View: 3200|Reply: 8
|
bacaan yasin ketika melawat orang yang sedang nazak
[Copy link]
|
|
Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah di Keramat Permai
telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah
Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya
kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana
menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala
gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin- yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga
kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan
dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. amiin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cantthinkofany at 16-2-2007 14:21
Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah di Keramat Permai
telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah
Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ...
Cukuplah sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam yang mengatakan "ajarkan "laa ilaha ilallah" bagi orang yang akan mati, karena barangsiapa yang akhir hidupnya "laa ilaaha ilallah" maka dia berhak masuk surga". Sedangkan hadith -hadith yang mengatakan bacakan surat yasin untuk orang yang mati, semuanya tak ada yang sah menurut ulama ahli hadith. Sedangkan zaman ini, orang yang akan mati kita sibuk baca yasin, kan rugi orang yang akan mati tuu, padahal dia bisa mengucapkan laa ilaaha ilallah dan masuk surga bilamana ada yang mengajarkan. Yaa tak? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Surah Yasiin amat kerap dibaca oleh orang ni Malaysia... dia mengandungi pelbagai hikmah terutama pada jiwa manusia... ada kajian telah dilaku dan terbukti bahawa bacaan yasiin boleh menenangkan perasaan orang yang tertekan.... Jika Al-Quran itu terlalu berat untuk dibaca dalam sehari... mengapa Surah yasiin tidak boleh dibaca dalam sehari... di dalamnya dia merangkumi soal sendi agama (Islam, Iman, Ikhsan), alam nyata dan Ghaib, tata cara pendakwah dan sebagainya... |
|
|
|
|
|
|
|
shud ditekankan bacaan yg baik & mengikut hukum hakam tajwid. kekadang kita ghairah baca al-Quran banyak2 tanpa amik kira hukum hakamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
yup betul tue
selalu sgt baca rmai2
tunggang langgang bacaan
i lg prefer ikut org baca
tp nk tegur takut org kata berlagak pulak
sbb dh jd kebiasaan org kite |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cantthinkofany's post
...mmm cmtuh..upe2nye ader ghak yg baca yasin cpt..
by the way tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikhwanindo at 17-2-2007 04:20 PM
Cukuplah sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam yang mengatakan "ajarkan "laa ilaha ilallah" bagi orang yang akan mati, karena barangsiapa yang akhir hidupnya "laa i ...
assalamualaikum,
sudah la tu, biar la orang nak beramal cara itu, yg awak sibuk2 apa pasal, lebih baik awak perbetulkan rakyat indonesia yang makin lama makin teruk perangainya, kami dimalaysia dah ramai ulamak dari anda yang suka menyibuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 madie's post
mcm2 peel manusia ni ye.. hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 madie's post
Islam tu sama saja di Indon ke Malaysia ke Palestin ke Jepun ke China ke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|