CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33435|Reply: 97

Mat Kilau

[Copy link]
Post time 26-5-2006 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Mod,
jika dah ada thread nih, tolong merge. dah carik kat belakang2 tadi, tapi tak ketemu.




MAT KILAU B. IMAM RASU
       
LATAR BELAKANG MAT KILAU

    * Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

    * Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.

    * Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar.

    * Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.



ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

    * Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.



HOBI MAT KILAU

    * Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

    * Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah.  Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

    * Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.



PERKAHWINAN MAT KILAU

    * Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong.

    * asil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.



ILMU YANG DIPELAJARI

    * Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

    * Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

    * Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

    * Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

    * Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

   

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

    * Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

    * Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan,   Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.

    * dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

    * Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

    * Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

    * Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

    * The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.

    * The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

    * Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


KEMUNCULAN MAT KILAU

    * Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

    * Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

    * Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.

    * Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

    * Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

    * Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.


credit: http://members.tripod.com/pas_pulautawar/matkilau.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2006 10:43 AM | Show all posts
.......sambungan......

kisah.........

        Pada 26 Dec. 1969, Mat Din dibawa anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu,orangramai mengetahui orang tua itu adalah Mat Kilau. Sebuah Jawatankuasa Penyiasat diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas dan pada 6 Ogos, 1970, dengan perkenan Sultan Pahang, Menteri Besar Pahang Tan Sri  Haji Yahya Mohd Seth mengistiharkan kesahihan Mat Din adalah Mat Kilau yang berusia 123 tahun.  Beliau dilahirkan di kampung Kedondong Pulau Tawar.         Pada usia 12 tahun,beliau dihantar bapanya, Imam Rasu ke Terengganu untuk belajar di sekolah pondok.

Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Budu dan sultan berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir.                                                              

Apabila Dato' Bahaman menentang Inggeris pada tahun 1891.Mat Kilau membantunya.Kehandalan Mat Kilau terbukti dalam perang Lubuk Terua.Namun nasib tidak menyebelahinya.Beberapa tahun kemudian,Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan talibarut Inggeris yang mengkhianati pahlawan-pahlawan Pahang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2006 10:46 AM | Show all posts
Hari Ini Dalam Sejarah : Arkib Negara Malaysia


PAHLAWAN-PAHLAWAN PAHANG UNDUR KE TRENGGANU

Tarikh Siaran: 10.04.1980

Tarikh Peristiwa: 10.04.1895

Pada hari ini dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Trengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar yang lengkap bersenjata untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Trengganu kerana menentang pihak British yang telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang. Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Pasukan Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang, 190 di antaranya adalah orang-orang Melayu. 1 Beliau melakukan berbagai cara untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk Kelantan dan Trengganu terhadap pergerakan pahlawan-pahlawan Pahang itu, termasuk membeli rahsia. Bagaimanapun cara ini telah tidak mendatangkan hasil, malah 'lebih daripada itu dilakukannya paksaan dengan kekerasan seperti perotanan........ 2 Beliau juga............. memakai cara dengan menyuruh penduduk-penduduk melakukan sumpah dengan Kur'an di atas kepala untuk mendapatkan keterangan yang diperlukannya.3

Taktik peperangan sepit udang yang digunakan oleh Clifford untuk mengepung musuh dan juga taktik menyekat bekalan makanan telah tidak dapat menyebabkan tertangkapnya atau penyerahan diri pahlawanpahlawan Pahang itu. Clifford mengatakan hal ini berlaku kerana bantuan penduduk-penduduk Kelantan dan  Trengganu kepada pejuang-pejuang Pahang serta sikap tidak jujur Pesuruhjaya Siam yang dipercayai bertalam dua muka.4

Hugh Clifford yang mengesyaki mereka sedang menyembunyikan diri dalam kawasan rumah Engku Saiyid Keramat di Kampong Paluh, Kuala Trengganu telah meminta pertolongan Sultan Trengganu, Sultan Zainal Abidin dan Eugku Saiyid Keramat untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang yang dianggap sebagai "pemberontak" itu. Baginda Sultan Zainal Abidin telah menunjukkan sikap enggan membantu pihak British menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu kerana tidak mahu turut serta membinasakan orang-orang yang sebangsa dan seugama dengan baginda. Engku Saiyid Keramat yang telah bertemu dengan pahlawan-pahlawan Pahang itu dan menyuruh mereka berlindung di Besut serta menggalakkan mereka meneruskan perjuangan mereka terhadap pihak British, memberitahu Clifford bahawa beliau tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan pahlawan-pahlawan itu.

