CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6375|Reply: 25

SRI LANKA: update - LTTE isytihar gencatan senjata!!

[Copy link]
Post time 27-5-2008 12:14 PM | Show all posts |Read mode
8 mati, 70 cedera letupan bom dalam kereta api di Sri Lanka


COLOMBO: Lapan terbunuh manakala 70 lagi cedera apabila bom meletup dalam kesesakan penumpang menaiki kereta api di pinggir bandar raya ini.

Serangan pada tengah hari itu adalah kedua dalam masa empat hari lalu yang mensasarkan orang awam.

Pada Jumaat lalu, satu serangan bom menyebabkan 16 orang terbunuh di Kilinochchi.

Dalam kejadian terbaru ini, bom meletup di stesen kereta api Dehiwala, kira-kira 10 kilometer di selatan Colombo.

Jurucakap tentera, Brig. Udaya Nanayakkara, memberitahu serangan itu dilakukan kumpulan pemberontak Tamil Eelam. - AP




bom sana bom sini... gempa sana gempa sini... ribut sana ribut sini... tak selamat dah kat bumi nih..   

[ Last edited by  amazed at 26-4-2009 20:06 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 12:27 PM | Show all posts
biasalah....kat mane2 pun xslmt skrng nie...
susah nk idup
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:36 PM | Show all posts
nasib baik la kat malaysia ni xde lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:28 AM | Show all posts
Tentera gempur LTTE, 83 maut
18/09/2008

COLOMBO 18 Sept. – Sekurang-kurangnya 83 terbunuh dalam pertempuran paling sengit sejak tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Menurut jurucakap tentera, korban terbesar berlaku dalam pertem puran di daerah Nachhikkudah, kira-kira 300 dari sini, apabila lebih 40 anggota LTTE dan 10 askar terkorban.

“Pertempuran sengit telah berlaku di daerah itu sepanjang hari semalam dan pihak tentera berjaya menguasai seluas 1.5 kilometer daerah itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata, sekurang- kurangnya 27 askar dan 30 pemberontak LTTE turut cedera dalam pertempuran itu.

Sementara itu, seramai 32 orang lagi pemberontak terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam siri pertempuran di beberapa kawasan lain.

Jurucakap tentera itu menambah, seorang askar turut terbunuh dan enam lagi cedera dalam siri pertempuran itu.

Kelmarin, tentera berkata, mereka berjaya bergerak masuk sejauh tiga kilometer ke pekan Kilinochchi yang merupakan kubu kuat LTTE sejak ia melancarkan penentangan ke atas kerajaan pada 1983. – Reuters


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

di Sri Lanka memang sokmo ada pemberontak2 ni....
kalau tak sesama sri lankan,  depa fight dengan indian tamil -
bom sana sini... memang keadaan negara depa yang tak
stabil pun..    depa sebok dok berontak sana sini -- sekali
kena lagi disaster tsunami... mungkin depa sedar sikit -


*mod zed, nanti minta tolong updatekan ye -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 08:30 AM | Show all posts

Reply #4 dexa's post

kawan aku gi umrah few months ago... depa singgah kat sri lanka... wokey lak aku tengok gambaq yg dia snap tu.... kat negombo... abt 2 hours dari colombo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 03:14 AM | Show all posts

Reply #5 amazed's post

slamat ke kat colombo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #6 razhar's post

kalu ko tanya aku... aku nasehatkan tak yah ler ko pegi sana bro!!  kat sana depa letupkan bas, bangunan senang2 ajer... apa depa takut...   pada aku mmg tak selamat pung!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 01:05 PM | Show all posts
Letupan bom di utara Sri Lanka
COLOMBO: Letupan kuat berlaku di pekan Anuradhapura, di bahagian utara Sri Lanka, awal hari ini dengan ramai dilaporkan cedera atau terbunuh.

Letupan itu dipercayai dilakukan pengebom berani mati yang ada kaitannya dengan kumpulan pemberontak Harimau Tamil.

"Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) merancang letupan berani mati ini.


