|
Kenapa Jebat tewas?DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.
Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.
Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.
Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.
Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain 損olitik selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Hang Tuah sentiasa menganggap bahawa dia sentiasa berada di landasan yg beTUL |
|
|
|
|
|
|
|
Kebangkitan semula fahaman sosiolis dan Malaysian Malaysia oleh musuh dalam selimut sudah dikesan semula. Hanya menunggu masa untuk meledak. Seterusnya, pengistiharan perang terhadap Seri Paduka Baginda akan berlaku lagi....dan insyaAllah, petualang negara itu akan sekali lagi berdepan dengan Askar Melayu....
Sememangnya sudah dihidu, pengembangan ideologi dan indoktrinasi ala komunisma zaman Parti Komunis Malaya kini semakin menular. Hilangnya rasa kenegaraan dan rasa kebangsaan telah mula ditiup oleh golongan yang ada agenda peribadi. Hasilnya akan wujudlah golongan yang mengagungkan sosiolisma atau kesamaan antara sesama warganegara....
Patutlah, kenapa tiba tiba Chin Peng mahu pulang semula ke Malaysia...negara yang diinjak injak dulu....dan yang menyedihkan....ramai yang mempertahankan perjuangannya...dan ramai pula si bodoh yang mula mengangkat Syamsiah Fakeh, Abdullah CD dan Rasyid Maidin sebagai pejuang...sedangkan merekalah musuh durjana...malah ada yang menerbitkan filem mengagungkan perjuangan komunis...擫elaki Komunis Terakhir |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa kisah hang nadim, singapura di langgar todak..
kisah budak cerdik yg dibunuh disebabkan oleh hasutan datuk2 yg menjadi penasihat sultan..
harap datuk2 n sultan2 sekarang takde la sezalim dan "sebijak" seperti segelintir org2 terdahulu...
jadik la seperti sultan2 n pembesar2 seperti zaman keemasan khilafah dulu, harap mereka2 yg menjadi leader nih ikut Al-Quran n Sunnah, bukan ikut nafsu... |
|
|
|
|
|
|
|
...
watak hang jebat lebih kurang sama dengan iblis
-tu je la yg dapat dipikirkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by adi_iskandar at 24-3-2008 03:55 PM
Tanda-tanda tu memang ada. almaklumlah tak semua komunis yg dulu2 buang kepercayaan diorg sepenuhnya. Pernah masuk bilik member aku kat U tempatan nak buat assign siap ada poster Prsiden Ma |
|
|
|
|
|
|
|
kes menteri besar terengganu.....ni la lagi satu kelemahan sistem demokrasi...sampai bila kita baru betul2 mahu menolak sistem ni?
-sistem beraja lebih elok ?...
raja lambang adat resam, lambang adat istiadat, lambang agama. kalau sistem raja dihidupkan semula, kita kan kembali ke zaman dulu..dengan latarbelakang 2008....huhu..(tak yah jadi highlander) ...elok @ ?
pakaian orang rome. sparta, macam ihram (pakaian semasa menunaikan hajji..bagi lelaki sahaja)
lari tajuk sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa hikayat Hang Tuah ni adalah cerita hikayat dimana ia menceritakan bagaimana masyarakat melayu 'mesti' patuh, taat setia pada raja ( pemerintah ) dimana hang tuah , ikon hero yg taat setia tu , hidup dan dianggap wira...
dan hang jebat plak dianggap villain( penjahat ) dimana akhirnya beliau mati .....
hang tuah - taat patuh pada raja, walopun raja tu pernah menjatuh kan hukuman mati pada beliau....sanggup bangkit balik dan menentang kawan baik dia sendiri padahal kawan baik dia itu lah yg membela nasib hang tuah ....masa dia kena aniaya dgn raja ......
hang jebat plak seorang yg berdiri teguh pada semangat setiakawan dan kebenaran... akhirnya menjadi mangsa org yg *gila kuasa cam hang tuah....yg masih tetap pendirian nye dgn kesetiaan pada raja, walopun raja tu tak betul ....
* tapi dlm buku teks sekolah tak la tulis hang tuah tu gila kuasa...cuma dia tulis...kepercayaan org melayu dulu2 mesti patuh dan sgt setia pada raja....lebih2 lagi pembesar istana
ikut raja yg zalim -hero ( tapi nampak bodoh )
menentang raja@kerajaan ( pada masa raja tu buat salah @ aniaya rakyat )-jahat- mati ( tapi nampak bijak dan berani )
jadi biar nampak bodoh ( nampak cam pembodek ke, apa ke ) janji hero dan hidup
dari nampak bijak dan berani tapi dianggap jahat dan mati....
jadi aku rasa ni semua adalah cerita rakyat dulu2 utk mendidik rakyat supaya taat dan setia pada sultan @kerajaan......jgn memberontak...nanti kalah - kerajaan sukar ditumpas kan...mustahil.....itu lah yg cuba diserap oleh org yg mencipta hikayat nie ( tak bermakna wa menafikan kewujudan hang tuah ) mungkin jalan cerita nyer ditukar supaya ia dpt mendidik rakyat kearah patuh la pada raja dan kerjaan ...