Setelah tiga bulan ekspidisi memburu (hingga ke Kelantan) pahlawan-pahlawan tidak juga menunjukkan harapan cerah, malah semakin dalam keadaan ketidakpastian, akhirnya pada 17hb Jun, 1895, Gabenor mengarahkan Clifford kembali ke Pahang.5 Ekspedisi yang menelan   belanja RM 7,393.83 itu telah gagal dalam tujuan utamanya, tetapi menurut Wise (pegawai Inggeris yang terbunuh dalam pertempuran merebut kembali kubu Jeram Ampai pada 29hb Jun, 1894 bahawa ia telah memberikan maklumat yang berguna kepada Inggeris mengenai negeri-negeri Kelantan dan Trengganu.

Bagaimanapun dalam tahun 1896 Duff (Superintenden Polis Pahang) melaporkan dalam laporannya bahawa pemimpin-pemimpin pejuang Pahang yang melarikan diri, Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Imam Perang Yusof, Teh Ibrahim dan Awang Nong telah diperangkap oleh Siam dalam satu jamuan yang sengaja mereka (pihak Siam) adakan.6 Di dalam serkapan  ini dikatakan pahlawan Mat Kilau telah terbunuh, dan yang lainnya dibawa kd Chieng Mai. Laporan Duff ini disokong oleh hasil penyelidikan wakil Konsul British di Siam, Archer, berdasarkan kepada siasatannya ke atas adik Mat Kilau, Teh Ibrahim.

    Antara lain, Teh Ibrahim menyatakan,

        ..The Siamese would not let us go; and, fearing probably that we would escape, they invited us to a banquet, and suddenly attacked and arrested us while we were eating. 1 was seriously hurt, and have, as you see, still the marks of about ten wounds in my head. My elder brother Mat Kilau was killed at the time, as also others of my relations' 7.

Bagaimanapun, tidak terdapat sumber yang pasti mengenai hal itu dan mengenai kematian Mat Kilau. Malahan, dalam bulan Jun 1969 masyarakat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu telah gempar dengan kemunculan seorang tokoh berumur lebih 100 tahun yang mengaku telah menentang Inggeris di Pahang hingga ke akhirnya.8 Tokoh itu dipercayai sebagai Mat Kilau. Kerajaan Negeri Pahang telah membentuk sebuah awatankuasa khas untuk menyiasat kemunculan tokoh itu dan perjuangannya, tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan kenyataan rasmi mengenainya oleh kerajaan Malaysia.

____________________________________________________________________________________________________

   1. Jang Aisjah Muttalib, 'Pemberontakan Pahang, 1891-1895", Kota Bharu, Pustaka Aman Press, 1972, h. 246.
   2. Ibid.
   3. Ibid, h. 247.
   4. Clifford, H. 'Expedition to Kelantan and Trengganu, 'Kuala Lumpur, Federated Malay States Government Press, 1939, h. 1 1 1.
   5. Tan Ding Enig, 'A Portrait of Malaysia and Singapore, 'Kuala Lumpur Oxford University Press, 1976, h. 150.
   6. Further Conrespondence Respecting the Affairs of Siam, part VIII, 1896,hh. 103, 107, Laporan Duff kepada Acting British Resident Pahang, 24hbApril,1896.
   7. Jang Aislah Muttalib, opcit- h. 25 1. Tan Ding Enig, opcit, h. 151.
   8. Ibid, h. 260.


link: http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidii/april/10_04_~1.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2006 10:48 AM | Show all posts
Edisi Timur: Waris Mat Kilau tuntut janji

Oleh Ilham Nusa

KUANTAN: Janji pihak tertentu menghadiahkan sebidang tanah seluas empat hektar dan sebuah rumah di Jalan Telok Sisek di sini, kepada waris pahlawan Mat Kilau kini tinggal janji.