"Jumlah mereka yang cedera agak ramai, tapi kami tiada maklumat terperinci lagi," kata jurucakap tentera, Brigadier Udaya Nanayakkara.

Beliau berkata, letupan itu berlaku bertentangan dengan pejabat Parti Perpaduan Nasional. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2008 04:01 PM | Show all posts
27 maut letupan bom



ANGGOTA tentera dan polis Sri Lanka menyiasat kawasan pejabat baru Parti Nasional Bersatu (UNP) di pekan utara Anuradhapura, yang menjadi sasaran bom penyerang bunuh diri, semalam.



Penyerang bunuh diri LTTE masuk pejabat pembangkang Sri Lanka

COLOMBO: Serangan bom penyerang bunuh diri membunuh 27 orang termasuk seorang jeneral bersara tentera yang juga seorang pemimpin parti pembangkang di pekan bersejarah Anuradhapura di Sri Lanka, semalam.

Jurucakap tentera berkata letupan yang disyaki didalangi pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 80 mangsa.

Pengebom menyerang ketika sesi pembukaan pejabat baru parti pembangkang, Parti Nasional Bersatu (UNP) di pekan utara Anuradhapura, 200 kilometer di utara ibu negara, Colombo yang dihadiri Mejar Jeneral (Bersara) Janaka Perera.

" Penyerah bunuh diri masuk ke dalam bangunan dan meletupkan dirinya, pegawai kanan saya berkata 22 orang terbunuh termasuk Janaka Perera dan isterinya," kata Timbalan Inspektor Jeneral KPP Pathirana. Jumlah mangsa terbunuh kemudian meningkat kepada 27 orang.

Jurucakap tentera, Brigadier Udaya Nanayakkara, berkata letupan itu didalangi pemberontak LTTE dan disasarkan kepada Perera kerana jeneral itu menentang LTTE dan menimbulkan tentangan di selatan negara itu.  

MANGSA letupan diberi rawatan di hospital Anuradhapura, semalam.

Perera yang mengetuai kempen perang sivil menentang LTTE, memenangi kerusi di wilayah Utara Tengah di negara itu Ogos lalu bagi membolehkannya menjadi pemimpin pembangkang.

UNP secara rasminya menyokong penyelesaian konflik secara rundingan dengan LTTE selain menuduh kerajaan melancarkan operasi tentera bermotif politik.

Pemimpin UNP, Ranil Wickremesinghe adalah Perdana Menteri pada Februari 2002 apabila Colombo dan pemberontak itu mengadakan rundingan damai dengan Norway sebagai orang tengah sebelum proses itu musnah awal tahun ini.

Turut terbunuh dalam serangan terbaru ialah seorang wartawan televisyen wanita yang merakam majlis, kata majikannya, stesen swasta Sirasa.

Minggu lalu, pemerintah tentera Sri Lanka, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka mengumumkan bahawa tentera kerajaan berada dua kilometer dari ibu pejabat utara LTTE di Kilinochchi.

LTTE tentu menerima tamparan hebat jika hilang kawalan di Kilinochchi sejak pergerakan itu mengangkat senjata pada 1972 bagi menuntut hak untuk etnik minoriti itu sebelum menuntut pembentukan negara berasingan masyarakat berkenaan empat tahun selepas itu.

Pertempuran hujung minggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota LTTE maut manakala dua askar kerajaan terbunuh. � Reuters/AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 01:41 PM | Show all posts
01 November, 2008   
Sri Lankan Navy, Rebels Clash In North



COLOMBO, Nov 1 (Bernama) -- Four boats of Tamil Tigers were destroyed and 14 Tamil Tiger rebels were killed in clashes with the Sri Lankan Navy off the northern Jaffna peninsula Saturday morning, Xinhua news agency reported quoting defense officials said.

Officials from the Navy said the clashes took place at about 6: 30 a.m. (0100 GMT) off the coast of Nagarkovil.

They said 16 members from the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) and five naval sailors were injured in the confrontation.