yea la dlm buku teks kena la olah sikit cerita tu supaya nampak bermoral.....
tapi hakikat nyer betul ke hang tuah tak main dgn gundik raja ??? baik sgt ke hang tuah tu?
nape hang tuah patuh sgt pada raja? mesti ada kepentingan peribadi kan???/
jadi kena la sesuai cerita dgn moral dan unsur 2 yg baik supaya tak merossak kan jiwa generasi anak2 Malaysia nie....
yea la budak2 mesti la suka cerita straight forward- mudah faham....
wa tau jauh dari sudut hati korang , korang menganggap hang jebat wira....tapi terpaksa gak setuju yg hang tuah tu wira pasal dlm kepala hotak kita dah di sematkan dah bahawa sultan dan raja ( kerjaan jgn ditentang , kalo ditentang jadi la cam hang jebat mati..... )
lagi pun hang jebat mati...nape plak org mati yg jadi hero.......itu la yg telah disemat dlm kepala hotak kita org melayu..........
jadi hang jebat la hero sebenar, ko bayang kan la cam mana susah nyer hang jebat nak menegak kan kebenaran...dgn mentaliti org melayu dulu2 yg tak berani
menentang sultan....\\ |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat zaman sekarang ni.. rase-rasenya sape tuah dan siapa jebat.. fikir-fikir kan lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
..
susah la nak fikir2...
bagitau je kan senang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ulang ape forumer dah sebut:
"Sungguh bertuah engko Hang Tuah"
menarik gitu ....
watak hang jebat lebih kurang sama dengan iblis
emmm !
Kalau gini
Watak H J lebih kurang Abu Bakar ngan Omar
Cam mane gitu? Agak je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
yeah~!..
kite suke jebat gaks...
dea baru lar wira yg sbenarnyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adi_iskandar at 24-3-2008 03:55 PM
Kebangkitan semula fahaman sosiolis dan Malaysian Malaysia oleh musuh dalam selimut sudah dikesan semula. Hanya menunggu masa untuk meledak. Seterusnya, pengistiharan perang terhadap Seri Paduka ...
Berhati-hati la orang Melayu...dalam keadaan skrg nie musuh-musuh bangsa Melayu mula bangkit untuk teruskan matlamat mereka yang gagal satu masa dulu...
P.S: Yang takleh tahan, bile 'orang tuh' cakap undi parti sekutu melayu sebagai undi Melayu tak pulak orang kecoh kata mereka racist! |
|
|
|
|
|
|
|
pencipta lagenda tuah dan jebat ni tun sri lanang ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku sbenarnye percaya hikayat hang tuah nie sbenarnye sejarah.Bagi aku kedua-dua hang jebat dengan hang tuah hero.Jebat mengamuk kerana kawan tapi mengapa membunuh orang yang tak berdosa?Tuah bunuh jebat kerana setia tapi setia pada sultan yang kejam?Kalau lihat dari sudut positif Tuah berhitung dengan jebat sebab dia dgr perbuatan kejam jebat semasa mengamuk....mungkin juga sultan yg mengapi-apikan dier.....bagi aku diorang dua berlawan untuk aper yg diorang percaya sebab tu aku raser diorang mulia.
Dalam hikayat yang aku dgr walaupun tuah lebih pandai bersilat tapi jebat paling hebat bermain senjata.Mereka berdua sebenarnye setanding....Jebat mati kerana dia lagi rela dibunuh Tuah dari membunuhh Tuah.
Memang tak logik kalau kater tuah ini terlalu baik orgnyer tapi kalau dikatakan pendekar aku percaya 100% tuah tak pernah khianat sebab pendekar lebih pentingkan maruah dari perasaan.Memang susah nak cayer tapi dunia nie besar bukannya takder org macam nie........ |
|
|
|
|
|
|
|
Jebat bersalah dari segi syariat..dari segi moral dia menang..dia tak bermukah pun dgn dayang2..itu semua gossip penulis sejarah melayu
Jebat dalam plan pertarungan tu mesti kalah..jadi di taat pd perintahNya dan ditikam oleh TUah..Tuah tak rela pun menyembelih adiknya sendiri..tapi kena taat Perintah..
ini pengorbanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana ko tau org 2 melaka dulu tak berdosa....tak pakai tangkal tak bela toyol, tak pakai susuk......tak pakai saka...... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ingat balik perjuangan Tok Janggut kat Kelantan hampir 100 tahun lepas...apa jadi pada beliau?
Mayat Tok Janggut digantung terbalik...hingga mengundang simpati orang ramai. Walaupun tiada gambar dibenarkan diambil, ada satu gambar terlepas dan boleh ditengok sampai hari ni. Hukuman ni ditandatangani oleh Sultan Kelantan sendiri...
Sama ada Sultan dipaksa tandatangan atau sukarela tandatangan sebagai amaran kepada penentang (British ?) masih menjadi tanda tanya...
Sebab tu sultan kena ada penasihat yang bijak dan kuat...kalau kisah Tuah dan Jebat ni berulang zaman moden ni, tak tau apa kesudahan nanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|