View: 17412|Reply: 15
|
Pengkisahan Melayu Pulau Pinang&Jawi Peranakan
[Copy link]
|
|
akum n salam sejahtera semua, i got this info from website Penang History Project( htt://penangstory.net.my/bm-content-paperomar.html) nak berkongsi dengan korang..
Pengkisahan Melayu Pulau Pinang
Organised by: Penang Heritage Trust
Co-organised by: Akademi Sains Sosial, Malaysia
August 25, 2001
Pengkishan Melayu Pulau Pinang: Sessi Sejarah Lisan
Rapporteur Omar b.Yusoff
Mukadimmah
Sesi sejarah lisan diadakan pada jam 3.30 petang. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Omar Farouk Bajunid iaitu seorang Profesor daripada Hiroshima City University, Jepun. Ahli-ahli panel yang mengambil bahagian dalam sesi ini ialah: Cikgu Haji Yusoff Azmi Merican (Kumpulan Waris & Nazir Wakaf, Persatuan Warisan Pulau Pinang), Cikgu Mohamed bin Yahaya (Lebuh Acheh, Pulau Pinang) dan Cikgu Mohd. Bahroodin Ahmad (Penasihat kebudayaan, Persatuan Warisan Pulau Pinang).
Sejarah Lisan Masakini
Dalam memperkatakan tentang sejarah lisan, pengerusi menegaskan kebanyakan masyarakat hari ini mengabaikan sejarah lisan. Sehubungan itu, beliau menyatakan adalah perlu bagi kita merekodkan sejarah umat Islam di Pulau Pinang yang disampaikan oleh golongan tua secara lisan sama ada dalam mana-mana perjumpaan ataupun secara temubual dengan mereka. Jika tidak berbuat demikian cerita-cerita yang diketahui oleh mereka mengenai umat Islam di Pulau Pinang akan hilang begitu sahaja ditelan arus zaman. Ini akan merugikan generasi mendatang kerana mereka tidak lagi mempunyai ingatan mengenai sejarah kaum Melayu Selat di Pulau Pinang. Beliau berpendapat, walaupun pulau ini kecil tetapi ia agak unik kerana pulau ini begitu kaya dengan warisan sejarah pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Arab, Acheh dan sebagainya
Dalam usaha memperkasakan sejarah umat Islam di Pulau Pinang, beliau mencadangkan pihak-pihak tertentu seperti ahli-ahli sejarah, antropologi, arkeologi dan sebagainya hendaklah terus berusaha memperbanyakkan lagi penyelidikan mengenai masyarakat ini. Lantaran itu, dalam usaha menjayakan penyelidikan seumpama ini beliau mengharapkan lebih banyak lagi sarjana-sarjana tempatan tampil kehadapan untuk mengkaji sejarah umat Islam di Pulau Pinang daripada pelbagai sudut, sama ada perdagangan, kebudayaan dan sebagainya.
Pembentangan Ahli-Ahli Panel
1. Cikgu Yusoff Azmi Merican
Tajuk : Kaum 'Jawi Peranakan' Di Pulau Pinang
Sejarah kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang telah disampaikan oleh Cikgu Yusoff Azmi Merican. Beliau menceritakan serba ringkas mengenai asal usulnya. Dari segi genealogi, beliau merupakan generasi ke-6 Hashim Yahya Merican. Pada tahun 1970, beliau telah dilantik menjadi Nazir Masjid Hashim Yahya di Jalan Perak. Beliau sendiri adalah keturunan 'Jawi Peranakan' dan menunjukkan sijil beranaknya yang menyebut bangsanya sebagai 'Jawi Peranakan'. Menurut beliau, golongan ini mempunyai darah campuran India Muslim. Beliau menegaskan komuniti India Muslim telahpun berhijrah ke Pulau Pinang sebelum Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Light. Mereka datang ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal layar yang dibuat sendiri. Kebanyakan daripada golongan India Muslim yang datang ke Pulau Pinang terdiri daripada kaum Marakayar yang berasal daripada Selatan India. Kawasan penempatan awal mereka adalah di sekitar Lebuh Chulia.
Menurut beliau, Marakayar berasal daripada perkataan Arab. Dari segi etimologi Arab, Marakayar bermaksud perahu ataupun kapal. Tujuan utama kedatangan mereka ke Pulau Pinang adalah untuk berdagang. Namun demikian, ada juga di antara mereka yang datang ke sini sebagai banduan. Setelah banduan-banduan ini dibebaskan ada yang terus menetap di Pulau Pinang. Malah mereka lebih suka menetap di Pulau Pinang. Ada juga di antara mereka telah berkahwin dengan wanita-wanita Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menetap terus di Pulau Pinang.
Menurut beliau, pembentukan kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang adalah hasil daripada perkahwinan campur di antara lelaki India Muslim dengan wanita Melayu. Dengan wujudnya perkahwinan seumpama ini, lahirlah satu generasi campuran. Dari segi fizikal, generasi ini mempunyai rupa paras yang lebih cantik. Selain itu, kaum ini juga adalah lebih cerdas dari segi pelajaran. Dari segi hantaran, beliau menyatakan anak 'Mami Pulau Pinang' memang terkenal dengan harganya yang tinggi, seperti kata orang Pulau Pinang 'tak dak RM 5,000 jangan pinang anak Mami'.
Dari segi pendidikan, golongan 'Jawi Peranakan' memang mengambil berat tentang pelajaran. Pada awalnya sistem pondok memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat Pulau Pinang. Justeru, kebanyakan daripada golongan tua kaum 'Jawi Peranakan' mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seumpama ini. Mereka begitu mahir dalam penulisan Jawi. Dalam usaha untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang maka lahirlah majalah-majalah yang dihasilkan oleh kaum 'Jawi Peranakan'. Salah satu daripadanya ialah majalah Jawi Peranakan. Setelah wujudnya sistem pendidikan sekular, ramai daripada anak-anak 'Jawi Peranakan' mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seumpama ini dan ada di antara mereka memegang jawatan tertinggi.
