View: 2960|Reply: 13
|
KALAU ANDA MENJADI PENDAKWAH APA ANDA AKAN BUAT?
[Copy link]
|
|
Kalaulah anda diberi peluang utk berdakwah kepada golongan mualaf, apa yg anda akan lakukan?
Sebenarnya saya suka berdakwah kat mereka ni. Senang sebab mereka ni bak kain puteh. Saya suka beritahu mereka bahawa Islam ni sebenarnya senang sahaja. Tidak susah. Mudah semuanya dan tiada paksaan dalam islam yg sebenarnya.
Saya akan ajarkan mereka utk mengucap 2 kalimah syahadah dan faham ertinya. Saya akan ajar bahawa mereka patut sembahyang 5 waktu utk membuktikan kesyukuran kita kpd tuhan.
Saya akan ajarkan mereka cara berpuasa bulan Ramadhan.
Saya akan ajarkan bahawa rezeki yg mereka ada adalah dr Allah swt maka mereka harus berzakat.
Dan sekiranya mereka mampu dan sudah bersedia benar benar bersedia, boleh la mereka ke Mekah utk menunaikan Haji.
Saya akan bimbing mereka supaya berhenti makan daging babi melainkan sudah terlampau darurat. Dan semua binatang ternakan makanan mereka haruslah disembelih dgn nama Allah.
Saya akan melarang mereka dari minum bir, berjudi dan berzina.
Saya akan mengajar mereka utk memahami Al Qurannul Karim dan bukan baca membuta semata mata.
Tetapi yg mustahak sekali saya akan mengajar lelaki mereka utk menghormati wanita wanita mereka. TAK BOLEH BERPOLIGAMI kecuali mereka mampu dari segala segi. Wanita adalah kaum yg telah melahirkan mereka. Dan sudah tentu mereka tidak mahu kalau bapa mereka kahwin wanita lain sehingga menyebabkan ibu mereka menderita kerana bapanya tidak memberi sepenuh kasih sayang pada ibu dan anaknya. Saya akan memeberitahu bahawa terdapat HADIS SAHIH bahawa Rasullullah telah melarang menantunya Saidina Ali dari berpoligami...
Saya akan ajar anak2 muda mereka bahawa adalah lebih seronok seks yg halal dalam perkahwinan bukan seks yg terpaksa disorok sorok. Kalau dah tak tertahan kawin saja lah. Tapi tuhan kata tahan nafsu adalah lebih baik. Saya akan ajar lelaki utk menahan nafsu dan jgn merogol wanita. dan bahawa wanita bukanlah alat perlepasan nafsu lelaki .
Saya akan ajar Kaum lelaki bahawa mereka dilarang memukul isteri mereka kecuali jika mereka NUSYUZ KEPADA ALLAH iaitu mengingkari suruhan Allah seperti tidak solat atau berpuasa, bukan sebab isteri tak siapkan makanan sedap sedap..
Suami suami akan diajar utk sama2 membantu isteri dirumah.
Saya juga akan memberitahu mereka bahawa mereka tidak perlu berpakaian macam org ARAB pakai semutar dan simpan janggut dan misai. YG mustahak adalah ketaqwaan bukan atas pakaian.
Saya akan ajar mereka supaya JANGAN taksub kepada org yg mengaku mereka itu pandai dalam Islam, walhal mereka hanya menyusah-nyusahkan. Islam itu senang difahami oleh semua golongan dan lapisan masyarakat. Tak perlu ada org tengah utk memberitahu mereka apa yg mereka tidak boleh buat dan boleh buat.
JGN HARAMKAN BENDA YG HALAL. (Surah al Tahrim)
Saya akan ajarkan mereka supaya jangan menghina org lain mahupun org yg berugama lain kerana dalam Quran ]un telah tertulis, aku tak sembah yang engkau sembah.
Saya akan ajar mereka supaya jangan keterlaluan dalam hidup. JGN mencari cari keaiban org sehjingga mengintip mereka kerana tuhan akan menutupi keaiban kita kalau kita tutup keaiban org lain.
Saya akan ajar mereka jgn terlalu taksub. Maknanya Jgnlah mereka syok sgt kat JOMHEBOH atau JUARA LAGU sampai lupa solat Maghrib....
