CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52703|Reply: 154

SUP

[Copy link]
Post time 17-7-2006 08:02 PM | Show all posts |Read mode
SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam


bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


tulang sebelum masak..


sup tulang..


[ Last edited by  shidaaziz at 27-9-2006 11:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 09:37 PM | Show all posts
Kalau resepi yg selalu saya buat :

Bahan Asas :

1 kg Tulang
minyak masak untuk menumis
air secukupnya

Bahan A :

5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sup bunjut
3-4 sudu lada hitam ditumbuk
2 sudu rempah kurma
1 sudu serbuk jintan
1 batang serai (diketuk)

Bahan Sayur
2 batang karot (potong besar sikit)
2 biji tomato (belah empat)

Bahan untuk tabur lepas dah masak : daun sup (dihiris), cili padi (dihiris) dan sediakan juga limau kasturi untuk diperah bagi sesiapa yg suka masam.

Biasanya, saya akan rebus tulang dulu, sehingga setengah empuk (ambil masa yg lama). Tapi airnya saya tak buang, guna juga airnya tu. Dalam periuk lain, tumiskan bahan A sehingga naik bau. Kemudian masukkan tulang yg dah direbus separuh empuk tu dgn air-airnya sekali. Bila dah agak-agak OK, baru masukkan karot. Kecikkan api dan tunggu karot empuk sebelum masukkan tomato.

Sedap juga kalau dimakan dgn sambal kicap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:19 PM | Show all posts
Nak kongsi ilmu skit jer..kita tk pandai sngt masak...cuma resepi kita lebih kurang cam antiQue gak..cuma masa sup tengah mendidih tu..cuba siang2 beberapa ulas bawang..lebih kurang cm nk buat bawang goreng laa....goreng bawang tu agak2 kekuningan sblum garing nk diangaktlah....baru letak duan pandan...yg disiat2 simpul...goreng skjp jer..msk kedlm periuk sup tulang tadi yg tengah2 mendidh tutup tudung periuk tu sekejap biarkn aroma tu sekata..baru buka tudung tutup api....walla harum semerbak....

[ Last edited by  soulha at 17-7-2006 10:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by soulha at 17-7-2006 10:19 PM
Nak kongsi ilmu skit jer..kita tk pandai sngt masak...cuma resepi kita lebih kurang cam antiQue gak..cuma masa sup tengah mendidih tu..cuba siang2 beberapa ulas bawang..lebih kurang cm nk buat bawa ...


yang ni namanya tumis darat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 17-7-2006 10:33 PM


yang ni namanya tumis darat.

heheh...shida soulha lupa..punyalah ku karang panjang2...tp bila dok imejin..tumis darat tu cam buat gulai nangkalah pulak....trylah..sekodeng bihun sup orng kpg..bakpowlah buhun sup dia wangi sngt....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 12:33 AM | Show all posts


hmmmmm sedap nyer k liza....mcm dah terbau2 sup daging dan daun sup kat idong ladida nie....sluurrppppssss!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 03:19 PM | Show all posts
Tapikan biasanya bila saya pekena sup mamak ni, dia agak pekat dan terasa sangat rempah-rempahnya. Paling best yang pernah saya makan Sup Herba Kambing kat OUG Jln. Klang Lama.  Slurrpppp....sedapnya sup panas!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:50 PM | Show all posts
kalau suka sup kambing mamak style...cuba cranko nyer recipe...sedap, cepat dan power :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 05:05 PM | Show all posts
Sup tulang kalau style mamak...bawang beso kene taruk banyak2
n campuran rempah dia biasanya apart from rempah sup..dorang taruk sket  rempah kurma n rempah kari
kalau bleh yg dapat kat kedai kisar yg campo2 sendiri tu

[ Last edited by  ninoZ at 19-7-2006 05:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 06:15 PM | Show all posts
Fulamak...... dah cerita psl sup tulang pulak. So far saya tak pernah makan sup tulang mamak. Ni lah nak cuba resipi Kak Liza. Saya suka guna serbuk ketumbar, jintan (saya tak tau membezakan jintan manis & jintan putih), lada & tumis bahan2 rempah-ratus. Baru teringat ada beli kentang & ada sedikit daging dlm ice-box.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 19-7-2006 06:15 PM
Fulamak...... dah cerita psl sup tulang pulak. So far saya tak pernah makan sup tulang mamak. Ni lah nak cuba resipi Kak Liza. Saya suka guna serbuk ketumbar, jintan (saya tak tau membezakan jintan ...


