpuan dan penyanyi berasal dari Sarawak ini juga mempunyai sebab mengapa dia berhijab.


“Sebenarnya sebelum berhijab, Fieya selalu kemurungan, ada masalah dan rasa stres serta sedih tiba-tiba. Fieya rasa apa benda yang Fieya buat tak cukup.




Kredit foto: IG Fieya Julia




“Sebelum ini saya rasa banyak sangat gangguan dari segi macam-macam seperti tekanan bekerja. Bila tidak bertudung banyak perkara perlu dilakukan seperti nak kena dandan rambut la.


“Itu satu kebaikan juga bila berhijab tak perlu fikir itu semua. Fieya rasa sebelum ini ramai lelaki gatal yang DM (direct message), mereka ingat penampilan Fieya yang free hair tu mesti Fieya sporting.


“Dah nama orang gatal, kalau kita berhijab atau tak, bila mereka dah suka memang akan flirt juga.


“Fieya bersyukur sangat kerana mengambil keputusan untuk berhijab. Sebelum ini pernah berhijab tapi on off, sekarang kalau boleh nak kekal kerana selepas berhijab rasa lebih tenang saja. Sebenarnya dah lama ada niat untuk berhijab tapi over thinking,” katanya.








Ditanya sama ada dia akan memulakan perniagaan tudung selepas berhijab seperti yang dilakukan kebanyakan artis lain, jelas Fieya, dia belum terfikir lagi ke arah itu.


Jelasnya, sebelum bertudung, ramai yang memberinya tawaran untuk menjadi model produk tudung tetapi dia belum bersedia.








“Bila berhijab pun Fieya tak bersedia untuk jadi model mana-mana jenama tudung. Kalau sendiri berniaga mungkin ada perancangan.


"Sekarang ini banyak sangat artis jual tudung. Kalau Fieya ada bisnes nanti pun tak akan keluar produk tudung. Sejujurnya Fieya berhijab ini bukan sebab nak ada bisnes tapi nak ubah diri daripada sebelum ini,” katanya.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
udah2 la kisah berhijab ko dekk, aku dulu bertudung sejak kecil pon ada fasa depressed gak, kang orang meluat ko cakap tudung = ubat depression
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Life ko nampak sgt boring dik.. Bergambo buat aksi semata utk insta huhh still nampak bosangg
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko lerrr dek nonnn
Moga istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts

Ko tak lawa pun dikkk untuk dibawangkan dalam board ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034201 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list