Menurut beliau, Sheik Basha Othman Merican adalah di antara kaum 'Jawi Peranakan' yang menjawat jawatan tertinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Province Wellesley dan pernah menjadi penyelia di RIDA Training College. Untuk mengetahui budaya 'Jawi Peranakan', beliau menyarankan kita tonton beberapa filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.
Dalam usaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti di Pulau Pinang, lahirlah Persatuan Melayu Pulau Pinang. Persatuan ini telah memainkan peranan penting dalam hal-hal kebajikan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Menurut beliau, Sir Dr. Kamal Ariff, datuk kepada Nazir Ariff, adalah juga diantara orang yang dianggap penting dalam persatuan ini. Mengenai persatuan, beliau juga telah menyentuh secara ringkas mengenai Bendera Merah dan Bendera Putih. Menurutnya persatuan ini cukup terkenal di Pulau Pinang satu ketika dahulu dan ia dipengaruhi oleh kongsi gelap Cina yang wujud di Pulau Pinang.
Dari segi interksi sosial, beliau menyatakan di sekitar tahun 1930an ataupun 1940an timbul konflik di antara golongan peranakan Arab dengan golongan 'Jawi Peranakan'. Namun begitu, konflik tersebut dapat diselesaikan. Selain itu, kaum 'Jawi Peranakan' juga telah memainkan peranan penting dalam menentang pembentukan Malayan Union. Selain itu, kaum ini juga telah berjuang untuk menuntut kemerdekaan.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, pengerusi menyatakan persoalan untuk mengekalkan identiti sesuatu kaum merupakan persoalan utama dalam setiap masyarakat. Walaupun mereka terdiri daripada orang Acheh, 'Jawi Peranakan', Mendeling, Java, India Muslim dan sebagainya. Soal utama yang dibincangkan adalah mengenai pengekalan identiti mereka. Justeru, menurut beliau jika kita ingin memahami 'Jawi Peranakan' jalur Islam itu adalah merupakan tunggak utama yang dapat mengeratkan kaum ini dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Di samping itu, dalam usaha mewujudkan integrasi sosial di antara kedua-dua kaum ini, penubuhan persatuan-persatuan dianggap penting. Persatuan yang ditubuhkan diibaratkan sebagai payung yang dapat melindungi kepentingan kedua-dua kaum ini, sama ada berkaitan hal-hal politik, ekonomi mahupun sosial.
2. Cikgu Mohamed Bin Yahaya.
Tajuk : Penempatan Orang Melayu Di Lebuh Acheh
Beliau dilahirkan pada 1938 di rumah No. 69, Lebuh Acheh dan masih menetap di alamat tersebut. Dari segi genealogi, beliau merupakan generasi ke-5 Sheikh Omar Basheer. Beliau juga telah menyentuh secara ringkas mengenai kariernya. Dari segi penempatan umat Islam di kawasan bandar, beliau menyatakan kalau orang India Muslim dan 'Jawi Peranakan' terkenal di Lebuh Chulia, maka orang Melayu juga terkenal di Lebuh Acheh. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan awal orang Melayu.
Menurut beliau, pada abad ke-18, Acheh telah pun diduduki oleh pedagang-pedagang Arab dan India Muslim. Tempat ini dijadikan oleh mereka sebagai pusat penyebaran agama Islam di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Salah seorang daripada pedagang-pedagang Arab ini ialah Tengku Syed Hussain Al-Aidid yang sememangnya sudah terkenal di kalangan orang Melayu Pulau Pinang.
Pada tahun 1792, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dan puak-puaknya telah berhijrah ke Pulau Pinang. Rombongan mereka telah menetap di Acheen Street yang terdapat sekarang ini. Kemudiannya, beliau telah membangunkan sebuah pejabat dan gudang untuk menjalankan perniagaannya di kawasan tersebut. Berdasarkan kepada harta yang dimilikinya, Kapten Light menganggapnya sebagai salah seorang yang paling kaya di Pulau Pinang pada ketika itu.
Menurut beliau, pada realitinya apabila ada penempatan orang Melayu atau pun orang Islam, Masjid merupakan perkara utama untuk dibangunkan bertujuan untuk menjalankan segala perintah Allah. Lantaran itu, sebuah Masjid telah dibina oleh Syed Hussain Al-Aidid di kawasan ini di sekitar tahun 1808. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Melayu di Acheen Street. Selain mendirikan sebuah Masjid, Syed Hussain Al-Aidid juga telah memainkan peranan penting dalam menjaga hal-hal kebajikan orang Melayu di Lebuh Acheh. Beliau banyak membantu orang Melayu di kawasan tersebut.
Menurut beliau, Syed Hussain Al-Aidid telah kembali keRahmatullah pada tahun 1820an. Beliau telah disemadikan berdekatan dengan Masjid tersebut. Memandangkan Syed Hussain Al-Aidid banyak berjasa kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang, beliau mengharapkan pihak pemerintah hendaklah melakukan sesuatu sebagai tanda menghargai jasa-jasanya dan usahlah dibiarkan segala pengorbanannya yang lalu hanyut ditelan zaman dan generasi mendatang tidak mengenal sejarah Syed Hussain Al-Aidid.
sambung....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut beliau, Syed Hussain Al-Aidid telah kembali keRahmatullah pada tahun 1820an. Beliau telah disemadikan berdekatan dengan Masjid tersebut. Memandangkan Syed Hussain Al-Aidid banyak berjasa kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang, beliau mengharapkan pihak pemerintah hendaklah melakukan sesuatu sebagai tanda menghargai jasa-jasanya dan usahlah dibiarkan segala pengorbanannya yang lalu hanyut ditelan zaman dan generasi mendatang tidak mengenal sejarah Syed Hussain Al-Aidid.