boleh juga gunakan daging tapi kena ada yg lemak2 muda sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 06:22 PM | Show all posts

Reply #11 hanieliza's post

Daging tu tak ada lemaklah Kak Liza. Daun sup pun tak ada tapi tomato ada. Tak apalah, janji buat sup & ada kentang. Esok je lah nak beli tulang buat sup.

Kak Liza, baru perasan resipi tu guna serbuk kurma. Kat rumah ada serbuk kurma yg fresh. Alhamdulillah.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 19-7-2006 06:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 19-7-2006 06:22 PM
Daging tu tak ada lemaklah Kak Liza. Daun sup pun tak ada tapi tomato ada. Tak apalah, janji buat sup & ada kentang. Esok je lah nak beli tulang buat sup.

Kak Liza, baru perasan resipi tu gu ...


orait la tu..
boleh taruk carrot jugak..kasi nampak warna warn..tapi kalau daging tarak lemak..kurang sedap la ...tak kik..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 06:32 PM | Show all posts

Reply #13 hanieliza's post

Kak Liza, saya tak ada carrot. Tak apalah, saya tetap nak masak jugak mlm ni. So kurang lemak tak berapa sedaplah ya. Okaylah, saya nak pergi memasak sup daging mamak ni. Thanks Kak Liza, jumpa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:35 PM | Show all posts
Ni dia sup daging saya. Sedap pulak sup mamak ni. Sampai berpeluh2 dibuatnya. Mujurlah ada daging dlm ice-box. Cuma tomato, carrot & daun sup je tak ada.



PS. Kuah nampak hitam sebab bubuh kicap tadi sebab tak sabar nak makan tadi.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 19-7-2006 08:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:40 PM | Show all posts
sup mamak yang sedap kat dorai. pergh..... :mll: cicah dengan roti benggali. tak de sape leh lawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:42 PM | Show all posts

Reply #16 shidaaziz's post

Ya ke? Nanti kalau mari sana boleh cuba sup tulang mamak kat Dorai. Satu lagi teringin sgt nak makan kari ikan kepala tongkol kat Tganu tu. Ada buat tapi tak sedap sgt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 19-7-2006 08:42 PM
Ya ke? Nanti kalau mari sana boleh cuba sup tulang mamak kat Dorai. Satu lagi teringin sgt nak makan kari ikan kepala tongkol kat Tganu tu. Ada buat tapi tak sedap sgt pun.


Tapi shida pun dah lama tak pergi dorai :lol

sup kat dorai tu, kaler dia kelabu kehijauan & pekat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:59 PM | Show all posts

Reply #18 shidaaziz's post

Dorai tu kat mana? Manalah tau kan one day pergi dtg bercuti. Kuah dia warna kelabu kehijauan ke? Agaknya dia campur daun pandan & cili hijau kot. Tadi saya campur sup dgn serbuk kurma fresh. Sedap rupa2nya. Nak cepat masak tadi kan, saya goreng je daging & lepas tu rebus sekali dgn minyak dia. Agaknya sebab tu lah sup dia gelap sikit kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 19-7-2006 08:59 PM
Dorai tu kat mana? Manalah tau kan one day pergi dtg bercuti. Kuah dia warna kelabu kehijauan ke? Agaknya dia campur daun pandan & cili hijau kot. Tadi saya campur sup dgn serbuk kurma fresh. S ...


Rasanya sebab dia pakai rempah-ratus le. tu yang warna dia kehijauan tu. dorai tu dekat dengan lebuh ampang. kalau tak silap dorai tu diambil nama daripada nama jalan tu, doraisamy.

dia buat sup tu, semua bahan2 daging dia masak sekali. lepas tu dia keluarkan dan asing2kan kambing, ayam, lidah, hati dan sebagainya. bila orang nak, baru dia potong dan masuk dalam sup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052385 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list