CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4687|Reply: 8

Febrile Fits atau Sawan Demam

[Copy link]
Post time 22-4-2006 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Tak pernah terfikir yg Nur akan dapat sawan demam. she's a very active and healthy baby. masa dia kene sawan tu, dia bau jer demam. araound 6pm balik kerja amik dia kat umah mak. dia demam skir jer. cek temperature dia dlm 37 degree C. so, lepas maghrib I immediately bawak dia gi klinik.

dlm seminit lagi nak sampai ke klinik dia kene fit! mase tu dia tgh tidur, tetiber jer mata dia terbuka (tak la pulak terbeliak keatas). bila i acah2 tgn ke mata dia, no respon. dia kelip mata pun idak, even when i usap muka dia. jantung i dah berenti berdenyut mase tu dah. dlm hati i kate... no way.... this is not happening to my baby! betul2 sampai depan klinik, i dapat rase kaki dia 'tertarik-tarik'. mase tu, tak ingat dunia dah!.... terjah pintu klinik , terjah pintu doktor. dah doktor beri dia ubat, fit dia berhenti. it's all happen dlm 1 minit jer.

i tengok Nur lembik... tak pernah tenguk dia mcm tu... selalunyer dia aktif sesangat. doktor advice me bawak dia gi hospital. so, malam tu bermalam la dia di wad. pukul 7.50 dia kene fit, pukul 10mlm dia ronda satu wad melawat pesakit lain.... bertuah punyer anak :lol.

so, pada malam tu ajer, penuh wad kanak2 tu. semua nyer ade masalah Sawan Demam. 3 sajer kes lain. so, doctor kate situasi ni amat membimbangkan. so dorang beri semua parents phamplet pasal Sawan Demam nie. tu educate parents. ye la..... i sendiri pun tak pernah terpikir. andainyer Nur kene fit kat rumah.... surely i blank tak tau ape nak buat. so.... kat sini I share with you all, phamplet tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2006 10:07 AM | Show all posts
Apakah itu sawan?
Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak diluar kawalan yg mengakibatkan
-> kekejangan otot
-> mata terbeliak
-> mulut berbuih
-> kancing gigi
-> tidak sedar diri

Sawan demam ialah
-> sawan yg berlaku apabila suhu melebihi 38 degree C
-> ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
-> lingkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 thn

Sebab2 sawan demam
Demam terlalu tinggi, kebanyakkan berpunca dari
-> jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
-> atau jangktan telinga (otitis media) dan lain2

Bolehkah sawan demam berulang?
Ya. 30% sawan demam oleh berulang

Apakah sawan demam boleh mengakibatkan kecacatan otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15 minit

Adakah ia keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yg pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
hanya segelintir kanak2 yg mendapat sawan demam berulang2 dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy.

Bagaimana hendak mengenali sawan demam
-> badan terasa panas
-> badan dan kaki tegang
-> kaki dan tangan bergoncang tanpa ransangan
-> terjatuh tidak sedar diri
-> mulut berbuih
-> terbuang air kecil

Apa yg harus dilakukan
ketika demam
-> lakukan madi berjelum (nanti akan saya terangkan, mcm mana mandi berjelum tu)
-> tanggalkam pakaian, pakaikan baju yg nipis sahaja
-> berikan ubat paracetamol sbgmana yg diarahkan
-> berikan minum banyak air
-> pasangkan kipas atau berikan peredaran udara yg baik.

Ketika sawan
-> anda harus bertenang
-> mengiringkan anak anda
-> jauhkan brg2 yg merbahaya disekitarnya.
-> jgn letakkan apa2 didlm mulut
-> jgn tinggalkan anak sendirian
-> sekiranya serangan sawan melebihi dari 5 minit, bawa ke pusat rawatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2006 10:16 AM | Show all posts
Mandi berjelum

Sekiranya bayi anak anda demam melebihi 37 degree C,

-> rehatkan anak anda di tempat peredaran udara yang baik
-> pakaikan pakaian yg nipis
-> beri minum 'plain water' yg berlebihan
-> beri ubat demam mengikut arahan
-> mula mandi berjelum jika suhu badan melebihi 38 degree C

Mandi berjelum,
-> Lap seluruh badan dgn air suam
-> buat selama 15 - 20 minit
-> tujuan : utk menurunkan suhu badan

alat2 mandi berjelum
-> Besin berisi air suam
-> jangka suhu badan
-> 1 helai tuala kecil
-> 1 helai tuala mandi

Tatacara
-> baringkan anak ditempat yg selamat dan selesa
-> tanggalkan pakaian
-> Alaskan tilam
-> basahkan tuala kecil
     - perahkan tuala kecil
     - lap di dahi
     - kedua2 celah ketiak
     - kedua2 celah peha
-> teruskan tatacara selama 15 - 20 minit
-> periksa suhu badan selepas tatacara