Menurut beliau, pada ketika itu, orang Melayu juga memainkan peranan penting dalam usaha mereka menyalurkan maklumat kepada kaum sendiri. Sehubungan itu, wujudlah persuratkhabaran Melayu pada ketika itu. Salah satu daripadanya ialah Sahabat Pena yang dikeluarkan pada 1938. Pengetuanya ialah S.M. Zainal Abidin. Dengan adanya persuratkhabaran Melayu sedikit sebanyak ia dapat memperkayakan minda orang Melayu pada ketika itu, terutamanya mengenai hal-ehwal Pulau Pinang. Selain itu, untuk menyampaikan mesej kepada orang Melayu, Boria merupakan salah satu daripada saluran yang digunakan. Beliau juga menyatakan, pada ketika itu, pelabuhan di Pulau Pinang juga telah digunakan sebagai tempat perkumpulan bagi orang Islam yang hendak mengerjakan Haji.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, pengerusi menyatakan selain daripada golongan 'Jawi Peranakan' dan orang Arab, orang Melayu juga memainkan peranan penting di kawasan bandar. Oleh yang demikian golongan ini tidaklah boleh dikatakan sebagai golongan yang tinggal terpencil di kawasan desa sahaja. Beliau juga menyatakan, sebagai mengenang jasa Syed Hussain Al-Aidid pihak kerajaan haruslah memberikan pengiktirafan kepadanya dan sejarah mengenainya haruslah dikembangkan kepada generasi mendatang. Dengan adanya sejarah-sejarah seumpama ini, beliau menyatakan orang Melayu juga tidak ketinggalan dalam pembangunan Pulau Pinang suatu masa dahulu, terutamanya berkaitan perdagangan sepertimana yang dijalankan oleh golongan India Muslim mahupun golongan bukan Islam.
3. Cikgu Mohd. Bahroodin Bin Ahmad.
Tajuk: Orang Melayu Pulau Pinang Dari Perspektif Budayanya
Beliau telah menceritakan serba ringkas mengenai latar belakangnya. Beliau mempunyai pengalaman yang banyak mengenai adat resam Melayu, boria, bangsawan, tarian dan lain-lain pementasan tradisional. Untuk menyampaikan tajuk di atas, beliau memfokuskan kepada empat perkara utama iaitu: Dialek Melayu Pulau Pinang, pakaian, upacara perkahwinan dan makanan Melayu di Pulau Pinang.
Beliau berpendapat, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang unik. Walaupun, negeri ini dianggap kecil, tetapi ia cukup kaya dengan kepelbagaian warisan budayanya. Menurutnya, di Pulau Pinang terdapat komuniti Rawa, Minang, Acheh, Jawa, 'Jawi Pekan', India Muslim dan sebagainya. Dengan wujudnya interkasi sosial di antara golongan-golongan ini, pada hari ini budaya juga telah bercampur aduk. Namun begitu, masih terdapat sesetengah daripada komuniti ini mengekalkan adat resam mereka. Pengekalan ini merupakan satu usaha yang dilakukan oleh mereka dalam mempertahankan garis sempadan etnik mereka agar identiti mereka terus kekal.
Menurut beliau, walaupun rata-rata masyarakat Malaysia menganggap bahasa orang Melayu Pulau Pinang itu adalah Bahasa Melayu. Tetapi, dari segi dialek terdapat perbezaannya di antara satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Sebagai contoh, dari segi sosio-linguistik, dialek yang digunakan di kawasan Datok Keramat adalah berbeza dengan mereka yang tinggal di Telok Kumbar ataupun di Balik Pulau. Di samping itu, beliau juga menyatakan terdapat beberapa bahasa Tamil yang dipinjamkan oleh orang Melayu Pulau Pinang, terutamanya berkaitan istilah persanakan. Misalnya, Mamak, Mamu, Mami, Nana, Jee, Ba dan sebagainya. Dari pemerhatian beliau, istilah-istilah persanakan ini banyak digunakan di kalangan kaum "Jawi Pekan'.
Mengenai pakaian orang Melayu Pulau Pinang suatu ketika dahulu, ia dianggap menarik dan setiap komuniti mempunyai pakaian tradisi tersendiri. Sebagai contoh, orang 'Jawi Pekan' memakai 'Baju T' di dalam dan diluarnya mereka memakai Kot berserta dengan Kain Pelaikat dan juga Songkok yang dibeli daripada Acheh. Menurut beliau, ada juga sesetengah komuniti Melayu yang menggantungkan Jam di baju mereka dan ada juga yang memakai Songkok secara menegak dan untuk melaram ada juga di antara mereka menyerengkan Songkok mereka. Beliau menyatakan pada ketika itu, terdapat pelbagai nama jolokan mengenai pakaian Melayu antaranya seperti 'Kod Asam Pedas', 'Baju Kancing Lima' dan sebagainya. Baju-baju yang dipakai juga melambangkan status seseorang. Selalunya baju-baju seumpama ini dipakai oleh masyarakat Melayu di bandar.
Beliau juga menyentuh tentang adat perkahwinan orang Melayu Pulau Pinang. Menurutnya, pada masa dahulu upacara perkahwinan begitu meriah sekali. Biasanya mereka akan pegang pada adat resam dan semua sanak-saudara akan berkumpul lebih awal sebelum kenduri perkahwinan kaum kerabat mereka. Mengenai adat perkahwinan, beliau menyatakan terdapat adat 'suap gula' yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang. Berdasarkan adat ini, ahli keluarga akan menyuapkan gula dan juga susu ke mulut pengantin. Justeru, beliau berpendapat adat ini merupakan adat yang diamalkan di kalangan India Muslim di Pulau Pinang. Adat ini dianggap sebagai sesuatu yang unik yang terdapat dalam acara perkahwinan masyarakat Melayu Pulau Pinang, kerana di negeri-negeri lain adat seumpama ini tidak dilakukan.