Janji manis yang diumumkan pada 1970 selepas badan penyiasat kemunculan Mat Kilau yang diketuai Timbalan Menteri Besar ketika itu, Datuk Abd Aziz Ahmad mengesahkan lelaki bernama Mat Ibrahim yang tinggal di Kampung Batu 5 Jalan Kuantan-Gambang adalah Mat Kilau.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 39, berkata Mat Kilau hanya sempat tinggal dua hari di rumah Jalan Telok Sisek iaitu pada 1970, sebelum mengambil keputusan kembali ke rumah di Batu 5.

Menurutnya, Mat Kilau mendakwa dia tidak sesuai tinggal di rumah milik kerajaan negeri itu sebaliknya lebih selesa dan tinggal di rumahnya sendiri di Kampung Batu 5.

Katanya, selepas Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 berita pemberian rumah termasuk empat hektar tanah yang tidak dinyatakan lokasinya itu hilang begitu sahaja.

揝ebagai cucu dan jurucakap keluarga Mat Kilau, saya terkilan janji yang ditaburkan kepada pahlawan Pahang itu masih tidak ditunaikan.

揥alaupun Mat Kilau sudah tiada, apa yang mustahak janji itu harus ditunaikan sebagai membalas jasa dan pengorbanannya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2006 12:45 AM | Show all posts
kampung pulau tawar ni kat ner?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2006 03:24 AM | Show all posts
mat kilau nih mmg pahlawan melayu sejati ler.
   patut di anugerahkan dgn pinagt SP tuh.Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2006 06:15 AM | Show all posts
Pasukan Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang, 190 di antaranya adalah orang-orang Melayu.


ni sebilangan barwaa time orang putih..kalau dizalimi pun memang patut !
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2006 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by DEWAPERANG at 27-5-2006 12:45 AM
kampung pulau tawar ni kat ner?


dalam daerah Jerantut, Pahang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2006 08:17 AM | Show all posts

mat kilau

gambar yg syd pos mok nik tak nampak (tak pasti org lain nampak ker tidak)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 29-5-2006 12:17 PM | Show all posts
Dalam BOD Pahang, Dato' Bahmana Pahlawanku, boleh check tentang Perang Pahang - Inggeris. Da hantar kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 04:00 PM | Show all posts
moknik,dok napak gambar tuh
nie saya ada tepek gambau,ntah2 samer dgn moknik punyer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 30-5-2006 11:40 AM | Show all posts
Lord, gambar yang ko hantar tu bukan la gambar Mat Kilau. Tu gambar Awang Kechik atau di Kelantan di kenali sebagai Mat Kelantan.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 30-5-2006 11:53 AM | Show all posts
Walaupun Jasa Mat Kilau ni teramat la besarnya, tapi malang tiadalah apa - apa tindakan yang diambil untuk memartabatkan dia.
Apa tah lagi Dato' Bahaman yang terusnya hilang hinggakan anak cucunya malu untuk mengakui.
Tempat bersejarah semasa Perang Pahang - Inggeris banyak, tapi tiada satu pun dijaga. Sepanjang Sungai Pahang tu banyak kubur - kubur pahlawan Pahang, tapi tiada satu pun dijadikan tempat bersejarah.
Mungkin ini la faktur sebenar kenapa Mat Kilau, Dato Bahaman dan beratus -ratus pahlawan dahulu terus menyembunyikan diri walaupun kita telah merdeka.
Boleh tak kalau kita bagi Mat Kilau, Dato Bahaman ke, gelaran Tan Sri? Macam kita bagi kat P. Ramlee, dia da mati waktu dapat Tan Sri kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 12:29 PM | Show all posts
aku sememangnya sedih bila terkenangkan jasa mereka ini diabaikan...

seolah2 ada sesuatu tak kena...kenapa mereka ini tidak ditempatkan di tempat sepatutnya...
katanya mereka ini pejuang bangsa..mana pengiktirafannya..baik pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan... atau pemimpin kita skrg ini hanya berminat dgn benda yg blh mendatangkan keuntungan tengkok masing2 aje...

kalau makam di raja tu dijaga dgn baik..walhal diantaranya juga yg membawa kemusnahan bangsa..

tetapi nie kan pula kubur rakyat jelata yg dulunya dianggap pahlawan melayu kemudian dicop sebgai penderhaka inggeris.., yg dulu berjuang utk negeri, utk sultannya... yg kini hanya tinggal kubur sebagai bekas perjuang bangsa..anak bangsa..diabaikan dan terus diabaikan..

ker..pemimpin kat atas tu penakut sebenarnya memberikan pengiktirafan kepada mereka ini atau mcm biasa pandai menabur janji kosong.