PERHATIAN
-> hentikan tatacara jika anak anda:
     - kesejukan
     - menggigil
     - kulit kebiruan
sekiranya berlaku, pakai kan pakaian dgn segera. jika suhu masih 38 degree C, segera jumpa doctor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2006 10:18 AM | Show all posts
di harap, dapat memberi panduan dan maklumat berguna kpd parents semua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 03:50 PM | Show all posts
thanks kak ija...harap nur dah ok ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 07:31 PM | Show all posts
thanx ija,
what's a good info, tak pernah tau pun sebelum ni....
amacam nur sekarang? mesti bertambah-tambah ligat kan...he he....give my kiss and hug to her...from malaekah too :love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2006 01:02 PM | Show all posts
lama tak nampak ija...fuih..sib baik your doter ok...
cup..kirenyer fit nih sbb body temp naik mendadak2 la ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2006 09:46 AM | Show all posts
Nur skang dah ok... active bertambah2. tak terlayan dah.

honey, fit tu bleh kene sekiranya body temperature dorang mencecah 38 degree C. jrg la kes temperature baby naik secara mendadak. but Nur punyer kes, mmg naik mendadak sgt. sblm gi klinik, i dah cek..... dlm 37 degree jer. mmg i tak jangka langsung dia bleh kene fit. dia masih aktif mcm biasa, cuma sensitif.... skit2 nangis. pukul 6, i tgk dia ok lagi.  badan pon tak panas. langsung tak menunjukkan tanda2 dia demam. around 6.30 baru terasa. then around 7.45 mcm tu dia kene fit. very fast.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 03:56 PM | Show all posts
Badan lawan penyakit

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Sawan ketika demam tidak mendatangkan kesan negatif atau kerosakan pada otak kanak-kanak

JIKA ada orang menasihatkan anda supaya menyiram air ketika anak diserang sawan demam, abaikan saja nasihat itu kerana ia hanya akan memburukkan keadaan dan mungkin boleh membahayakan nyawa si kecil.





Ini kerana air yang disiram pada kepala si kecil ketika dia tidak sedar diri boleh menyebabkan anak sesak nafas. Jika anda pernah melakukannya dan anak selamat, bersyukurlah, tetapi janganlah diulangi petua berbahaya ini.

Sawan demam atau demam tarik adalah perkara yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Dianggarkan antara dua hingga empat peratus kanak-kanak di setiap negara akan mengalami demam sawan pada awal kehidupan mereka.

Biasanya ia membabitkan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga enam tahun. Satu ciri penting ialah ia berlaku ketika kanak-kanak menghidap demam panas (suhu badan 38º Celsius) dan si kecil mula mendapat sawan jika suhu badannya naik mendadak ke 40º Celsius.

Puncanya tidak diketahui. Malah kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah kanak-kanak juga tidak diketahui. Namun jika kanak-kanak itu lahir dalam keluarga yang pernah ada sejarah diserang sawan demam, risiko dia mengalami masalah sama adalah tinggi.

Pun begitu, ibu bapa tidak perlu risau apabila anak demam kerana ia adalah mekanisme pertahanan atau cara badan melawan jangkitan kuman, sama ada virus atau bakteria.

Menurut perunding paediatrik, Dr Syed Nazir Syed Kadir, demam tidak semestinya menjadi petanda kepada penyakit serius lain dan ia tidak berbahaya, kecuali jika suhu badan melebihi 42º Celsius.

Katanya, sawan ketika demam juga tidak berbahaya dan tidak mendatangkan kesan negatif atau kerosakan pada otak kanak-kanak. Malah, kanak-kanak yang pernah atau kerap mengalami sawan demam juga boleh membesar sebaik rakan sebaya lain.

Bagaimanapun, kanak-kanak mungkin berisiko terjatuh dan cedera; tercekik akibat makanan mahu pun air liurnya sendiri. Namun, seperkara penting yang perlu diingat ialah jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulutnya kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

Sawan demam tidak sama dengan epilepsi kerana epilepsi bukan disebabkan demam panas. Ia juga tidak akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu mendapat epilepsi. Antara ciri sawan demam ialah:


Kanak-kanak mesti mendapat demam panas terlebih dulu.


Ia hanya berlaku pada kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga enam tahun. Jika seseorang kanak-kanak itu masih mendapat sawan demam selepas enam tahun, ibu bapa dinasihatkan membawa anak menjalani pemeriksaan kesihatan untuk pengesahan selanjutnya.


Biasanya hanya satu episod serangan sawan saja setiap kali demam. Bagaimanapun, kanak-kanak boleh mendapat beberapa episod serangan sawan pada satu-satu masa (dipanggil sawan kompleks).

Ciri sawan kompleks


Lebih daripada satu episod serangan dalam tempoh sehari.


Sebelah tangan atau kaki mengalami kekejangan atau tersentak.


Kekejangan mungkin berlaku pada keseluruhan badan keadaan ini dipanggil 憈onic clonic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.335369 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list