Selain itu, beliau juga menyentuh tentang kepelbagaian makanan yang terdapat di Pulau Pinang. Menurut beliau, Pulau Pinang terkenal dengan makanan yang pedas-pedas terutamanya 'Nasi Kandar'. Walau bagaimanapun, ramuan yang digunakan pada masa dahulu tidak sama berbanding pada masa sekarang. Pada masa itu, harga makanan di Pulau Pinang murah dan makanannya cukup enak, seperti Mee Goreng dan Laksa Pulau Pinang. Menurut beliau lagi, pada ketika itu, terdapat orang India Muslim yang menjual 'Karashit' yang disumbat dengan Tauge dan disaluti dengan kuah yang cukup enak rasanya. Akibat daripada peredaran masa, banyak daripada makanan-makanan seumpama ini tidak lagi terdapat di Pulau Pinang. Namun begitu, makanan-makanan yang dijual pada masa sekarang terlalu tinggi harganya. Misalnya, satu pinggan Pasembor yang dijual di Padang Kota Lama, harganya mencecah RM 30 sepinggan. Justreru, dalam membincangkan tentang adat resam Melayu Pulau Pinang, beliau mengembalikan nostalgia di zaman silamnya.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, pengerusi menyatakan apabila memperkatakan tentang kebudayaan, ia bukan sahaja menyentuh budaya non-material malah kita juga akan menyentuh budaya material. Budaya material juga tidak kurang banyaknya yang terdapat di Pulau Pinang jika kita hendak memperkatakan tentang hal ini. Kepelbagaian budaya yang terdapat di Pulau Pinang jika dihidupkan kembali sudah tentulah kita dapat menggamit orang luar untuk berkunjung ke Pulau Pinang.
ni pulak dicopy dari website ni (http://chuascorner.blogspot.com/ ... penang-malays.html)
A great many Jawi Peranakan descendants have become household names in Malaysia, and they include entertainers Fauziah Ahmad Daud and Faridah Merican, businessman Datuk H M Shah, activist Farish Noor, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Information Minister Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Tun Dr. Mahathir pun rasanya jawi peranakan.berdasarkan apa yg saya bc kapitan keling(headman) atau nama sebenarnya Caudeer Mohudeen yg jd pengasas masjid kapitan keling pun jawi peranakan.Keturunana marican n merican pun asalnya dari keturunan keluarga kapitan keling. tp kalo x silap surname merican dan marican berasal dr keturunan keluarga kapitan keling yang berbeza. terdapat juga kisah mengenai isteri pertama (x ingat nama) kapitan keling yng sgt zuhud n x pernah disentuh oleh kapitan keling..khabarnya kuburnya berbau wangi n dipuja n dianggap keramat..x ingt la sgt scr detailnye..sapa2 yg ada mklmt boleh kongsi kat sini skali...tq |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jawi Peranakan: Kuasai bidang perniagaan
Oleh Azrul Affandi Sobry
[email protected]
2010/05/09
PERJUMPAAN masyarakat Jawi Peranakan bagi meraikan doktor Jawi Peranakan yang pertama, Dr Ahmad Osman Merican (tengah, barisan hadapan).
Masyarakat ini juga dikenali Jawi Pekan, iaitu Melayu yang hidup di pekan
SEBUT Pulau Pinang, tidak dapat tidak ia akan dikaitkan dengan anak mami, mamak dan nasi kandar. Begitu kuat kaitannya sehinggakan sering kali filem tempatan pasti menggunakan tiga elemen itu dalam apa saja filem yang menceritakan masyarakat di pulau mutiara itu seperti Anak Mami The Movie dan Mami Jarum.
Namun, tidak ramai tahu sebenarnya anak mami bukan hanya berkaitan mamak dan nasi kandar tetapi juga membabitkan satu lagi masyarakat besar di Pulau Pinang iaitu Jawi Peranakan, satu masyarakat yang terhasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu dengan lelaki dari India, Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh. Sebelumnya, Jawi Peranakan dikenali dengan pelbagai gelaran iaitu Jawi Pekan, Jawi Pukan dan Jawi Bukan. Jawi membawa maksud Melayu dan istilah yang digunakan sebelum ini adalah untuk memberi gambaran masyarakat itu sebagai ‘Melayu bukan, Keling pun bukan’ (Keling merujuk kepada kaum India yang datang dari India Selatan).
Ramai juga yang tersilap atau salah faham apabila secara sembarangan mengkelaskan semua lelaki berwajah kacukan India sebagai mamak kerana realitinya wujud perbezaan antara masyarakat itu dengan Jawi Peranakan.
Kriteria mudah bagi membezakan mereka ialah anak yang lahir daripada perkahwinan campur lelaki India Muslim dengan wanita Melayu dikenali sebagai Jawi Peranakan, manakala jika perkahwinan itu hanya membabitkan India Muslim, barulah ia digelar mamak.
India Muslim menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar mereka tak kira di mana saja tetapi masyarakat Jawi Peranakan bukan saja berbahasa Melayu sepenuhnya bahkan ada antara mereka yang tidak tahu langsung bertutur bahasa Tamil. Namun ada sebilangan kecil masih memahami isi bahasa itu (itupun hanya generasi tua).
Meskipun kewujudan masyarakat Jawi Peranakan turut dikaitkan dengan perkahwinan campur antara Melayu dan lelaki Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh, namun di Pulau Pinang, ia lebih sinonim dengan masyarakat India Muslim akibat penghijrahan rakyat dari India ke negeri selat itu sejak awal 1700.
Lantaran mewarisi aktiviti perniagaan yang dimulakan nenek moyang mereka ketika berhijrah ke Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kebanyakan masyarakat Jawi Peranakan terkenal dengan kekayaan dan hidup mewah sekali gus menjadi antara sebab mereka pernah dikenali sebagai Jawi Pekan, iaitu Melayu yang hidup di pekan.
Kemewahan mereka sering kali digambarkan dalam banyak filem, antaranya Mami Jarum apabila wanita Melayu dengan wajah anak mami memakai gelang emas sehingga mencecah ke siku dan suka menonjolkan kekayaan mereka, bukan sekadar omong kosong kerana ia memang satu realiti dalam masyarakat berkenaan.
