CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6963|Reply: 14

[Pengurusan Jenazah] manusia dua alam

[Copy link]
Post time 8-4-2007 08:02 AM | Show all posts |Read mode
aku nak tanyer sikit ler kan...kalo manusia dua alam ( maksud aku pondan) yg atas bawah semua da h operate nie meninggal...saper erk yg mandikan jenazah dia..laki ker perempuan..:hmm:


[ Last edited by  ibnur at 12-4-2007 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2007 09:30 AM | Show all posts
Masalah yang buatan... ni yang susah nak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:59 AM | Show all posts
Menukar jantina melalui pembedahan adalah haram bagi mereka yang mempunyai satu alat kelamin yang jelas kemudian berhajat menukarnya. Ia termasuk perkara yang dilaknati Tuhan.

Jika dia menggunakan alat kelamin wanita ketika membuang air kecil maka dia dihukum sebagai seorang perempuan dan yg boleh memandikan jenazahnya ialah perempuan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 8-4-2007 09:59 AM
Jika dia menggunakan alat kelamin wanita ketika membuang air kecil maka dia dihukum sebagai seorang perempuan dan yg boleh memandikan jenazahnya ialah perempuan juga.


aku kurang phm part yg aku quote kn tu....kalo die laki...mmg dh terang2 die laki...pastu die tuka segale atas bawah kepade perempuan....
maknenye dh cm ppuan btol...wpon mmg die tuka segala alat kelamin sume tu adalah haram, kirenye bile die mati nnt, die dihukum sebagai ppuan dan dimandikn oleh ppuan jugak ke???ke aku silap phm maksud ayat ko??

tlg jelaskn lg

tq



[ Last edited by  lin_okinawa at 8-4-2007 12:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 8-4-2007 08:02 AM
aku nak tanyer sikit ler kan...kalo manusia dua alam ( maksud aku pondan) yg atas bawah semua da h operate nie meninggal...saper erk yg mandikan jenazah dia..laki ker perempuan..:hmm:   


Kena mandikan ke pondan-pondan ni? Kalau kena mandikan gak, soh je geng-geng pondan yang mandikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by lin_okinawa at 8-4-2007 12:47 PM


aku kurang phm part yg aku quote kn tu....kalo die laki...mmg dh terang2 die laki...pastu die tuka segale atas bawah kepade perempuan....
maknenye dh cm ppuan btol...wpon mmg die tuka segala ...


Bila dah buat pembedahan untuk tukar jantina...alat kelamin lelaki dah takde lagi, buah yg dua biji tu pun dibuang..dia orang akan buat alat kelamin tu serupa macam perempuan..cuma takde rahim. So bila dah jadi macam perempuan bila mati nanti perempuan juga yg kena mandikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2007 10:14 PM | Show all posts

Reply #6 zerozone's post

Betul jugak yer!!  Nanti lain macam pulak kalau lelaki yang mandikan.

Saya pun tak pasti macamana nak buat ni.  Tapi setakat ni mungkin saya setuju dengan zerozone.  Sebab peralatan dia dah jadi serupa perempuan.

Nanti saya cuba cari jawapan yang sahih.  InsyaAllah kalau jumpa saya post sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 12:40 AM | Show all posts

Reply #6 zerozone's post

kalo mcm tuu..laki yg jd ppn tuu leh ler sentuh perempuan yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 02:11 AM | Show all posts
Ada hadith mengenai sorang pejuang islam yang cedera parah dalam peperangan menentang kaum Quraisy bersama-sama Rasullulah yang tak dapat menahan sakit kecederaannya mengambil keputusan membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri. Rasulullah dapat tahu terus enggan solat jenazah sebab tempatnya adalah neraka jahanam

Rasionalnya.....

Membunuh diri diharamkan dalam agama islam, menukar jantina juga haram.
Kalau sudah melakukan perkara yang haram, islam lagikah orangnya?
Kalau bukan islam lagi, patutkah dikebumikan cara islam?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 08:25 AM | Show all posts

Reply #9 Jukebox's post

Kalau tak salah saya hukum bunuh diri ni kafir kerana ada hadith yg mengatakan bahawa orang yg bunuh diri akan diseksa dlm neraka jahanam selama2nya. Itu sebab nabi tak solat jenazahnya.