Saya akan memberitahu bahawa Anjing tidak pernah diharamkan dalam islam tetapi kita harus menjaga kebersihan. (Surah Al Maidah)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamuslim at 11-3-2007 06:12 PM
Kalaulah anda diberi peluang utk berdakwah kepada golongan mualaf, apa yg anda akan lakukan?
Sebenarnya saya suka berdakwah kat mereka ni. Senang sebab mereka ni bak kain puteh. Saya suka ber ...
saya akan ajar mrk supaya jgn taksub kpd mana2 pemimpin (pemimpin agama mahupun pemimpin politik agama) sehingga fanatik ikut membuta tuli sehingga akal gagal digunakan lagi. jgnlah taksub kpd sesapa pun baik nik aziz, pak lah, mat sabu, haji hadi, mahathir, anwar........jgn terima satu pihak 100% dan tolak orang lain 100%.
Contohnya jgn kita tolak semua pandangan Tun Mahathir tentang Islam walaupun dia dari beberapa segi dia sudah byk tersasul. jgn tolak seluruh pandangan Anwar berkenaan Islam walaupun dia pernah berjoget dgn wanita bukan isterinya. jgn tolak Mat Sabu 100% walaupun dia pernah ditangkap basah. jangan tolak Dr Asri Zainal Abidin 100%, walaupun dia pernah beri komen pedas terhadap parti PAS. jgn tolak 100% pandangan Datuk Mufti Harussani meski pun dia pernah memuji2 program Pak Lah. Kita tolak akidah Abuya Ashaari tapi kita perlu belajar perniagaan yg pernah sukses dibawa oleh Al-Arqam. Kita komplen tentang unit2 amanah yg tak sukses ditangan kerajaan dan dlm masa yg sama kita jgn lupa KOHILAL tajaan PAS juga peristiwa pahit untuk pelabur2 Islam. Sekadar contoh. Saya cukup risau dgn orang2 jenis taksub ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamuslim at 11-3-2007 06:12 PM
KALAU ANDA MENJADI PENDAKWAH APA ANDA AKAN BUAT?
Saya akan mengajak mereka agar bersama-sama saya untuk belajar berbagai ilmu agama dan menggunakan kemahiran berfikir untuk menilai mana yang benar ataupun salah.
|
|
|
|
|
|
|
|
perbaiki diri sendiri dulu....dakwahkan hati sendiri dulu....muhasabah diri sendiri dulu...
sekurang2nyer dosa sendiri tk jadi hijab utk org lain dapat Tuhan...
eiiiiii......beratnyer tugas klau nak jadi pendakwah......
----------------------------
teringat aku kisah seorg ulamak zaman dulu, yg ada ramai anak murid tetapi bila umur 70 thn baru dier keluar memberi ceramah kepada org ramai...sedangkan selama ini sudah ramai anak2 muridnya menjadi pendakwah dan terkenal..
org tanya kepada nya mengapa baru sekrg baru tuan syeikh keluar berdakwah ketengah masyarakat?...
sebab selama ini, aku rasa hati aku teruja utk jadi trkenal dan dikenali ramai sebab itu aku kekang keinginanku utk berdakwah ke tengah2 masyarakat dan dikenali ramai....
sekrg aku sudah tua, dan aku rasa aku sudah mampu utk mengekang keinginanku itu....
-----------------------
berbahagialah pendakwah yg melakukannya tugasnyer dgn rasa penuh tawaduk dan lepas dari kepentingan diri...semua itu atas kehendak Allah jua....
tiada daya dan upaya kita melainkan dengan kehendak Allah jua |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz akan cube beri bimbingan dari aspek ajar sembahnyang ..
kalau suruh ajar bace al-quran ustaz x bape bagus ... takut ajar salah ..