Bukanlah semuanya kaya raya tetapi kekayaan adalah simbol masyarakat Jawi Peranakan. Lihat saja struktur kebanyakan rumah mereka yang besar dan mempunyai banyak bilik. Contoh paling mudah ialah sama seperti digambarkan dalam filem Madu Tiga lakonan Tan Sri P Ramlee ketika beliau keluar masuk dari pintu bilik ke bilik lain di rumah bapa mentuanya yang dilakonkan Ahmad Nisfu.
Memang susah untuk membezakan masyarakat ini dengan mamak atau India Muslim yang lain kerana jika dilihat dari aspek fizikal, tiada apa bezanya, hinggakan penulis terpaksa bertanya sendiri kepada kebanyakan orang yang ditemui - “Adakah anda Jawi Peranakan?”
Masalah tetap ada kerana ramai masyarakat Jawi Peranakan sendiri tidak pernah mendengar istilah itu kerana pada mereka adalah Melayu yang mempunyai darah campuran India atau Arab.
Maka, tidak hairan mengapa orang luar juga tidak biasa mendengar nama masyarakat itu kerana biasanya hanya mamak dan mami yang popular di mana saja sedangkan istilah itu sebenarnya sudah popular berabad lamanya sehinggakan akhbar bahasa Melayu pertama diterbitkan di negara ini juga diberi nama Jawi Peranakan iaitu pada penghujung 1870-an.
Jika diperhatikan secara terperinci, memang ada sedikit kelainan pada masyarakat Jawi Peranakan berikutan perkahwinan campur itu kerana wajah mereka lebih unik dan nampak ada kacukannya. Jika ada darah campuran Arab, hidungnya lebih mancung, kulit lebih cerah dan tak keterlaluan jika dikatakan lebih cantik.
Pertuturan bahasa Melayu utara mereka juga pekat. Lenggok bahasanya lemah lembut tetapi unik. Tidak sama seperti yang digambarkan dalam filem dan tidak sama dengan penduduk utara lainnya. Pendek kata, memang terhibur mendengar mereka berbicara.
Seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat ini ada ego yang tinggi terutama apabila bercakap mengenai taraf hidup kerana kebanyakan mereka memang kaya. Malah, tidak mengejutkan apabila dua tiga wanita yang ditemui dengan selamba berkata: “Tak ada RM10,000, jangan mimpi nak jadi menantu mami. Itu dulu, sekarang lagilah mahal.”
Kebanyakan masyarakat Jawi Peranakan berjaya sebagai peniaga. Ia adalah kegiatan turun temurun dan menjadi simbol ekonomi mereka. Di Pulau Pinang, kebanyakan kedai emas di kawasan Georgetown dimiliki masyarakat itu. Mereka juga dikatakan masyarakat yang paling berjaya di seluruh negara, bukan sekadar dalam bidang perniagaan, malah dalam bidang politik dan kerjaya lain.
Susah juga untuk mengkategorikan siapa antaranya masyarakat ini, namun berdasarkan kenyataan pengumpul barang antik di Pulau Pinang, Mohd Mustakim Mohd Mastam, 65, ramai tokoh politik berketurunan itu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
“Semua mereka berdarah campuran. Ada berlaku perkahwinan campur dalam sejarah keluarga mereka dan mereka memang Jawi Peranakan. Ramai lagi sebenarnya berdarah Jawi Peranakan dan kebanyakan mereka adalah orang kenamaan dan berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya dengan sedikit nada bangga.
Sebenarnya, masyarakat Jawi Peranakan bukan sekadar ada di Pulau Pinang tetapi di semua negeri selat iaitu Melaka dan Singapura kerana sejarah kewujudan masyarakat itu juga adalah akibat kemasukan pedagang luar iaitu dari India dan Arab ke Tanah Melayu pada zaman pentadbiran Kapten Francis Light sejak 11 November 1786.
Perkahwinan campur antara dua masyarakat ini juga menyebabkan berlakunya pertembungan budaya, malah tidak boleh dinafikan budaya India lebih banyak mempengaruhi cara hidup Melayu terutama dalam adat perkahwinan dan alat muzik.
Pernah jadi pemilik tanah terbesar di Pulau Pinang
KEBANYAKAN masyarakat Jawi Peranakan tinggal di kawasan bandar seperti di Georgetown, Pulau Pinang dan ia menjadi antara sebab masyarakat itu pernah dikenali sebagai Jawi Pekan satu ketika dulu.
Meskipun mereka adalah masyarakat yang terbentuk daripada perkahwinan campur antara lelaki India Muslim dari India dengan wanita Melayu, kestabilan ekonomi yang diwarisi daripada nenek moyang membolehkan masyarakat itu menjadi antara pemilik tanah terbesar di pulau itu selepas orang Cina.
Malah, berdasarkan cerita beberapa penduduk di situ, satu ketika dulu, iaitu sebelum 1950-an, Jawi Peranakan adalah masyarakat terkaya dan pemilik tanah terbesar di Pulau Pinang sebelum kebanyakannya tergadai lantaran gelombang aktiviti perjudian yang mempengaruhi orang Melayu.
Akibat terlalu banyak berhutang dengan ceti, akhirnya kebanyakan tanah mereka tergadai dan kini menjadi milik orang Cina. Namun, ia tidak sama sekali menghakis ciri utama masyarakat Jawi Peranakan sebagai antara penduduk terkaya di Pulau Pinang.
Itu hanya sebahagian daripada sejarah dan rentetan kehidupan masyarakat itu yang kini lebih selesa dikenali sebagai Melayu lantaran mahukan hak Melayu yang membolehkan mereka mendapat keistimewaan dalam banyak perkara termasuk pendidikan.
Justeru, semakin ramai generasi muda tidak lagi mengetahui susur galur keluarga mereka, malah ramai juga yang tidak mengetahui yang mereka sebenarnya berketurunan Jawi Peranakan lantaran sudah berasimilasi dengan kehidupan orang Melayu.