MANA DATUK SERI, MANA SULTAN AHAMAD MANA SEMUANYA..atau hanya pandai menganjurkan pesta semata2..malang..amat malang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 1-6-2006 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by maza at 30-5-2006 12:29 PM
aku sememangnya sedih bila terkenangkan jasa mereka ini diabaikan...

seolah2 ada sesuatu tak kena...kenapa mereka ini tidak ditempatkan di tempat sepatutnya...
katanya mereka ini pejuang bangsa ...


Inilah akibatnya kalau tak isi borang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Ops silap waktu tu mana ada lagi yek. Sori.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 2-6-2006 12:26 PM | Show all posts
Benarkah Mat Kilau & kawan2nya ditangkap oleh Siam?

Banyak persoalan yang wujud di dalam fikiranku dan catitan oghang putih ni.

1. Kenapa Siam tak serahkan pahlawan Pahang ni ke Kerajaan British?
2. ;Mat Kilau pun tak pernah sebut benda ni.
3. Dalam catitan Siam pun tak ada kisah/ catitan ini.
4. Teh Ibrahim pun tak ikiut Mat Kilau & Dato Bahaman ke Kelantan.

Mungkin ini hanya dongengan/ propaganda oghang Putih bila tak dapat tangkap Pahlawan Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
Post time 5-6-2006 12:07 AM | Show all posts
Di Kg Budu, Kuala Lipis, Mat Kilau memimpin 30 pejuang menentang 150 orang polis Inggeris dan Sikh. 25 orang musuh mati. Pihak Inggeris kecewa dan membakar rumah penduduk Kg. Budu.

Pemimpin setempat yang bersama Mat Kilau ialah Hj. Ahmad Abdullah, Tok Muda Yusuf, Mat Aris, Hj. Daud Puteh, Mat Saleh, Wan Tanjung dll lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 2-6-2006 11:26 AM
Benarkah Mat Kilau & kawan2nya ditangkap oleh Siam?

Banyak persoalan yang wujud di dalam fikiranku dan catitan oghang putih ni.

1. Kenapa Siam tak serahkan pahlawan Pahang ni ke Kerajaan  ...



itulah propaganda orang puteh,
dia menggunakan media yang kononnya siam dah tangkap mat kilau
jadi secara tidak langsung menutup kegagalan inggeris untuk menangkap matkilau,
imej inggeris tak jatuh disebabkan cerita dari media inggeris tu,
mungkin masa tu pengaruh media inggeris agak kuat dikalangan masyarakat inggeris
secara tidak langsung ia mengurangkan rasa takut dikalangan usahawan inggeris,
lagi satu perkara dengan terkeluarnya berita palsu dari media inggeris ni
secara tidak langsung ia akan mematahkan moral bangsa melayu untuk memberontak
menentang inggeris,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:07 AM | Show all posts
hmmm.. aku heran sgt apsal tk der yg nak buat filem tentang mat kilau nih.
  kalo kt oversea perwira kemerdekaan  cam mat kilau nih confirm dh ader filem ler.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 7-6-2006 10:55 AM | Show all posts
Bukan tak nak buat, tapi payah nak dapat keris Mat Kilau dan To' Bahaman. Kalo pakai keris lain karang, tak real pulak.

Itu la sbabnya anak Melayu sekarang ni korang semangat patriotik. Bayangkan la Hari Kemerdekaan pun cerita ditayangkan mengarut sahaja.

Bagi daku penentangan oghang Melayu bermula dari jatuhnya kerajaan Melayu Melaka hinggalah ke tahun 57. Bukan digambarkan hanya bermula selepas pemerintahan Jepun. Samada berjaya atau tidak penentangan mereka, sekurang2nya diorang ni telah berusaha bukan mengalah sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.088081 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list