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah bertanya kepada ramai mualaf yang baru masuk islam kenapa dia orang pilih islam?. most of them said that mereka masuk islam bukan kerana melihat cara hidup orang islam itu tetapi adalah kerana usaha sendiri. tambah mereka lagi kalau tengok cara hidup orang islam sekarang ni tak ada beza pun dengan cara hidup mereka sebelum ni. jadi sebagai pendakwah janganlah terlalu beriya-iya nak ajar hukum-hukum dan ibadah-ibaha ni tanpa kita sendiri melakukan perkara-perkara tersebut dengan sempurna. contoh akhlak islam sebenar adalah jalan dakwah yang paling baik daripada mengeluarkan hujah-hujah yang berapi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lizawpl at 13-3-2007 10:19 PM
saya pernah bertanya kepada ramai mualaf yang baru masuk islam kenapa dia orang pilih islam?. most of them said that mereka masuk islam bukan kerana melihat cara hidup orang islam itu tetapi adal ...
betul...sebab yg hendak di dakwahkan adalah hati bukan akal.....sebb itu ada satu cerita pasal pendakwah islam (zmn sahabat2 dulu), sampai ke negara china...
beliau ini langsung tk boleh berkomunikasi dengan org china di sana kerana hanya tahu berbahasa arab sahaja...tetapi kerana akhlak sahabat RSAW ini sgt baik, orgnya sgt bertakwa dan berkat barokah RSAW yg ditawasulkan oleh sahabatnya itu maka berbondong2 orang china yang tertarik masuk islam....
jadi, aku rasa ilmu yg aku dapat pasal menjadi pendakwah yg berkesan ini selari ler dengan fenomena semasa sekrgkan liza....diri sendiri yg perlu diperbaiki dan dimuhasabah dulu, barulah Tuhan boleh bantu...klau tak, yg masuk islam itu masuk islam sebb hidayah dan taufik Allah SWT jua.....sebb mereka ikhlas berusaha mencari jalan kebenaran...
kelemahan para pendakwah kita adalah mereka ingat dengan ilmu yg tinggi dan hujah yg berapi2 leh tarik dan pikat org masuk islam tetapi sebenarnya itu hnyalah perencah sahaja, mantannya adalah diri sendiri, setakat mana ketakwaaan kita kepd Tuhan dan setakat mana ikhlas kita untuk memperkenalkan insan lain kepd Tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
ajar mereka mengikut sunah nabi bukan adat bangsa kita |
|
|
|
|
|
|
|
Saya memang berminat untuk berdakwah namun begitu saya akui saya byk lagi kelemehan sana sini yang perlu diperbaiki krn saya takut sekiranya saya menyampaikan ilmu yang salah tidak kiralah kepada saudara baru ataupun saudara sesama Islam. Masih byk yg perlu saya pelajari dan muhasabah diri.
Saya amat kagum dengan usaha para pendakwah yg tidak pernah putus asa dan jemu menjalankan kegiatan berdakwah terutama pendakwah yang tidak minta balasan atas usaha mereka tersebut. Amat sedih bila dakwah / agama dijadikan barangan dagangan/komersil krn di situ telah hilang keikhlasan seorang pendakwah untuk membimbing umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanggukhangguk at 14-3-2007 11:02 PM
Saya memang berminat untuk berdakwah namun begitu saya akui saya byk lagi kelemehan sana sini yang perlu diperbaiki krn saya takut sekiranya saya menyampaikan ilmu yang salah tidak kiralah kepada ...
salah satu penyakit sosial masyarakat ...
apabila dakwah dijadikan semata-mata bahan komersial.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah dengar satu tazkirah dari sorang ustaz yg bukan dilahirkan islam (tak tau dari agama apa). dia kata org melayu paling malas nak berdakwah. dia bagi contoh, dlm satu kampung melayu, ada satu family cina buddha yg menetap kat situ, dah 3-4 generasi pun, cina tu masih tetap dgn agama buddhanya. abis kuat pun, ada yg convert ke kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
ajar bahawa terdapat beza diantara budaya arab dan budaya islam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanggukhangguk at 14-3-2007 11:02 PM
Saya memang berminat untuk berdakwah namun begitu saya akui saya byk lagi kelemehan sana sini yang perlu diperbaiki krn saya takut sekiranya saya menyampaikan ilmu yang salah tidak kiralah kepada ...
kalau rasa tak mampu untuk berhujah dan tidak cukup ilmu untuk di kongsi, gunalah cara y7ang mudah untuk berdakwah iaitu buat apa yang disuruh oleh islam dan tinggal apa yang di larang. dengan itu u sudah menjadi model islam yang boleh menarik orang yang bukan islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|