Untuk mendekati masyarakat itu bukan lagi semudah dulu kerana ketika itu mereka hidup dalam kelompok mereka sendiri, namun kini semakin ramai yang berpindah ke lokasi lain dan ramai juga memilih untuk keluar bekerja di luar Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang sendiri, masyarakat itu ada di mana-mana dan dengan pelbagai cara hidup. Tidak lagi sekadar terus berniaga, ramai yang sudah menceburi bidang kerjaya lain. Bagaimana untuk mengenali mereka?
“Rupa mereka seperti orang India tetapi tidaklah seperti India sangat. Ada sedikit kemelayuan dan nampak lebih cantik daripada anak mami India Muslim.
Paling senang, mereka fasih dan sentiasa berbahasa Melayu.” Itu panduan diberikan seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Omar Yusoff. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 10-5-2010 16:10
Aloq Staq pong ada Jawi Peranakan, tp Jawi Peranakan bukan maksod dia spesifik kat peranakan India jah, peranakan Arab pong Jawi gak... istilah rujuk depa lagi satu adalah Jawi Pekan... Satu lagik orang2 Arab yg semenda dgn orang India Kerala... ni pong Jawi Pekan gak, depa memang bukan Melayu tp cakap Melayu dalam umah. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan cerita jawi peranakan amik dari berita harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_KapitanKelingpengasasmasyarakatJawiPeranakanPulauPinang/Article
Misteri Etnik: Kapitan Keling pengasas masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang
Oleh Azrul Affandi Sobry
2010/05/10
Perkahwinan Cauder Mohideen Merican dengan puteri kerabat Sultan Kedah menjadi titik tolak pengembangan keturunan Chulia di Tanah Melayu
SIRI 2
KAMPUNG Kolam atau sebelumnya dikenali sebagai Tanjung Puthukarei iaitu sebahagian Lebuh Chulia dan Jalan Masjid Kapitan Keling, mempunyai kaitan cukup kuat dalam pembentukan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang.
Di situ Kapitan Keling atau nama sebenarnya, Cauder Moheedin Merican menetap bersama ibunya, Fatma dan adiknya, Muhammad Noordin Merican selepas berhijrah dari selatan India pada pertengahan 1770.
Nama Kapitan Keling tidak asing di kalangan penduduk Pulau Pinang terutama masyarakat Jawi Peranakan kerana beliau dikatakan sebagai pengasas kewujudan masyarakat itu di Pulau Pinang dan turut disegani kerana memiliki kekayaan serta kedudukan tinggi ketika itu.
Sebelum Kapten Francis Light mendarat di Pulau Pinang pada 1786, kedua-dua beradik Merican ini dikatakan banyak membuat perubahan di kawasan penempatan mereka sehinggakan pada 1800, Kapitan Keling dikenali sebagai seorang Chulia (gelaran untuk India Muslim ketika itu) terkaya dan berpengaruh di Pulau Mutiara itu.
Perkembangan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang bertambah pesat dengan kemasukan Kapten Light apabila beliau menggalakkan lebih ramai pedagang dari India, China, Burma (kini Myanmar), Acheh, Siam dan Arab menetap di pulau itu dengan memberi geran tanah secara percuma kepada mereka.
Apabila jumlah populasi India Muslim semakin meningkat, Cauder Moheedin Merican dilantik sebagai Kapitan Keling pada 1801 yang bertanggungjawab sepenuhnya mengurus, menjaga dan mentadbir segala kepentingan komuniti India Muslim termasuk hal keagamaan.
Pada 2 November 1801, Gabenor Sir George Leith bagi pihak Hindia Timur Inggeris meluluskan sebidang tanah terletak di selatan Lebuh Malabar (kini Lebuh Chulia) kepada komuniti Islam termasuk yang dimiliki Kapitan Keling.
Selepas menerima surat kuasa daripada Gabenor Philips, Kapitan Keling membina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kapitan Kling dengan wang sendiri serta hasil sumbangan masyarakat Muslim di Pulau Pinang.
Mengenai kaitan Kapitan Keling dengan pembentukan masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang ialah apabila beliau berkahwin dengan wanita Melayu, Tengku Wan Chik Taiboo atau dikenali sebagai Tengku Maheran, seorang puteri daripada kaum kerabat Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah Mukaram Syah.
Hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan enam cahaya mata iaitu Othman Naina Merican, Othman Sah Merican, Othman Nachiar, Othman Kandoo, Othman Bee Bee dan Othman Wan Niar.
Generasi itulah menjadi pemula kepada kewujudan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang.
Kini, keturunan Kapitan Keling sudah menjangkau sehingga lapan generasi sekali gus membuktikan bahawa masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang juga sudah memasuki generasi kelapan.
Pengerusi Tetap Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Zainul Aziz Zainul Abidin, yang juga seorang Jawi Peranakan dari keturunan AP Sultan Mydin, berkata pengukuhan kawasan milik masyarakat India Muslim di Lebuh Chulia menyemarakkan lagi keinginan lebih ramai rakyat India untuk berhijrah ke Pulau Pinang.
“Orang India Muslim lebih suka berhijrah ke Pulau Pinang kerana mereka tak perlu risau apa-apa. Sampai saja di pulau ini, mereka hanya perlu ke Lebuh Chulia dan di situ mereka boleh berjumpa dengan ramai masyarakat sama dengan mereka.
“Lantaran itu, lebih ramai orang dari India masuk ke Pulau Pinang dan membina kehidupan di sini dan ramai juga yang mengahwini wanita Melayu. Orang Melayu juga suka mengahwinkan anak mereka dengan lelaki India Muslim lantaran kebanyakan mereka kaya raya, banyak harta.
“Tambahan pula ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, ramai orang Melayu hidup susah dan untuk mengelakkan anak dara mereka teraniaya, mereka lebih sanggup mengahwinkannya dengan India Muslim. Sekurang-kurangnya hidup mereka lebih terjamin,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai sejarah keluarganya sendiri, Zainul berkata, datuknya, A P Sultan Mydin masuk ke Pulau Pinang pada 1885 ketika berusia 10 tahun, sekali gus membuktikan ketika itu ramai lelaki India Muslim berani berhijrah ke situ walaupun pada usia terlalu muda.