Bagaimanapun saya tak pasti hukum orang yg menukar jantina ni...kalau tak jatuh kafir kenalah diuruskan ikut cara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 03:36 PM | Show all posts
bagi orang yang tukar jantina ni, ape hukuman di akhirat nanti ek??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 06:23 PM | Show all posts
bagi pendapat saya laa kan.. dalam kes ni.. apa jua keadaan si mati, sekiranya dia lelaki pada awal zahirnya.. maka lelaki laa yang akan mandikannya... dan kalau perempuan pada awal zahirnya maka perempuan laa mandikan.. tidak kira laa dia tukar jantina ker apa ker.... sebab rohnya tetap lelaki.. dan bersentuhan kulit si lelaki dengan wanita tetap batal wuduknya... auratnya tetap seperti lelaki dengan perempuan..

dalam kes apa hukumnya dia menukar jantina.. maknnya ALLAH laknat dia.. selagi dia tidak bertaubat nasuha.. nauzubillah.. dan ingat.. bila perkataan LAKNAT yang dinyatakan dengan jelas.. maka nauzubillah hukumannya apa di akhirat nanti... hanya ALLAH sahaja yang tahu.,. dan ingat mereka yang membuat seks yang songsang ni nabi tidak mengaku umatnya.. maka kiranya di akhirat nanti jika kita ni tak dianggap umat Muhammad, maka apa laa nasib kita nanti.....

maka segera laa bertaubat... ( ini peringatan pada diri saya juga)
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 08:50 PM | Show all posts
Dibawah ni saya paste soal jawab agama dari laman mufti Melaka

Pengirim          nadzri che kamis ([email protected])
Alamat         Kingfisher II, Likas Sabah
Tarikh         03-02-2001
Kategori         JENAZAH/KUBURAN
Tajuk         Mandi jenazah yg telah tukar jantina
Soalan         1. Bagaimana hendak memandikan dan menyembahyangkan jenazah seseorang yang menukar jantina, samada mengikut jantina asal kejadiannya atau jantina pada ketika ia meninggal?
Jawapan         Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.

Perbuatan pembedahan orang lelaki atau perempuan untuk ditukar anggota jantinanya adalah haram di sisi syarak. Seorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan begitu juga sebaliknya. Seorang yang dilahirkan 'khunsa musykil' iaitu ada 2 alat kelamin lelaki dan perempuan, maka diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu jantina yang benar-benar berfungsi dan dapat digunakan. Oleh itu, masalah-masalah dan hukum-hukum yang bersabit dengan penukaran jantina seperti perkahwinan, kematian dan warisan dan sebagainya adalah didasarkan kepada jenis kejadian jantina asal seseorang. Sekiranya dia meninggal dunia maka mayatnya ditajhizkan menurut jantina asalnya.

Sekian. Wallahu a'lam.
Tarikh kemaskini         05-02-2001
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 09:02 PM | Show all posts
Pengirim          Zaiton ([email protected])
Alamat         Bkt.Tinggi Jasin
Tarikh         30-09-2001
Kategori         JENAZAH/KUBURAN
Tajuk         Menyempurnakan jenazah org yg menukar jantina
Soalan         Ybhg.Datok.
Assalamualaikum,
saya ingin tahu satu kemuskilan, iaitu jika
seseorang lelakiyang telah menukar jintina iaitu lelaki kepada perempuan melalui pembedahan dengan menukarkan sifat lelakinya kepada perempuan, jika ia meninggal adakah kita sembahyangkan mengikut cara lelakikah atau perempuan,
sekian terima kasih.
Jawapan         Assalamualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.

Lelaki yang menukar jantina kepada perempuan melalui pembedahan atau dengan apa cara sekalipun maka dia tetap dikira sebagai seorang lelaki. Segala amal ibadat yang diwajibkan ke atasnya hendaklah dilaksanakan menurut ketetapan syarak ke atas seoarang lelaki. Oleh itu, sekiranya dia meninggal dunia maka hendaklah jenazahnya disempurnakankan selaku seorang lelaki termasuk cara solat ke atasnya.
Wallallhu a'lam.
Tarikh kemaskini         01-10-2001


Laman Web ini dibangunkan oleh Universiti Multimedia
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Radio Malaysia Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 12:08 AM | Show all posts
kesimpulannya...kalo dah mmg lahir seorg lelaki maka segala urusan seperti lelaki juga...
tak yah ar bedah2..bersyukur ar aper yg diberi..Allah nak menduga iman2 org erpilih..samaade kuat atau lemah..jgn ikut sgt naluri yg songsang...semua tu godaan syaitan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.832137 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list