CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2772|Reply: 17

Kasih seorang bapa

[Copy link]
Post time 26-10-2007 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Bapa tidur di kaki limaOleh Norfaisal Jahuri


MELAKA: Seorang bapa sanggup tidur di kaki lima sehingga pagi semata-mata mahu menghantar kuih raya kegemaran anaknya yang ditahan di Pusat Serenti Tiang Dua dekat sini, semalam.

Warga emas berusia 56 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu tiba di Melaka Sentral, dekat sini dengan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur pada malam kelmarin sebaik tiba dengan kereta api dan terpaksa tidur di kaki lima pusat itu sehingga awal pagi.

Bapa kepada tiga anak itu tidak berkemampuan untuk menyewa bilik atau hotel di bandar ini menyebabkan dia lebih rela tidur di kaki lima sebelum pusat itu dibuka untuk kunjungan sempena program lawatan keluarga sempena Aidilfitri Pusat Serenti Remaja itu.

Beliau yang bersendirian terpaksa beberapa kali bertukar bas dan hampir terlepas perjalanan kereta api dari Pasir Mas ke Kuala Lipis kerana kehabisan tiket.



Bagaimanapun lelaki yang hanya dikenali sebagai `Dollah' itu bernasib baik kerana mengenali seseorang di stesen kereta api Pasir Mas yang berjaya membantu mendapatkan tiket untuk ke Kuala Lipis sebelum menyambung perjalanan dengan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur dan negeri ini.


Katanya, demi anaknya itu, dia sanggup datang ke negeri ini dengan membawa kuih raya kegemaran anaknya iaitu tat nanas dan batang buruk.

"Sedih hati saya terkenangkan anak kedua saya itu yang tidak dapat bersama kami pada hari raya tahun ini.

"Kerana sayangkan dia, saya sanggup bersusah-payah berjalan jauh semata-mata untuk jumpa anak saya itu walaupun masa lawatan singkat," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Seramai 114 pelatih menemui keluarga masing-masing di pusat serenti berkenaan.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat Pusat Serenti Tiang Dua, Datuk As'ari Ibrahim. Hadir sama Komandan pusat serenti berkenaan, Mohd Said Muharam.

Dollah berkata, dia berharap anaknya akan berubah selepas menjalani pemulihan di pusat serenti itu.

"Bapa mana yang tidak sayangkan anak dan saya berharap anak saya akan insaf dan menjadi insan yang berguna pada masa depan," katanya

Sementara itu, anaknya yang dikenali sebagai Bakar, berkata dia menjalani program pemulihan sejak awal tahun ini selepas ditahan kerana didapati menggunakan pil kuda.

Katanya, dia menggunakan pil kuda sejak di bangku sekolah ketika berusia 14 tahun.

"Saya sedih kerana, ayah sanggup datang dari jauh dan terpaksa bersusah payah semata-mata nak menghantar kuih raya kepada saya.

"Saya insaf dan bertekad tidak mengulangi apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 03:00 PM | Show all posts
:cry: :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:01 PM | Show all posts
sian aku kat pak dollah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:02 PM | Show all posts
"Katanya, demi anaknya itu, dia sanggup datang ke negeri ini dengan membawa kuih raya kegemaran anaknya iaitu tat nanas dan batang buruk."

adakah anaknya akan buat sedemikian demi ayahnya?. harap2 'bakar' insaf akan pengorbanan ayahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:24 PM | Show all posts
hensom ke pak dollah...nak jadi anak angkat dia cam mana yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2007 03:50 PM | Show all posts
sedeynya....
kalau anak tak insaf2  jugak, harus dipancung ajerk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:53 PM | Show all posts
sedeynya....
kalau anak tak insaf2  jugak, harus dipancung ajerk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2007 04:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 04:50 PM | Show all posts
harap2 anak pak dollah ni insaf la pas ni...
sok jgn lupe kt ayah tu...susah payah dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 05:00 PM | Show all posts
mlm td ma tgok citer tikar buruk..menangis teresak2..punyelah sedih..
pengorbanan makbpk,
ank kaya tp makbpk dia abaikn..
nak raya pulak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 05:00 PM | Show all posts
mlm td ma tgok citer tikar buruk..menangis teresak2..punyelah sedih..
pengorbanan makbpk,
ank kaya tp makbpk dia abaikn..
nak raya pulak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 08:28 PM | Show all posts
sedih baca cerita ni...kadang-kadang anak lelaki terutamanya selalu lupa ayah pun sayangkan anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:54 PM | Show all posts
ank lelaki ni,
biasa ma dengar,bila dah kawin,makbpk jauh sikit da..-dunno lah betul ke tak..
ank pompuan,dah kawinpun,masih close ngan maknye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 5-11-2007 05:00 PM
mlm td ma tgok citer tikar buruk..menangis teresak2..punyelah sedih..
pengorbanan makbpk,
ank kaya tp makbpk dia abaikn..
nak raya pulak tuh..


tikar buruk ke pondok buruk ma??
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 12:58 PM | Show all posts
pondok buruk..salah type..
sedih citer tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 12:18 AM | Show all posts
kalo ank xserik2 jgk xtau la kn
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 03:57 PM | Show all posts
bakar bin dollah, aku igt name ni

kalau name ni keluar pusat serenti ,xinsaf jugak, jadik penagih balik, jadik anak derhaka, tak bela  mak ayah ko,,

siap ko..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.158776 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list