Katanya, ini disebabkan keyakinan untuk berada di pulau itu kerana ramai saudara mara mereka berada di sana dan boleh dikatakan kawasan Lebuh Chulia dihuni begitu ramai masyarakat India Muslim.
“India Muslim di Pulau Pinang umpama perantau atau pendatang. Mereka perlu berusaha gigih jika mahu hidup selesa.
“Sokongan daripada keluarga yang masih berada di India juga membolehkan mereka mendapatkan dana untuk membeli tanah di sini. Itulah antara punca masyarakat Jawi Peranakan berkembang dengan pesat,” katanya.
Berbalik kepada pembentukan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang, perkahwinan campur antara lelaki India Muslim dengan wanita Melayu membabitkan pelbagai status pekerjaan.
Ada antara mereka terdiri daripada bekas banduan dengan penghantaran banduan pertama ke pulau itu berlaku pada 1790 membabitkan dua banduan India Muslim, Eyeno Deen Sheikdar dan Mohamed Heiant.
Ramai daripada banduan dan buruh yang dihantar ke Pulau Pinang mengambil keputusan untuk terus menetap di situ kerana mereka dikatakan sudah biasa dengan suasana negeri itu.
Di sinilah berlaku banyak perkahwinan campur yang akhirnya menambahkan populasi masyarakat Jawi Peranakan di pulau utara Semenanjung itu.
Generasi keenam Kapitan Keling, Azmi Iskandar Merican, berkata harga tanah yang sangat murah ketika zaman pentadbiran Kapten Light membolehkan ramai India Muslim menceburi bidang hartanah termasuk Kapitan Keling sendiri yang menjadi antara punca utama kekayaan masyarakat Jawi Peranakan kini.
“Jasa Kapitan Keling dalam kedudukan Islam di Pulau Pinang juga sangat besar apabila beliau mewakafkan banyak tanah miliknya untuk aktiviti masyarakat Islam sekali gus membolehkan ia kekal menjadi kawasan perniagaan orang Islam seperti di Lebuh Pitt, yang dulu dikenali sebagai Jalan Kapitan Keling.
“Jika Kapitan Keling tidak bertindak sedemikian, diyakini agak sukar untuk orang Islam menjadi peniaga di Pulau Pinang kerana kini aktiviti itu semakin dikuasai kaum lain.
“Justeru, kemasukan dan perkembangan masyarakat Jawi Peranakan memberi impak besar terhadap Islam dan orang Melayu secara keseluruhan,” katanya.
Kini, selepas lebih 200 tahun masyarakat Jawi Peranakan terbentuk di Pulau Pinang, pengaruh yang dibawa masuk oleh India Muslim begitu kuat dan dapat dilihat dalam pelbagai aktiviti seharian termasuk budaya dan cara hidup masyarakat itu sendiri.
Boria yang terkenal di Pulau Pinang juga adalah satu aktiviti yang dibawa masuk oleh masyarakat dari India menerusi sepoi yang dihantar Kompeni Hindia Timur bagi membantu Kerajaan Kedah ketika dalam proses untuk mendapatkan Negeri Selat. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsterikeduaCauderhabiskanmasadalamkelambukuning/Article
Isteri kedua Cauder habiskan masa dalam kelambu kuning
2010/05/10
LAHIR pada 1759 di India Selatan dan tinggal di sebuah perkampungan kecil terletak di pelabuhan Paranggi Pettai atau kini dikenali sebagai Proto Novo dalam daerah Arcots, India, Cauder Moheedin Merican (Kapitan Keling) mempunyai tiga isteri di Pulau Pinang dengan seorang daripadanya ialah anak kepada Sultan Kedah iaitu Tengku Maheran.
Isteri pertamanya, wanita berketurunan Brunei, Fatimah Nachiar atau lebih dikenali sebagai Patheni Amma (dalam bahasa Tamil membawa maksud wanita yang taat kepada segala perintah suami), tidak mempunyai anak lantaran dikatakan tidak pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan suaminya untuk hidup zuhud.
Menurut generasi keenam Kapitan Keling, Azmi Iskandar Merican, setiap hari Patheni Amma menghabiskan masa dalam kelambu kuning di kamar rumahnya. Beliau tidak gemar memakan daging tetapi hanya makan nasi dengan sayur yang ditanam sendiri oleh khadamnya.
Katanya, disebabkan terlalu mementingkan amal ibadat, beliau mengizinkan suaminya berkahwin dengan anak saudaranya sendiri, Che Aminah dan hasil perkahwinan itu membolehkan mereka mendapat seorang anak perempuan, Udman Nachiar.
“Kapitan Keling ada juga menjalankan perniagaan intan permata dan kerana perniagaannya itu membolehkannya keluar masuk ke Istana Kedah. Selepas beberapa pertemuan dengan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah Mukaram Syah, baginda memperkenankan seorang puteri daripada kerabatnya, Tengku Wan Chik Taiboo untuk dikahwinkan dengan Kapitan Keling.
“Perkahwinan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata,” katanya.
Seorang anak perempuan Kapitan Keling dikatakan berkahwin dengan Raja Berdagai di Sumatera. Keturunan mereka masih ada hingga kini iaitu di sekitar Kota Medan.
Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, Kapitan Keling membina dua rumah batu sama besar dan sama tinggi untuk isteri kedua dan ketiganya di Love Lane berhampiran Lebuh Chulia, tidak jauh dari Kampung Kolam.
Kapitan Keling dikatakan meninggal dunia pada 10 September 1834 dan tarikh itu disahkan dalam mahkamah ‘The Prince of Wales Island’ pada 1969.
Sebelum itu, pada 1830, isteri pertamanya, Patheni Amma meninggal dunia dan dikhabarkan tiada sesiapapun mengetahui mengenai kematiannya meskipun sudah sebulan meninggal dunia di dalam kelambu.
Ini kerana sajian yang dihidangkan kepada Patheni Amma setiap hari kelihatan seperti dijamah seseorang, namun apabila pembantunya terbau sesuatu yang sangat wangi seperti ambar kasturi dari dalam kelambu dan meninjaunya, kelihatan Patheni Amma seperti sedang bersujud.
Tubuhnya sedikit basah dan apabila diteliti, didapati beliau sudah meninggal dunia hampir sebulan lamanya. Apabila Patheni Amma hendak dikebumikan di Kampung Kolam, hujan renyai-renyai dan bau air hujan itu seperti air mawar.
Atas sebab itulah sebahagian daripada India Muslim yang tinggal di Pulau Pinang mempercayai makamnya sebagai keramat dan menggelarnya ‘Keramat Mak Amma’.
(Bersambung esok) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 26-7-2010 00:13
- bumpsssssssssssssssssss - |
|
|
|
|
|
|
|
sori laa, aku memang tak suka dan minat dgn org2 keturunan keling ni atasa sebab2 tertentu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LOL, berbelit lidah macam bewok ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawi Pekan Alor Setar n Peranakan Kedah
Jawi Pekan Alor Setar kebanyakannya keturunan Melayu Tempatan atau Acheh keturunan Farsi sebelah ibu depa, keturunan sebelah bapak adalah keturunan Hadrami (Arab Selatan). Warna kulit kebiasaannya cerah kuning sehingga hitam sebab ada pengaruh India dan Ethiopia. Di India pun ada masyarakat peranakan Hadrami n peranakan Yahudi Hadrami.
Ada family Jawi Pekan yang tinggal di kawasan sekitar lorong Pahlawan di Aalor Setar misalnya macam family Haji Shu'aib, sebab dia adik beradik belah pak n mak aku gak. Zaman2 tu, Haji Shu'aib memang mengamalkan adat yang strict macam kalu nak makan umah worang dan jadi tetamu pun, dia takkan makan sesuka hati. Tuan rumah kena pakai pinggan mangkuk asing bagi depa, kalu dak depa takkan makan atau sentuh barang makan dlm umah org depa bertandang kecuali kalu tuan rumah tu pon macam dia.
Kemasukan orang-orang Hadrami ke Kedah dan Utara Semenanjung dah berlaku sejak zaman2 purba lagi. Depa masuk atas tujuan perdagangan pada awalnya. Yang awal lagi sebutan orang Hadrami terkenal dlm sejarah Kedah, adalah pasai Sheikh Abdullah yang mengajar raja Kedah pertama menganut Islam pada abad ke-10 M.
Ada beberapa fasa kemasukan worang2 Hadrami sebelum terjadinya perkahwinan dengan penduduk tempatan di Asial Tenggara. Yang pertama berlaku masa kurun ke-13 M sampai kurun ke-15 M. Keluarga Jamalullail misalnya ada di Perak sejak abad ke-15 M lagi. Belahan keluarga Jamalullail ada di Perlis sebelah Arau n tuk nyang yang first menjadi penghulu Arau sebelum diangkat jd raja Perlis. Banyak amalan perkahwinan poligami, jadi payah nak trace keturunan depa sehinggalah ada antara depa walupon muka x mcm muka Melayu mengakui sahaja depa Melayu n bersungguh2 mengundi UMMOK walupon hak2 bumiputera semua tak dapat langsung pun. Maklumat keturunan semua worang tua jaga, kalu worang tua semua meninggal habeh, maka tarak tahu lagi lah keturunan n x ada jati diri lagi.
Kemasukan kedua berlaku masa abad ke-17, kemasukan waktu ni ada peristiwa penting. Yang pertama, ada insiden jemputan SUltan Kedah ajak guru agama dia masuk jd qadhi maharaja lepas dia dilantik menjadi sultan. Yang dijemput masuk tu adalah Sheikh Abdul Jalil dr Yemen (Hadramaut). Selain tu, ada sorang lagi pengikut Sheikh ni nama Hafez Sab pun xmau tinggalkan guru dia ikut juga. Mausoleum depa ada di Jitra. Keturunan semenda anak2 Sheikh, worang India nama Hafez Sab ni, n anak2 pompuan montri melahirkan masyarakat peranakan yang gunakan bahasa Melayu Kedah serta sangat patriotik kat negeri Kedah serta kesultanan. Yang kedua sebab gangguan Siam ms abad ke-18 M. Puak Hadrami n peranakan Hadrami minta bantuan worang Hadrami di kepulauan lain dan depa mendarat stengahnya di Penang n jugak di sebelah Kuala Kedah.
Kemasukan ketiga masa abad ke-19. Yang ni masih baru depa stengahnya masih buleh berbahasa Arab. Banyak jugak dok di S'pore n belah negara yang satu lagi. Dengarnya kat negara satu lagi tu, ada Parti Arab pun. Aku malas nak bukak research2 lagi, sebenaqnya ada research2 pasal peranakan Arab Hadramaut di Asial Tenggara masa zaman2 British dolu. Len jam sahaja, bubyeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
- bumpsssssssssssssssssss -
genot Post at 26-7-2010 00:05
sbb keturunan lain pun bukan suka dengan keturunan kau... |
|
|
|
|
|
|
|
Keturunan di atas adalah keturanan perosak Silat Cekak...kesian warisan Kedah... |
|
|
|
|
|
|
|
Keturunan di atas adalah keturanan perosak Silat Cekak...kesian warisan Kedah...
nobito Post at 7-10-2010 09:29
ye ke??? sendiri bangang salahkan org lain?? very brilliant |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 12-10-2010 13:32
ye ke??? sendiri bangang salahkan org lain?? very brilliant
unekspekted Post at 7-10-2010 09:32
Kenapa ko quote tulisan aku??? Diri ko bangang x sedar...sebuk ikut orang sana sini...dasar jing...
Negeri ko bangang x sedar...sebuk masalah negeri len..macam la ko ada belajar silat cekak...dasar ko jing Sultan Johor |
|
|
|
|
|
|
| |
|