Government troops and the LTTE are fighting a fierce battle in the north with military leaders saying they will totally crush the organization in the near future.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 08:01 PM | Show all posts
LTTE bunuh 90 askar Sri Lanka

COLOMBO 11 Dis. - Gerila pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mendakwa, pihaknya berjaya membunuh sekurang-kurangnya 90 askar kerajaan dan mematahkan serangan mereka dalam pertempuran sengit di pinggir bandar Kilinochchi, semalam.

Dalam satu kenyataan melalui laman webnya, kumpulan itu mendakwa, lebih 60 askar terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu pertempuran di utara bandar itu.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 29 anggota tentera terbunuh dan kira-kira 60 lagi cedera dalam satu lagi pertempuran di selatan Kilinochchi.

" Pertempuran sangat sengit sehingga tentera terpaksa berundur," kata LTTE dalam kenyataannya di laman web tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun tidak pula menyatakan jumlah anggotanya yang terkorban dan cedera dalam pertempuran tersebut.

Tentera Sri Lanka setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan LTTE tersebut.

Bagaimanapun, pegawai tentera mengesahkan pihaknya masih meneruskan operasi memerangi gerila tersebut di Kilinochchi yang menempatkan ibu pejabat bahagian politik LTTE.

" Pihak tentera berjaya mengusir kumpulan itu. Dipercayai beberapa anggota LTTE cedera dan mungkin maut dalam pertempuran tersebut," katanya.

Kerajaan Sri Lanka pada Januari lalu telah menamatkan perjanjian damai tajaan Norway dengan melancarkan operasi ketenteraan ke atas LTTE di sekitar Kilinochchi, 330 kilometer ke utara bandar ini.

Gerila LTTE telah melancarkan penentangan ke atas kerajaan bagi mendapatkan kemerdekaan dan tanah air sendiri.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 06:37 PM | Show all posts
Sri Lanka troops 'enter rebel HQ'                               

Sri Lanka's military says its soldiers have enteredthe Tamil Tiger rebels' de facto capital Kilinochchi in the north, forthe first time in a decade.
Senior military officials said troops had fought their way tothe main railway station and would have the town under control "withinhours".
But pockets of rebel resistance are said to remain and the fighting is continuing.
The Tamil Tigers have not commented on the military's latest claims.
In a statement on Thursday night, the Tigers said a further five civilians had been killed in airstrikes.
The Sri Lankan army has been advancing towards Kilinochchi for months.


           

The BBC's Roland Buerk in Sri Lanka says the capture of the townwould be a major blow to the Tamil Tigers, who have held it for adecade.
It is where the Tigers have established their administrativeheadquarters and assembled the trappings of the separate state theywant for the ethnic Tamil minority.
Both sides have recently claimed to have inflicted heavy casualties on each other in the north of the island.
But there have been no independent reports from the frontlines and it is impossible to verify either account of casualties.



Gained control
"The troops have entered Kilinochchi from three directions andwe believe within the next couple of hours troops will capture theentire [town]," government spokesman Lakshman Hulugalla said.
Military spokesman Brigadier Udaya Nanayakkara said there werestill "enemy pockets" of rebel fighters in the town, adding that"troops are trying to gain full control within the next few hours".


baca seterusnya : http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/7807527.stm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:45 AM | Show all posts
LTTE selinap pertubuhan antarabangsa



GAMBAR yang dikeluarkan oleh Tentera Sri Lanka kelmarin
merakamkan askar-askar kerajaan sedang mara memasuki
kawasan yang menjadi kubu dan pangkalan laut LTTE
di daerah Mullaittivu selepas menawan kubu tersebut
pada 5 Februari 2009. - AFP


COLOMBO 7 Feb. - Sri Lanka meningkatkan serangan ke atas Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini, ketika pegawai tertinggi jabatan pertahanan menuduh kumpulan pemberontak itu "menceroboh" pertubuhan antarabangsa dalam usaha mencapai gencatan senjata.

Pertempuran terbaru dilaporkan berlaku di utara Sri Lanka, semasa akhbar Daily News memetik Setiausaha Pertahanan, Gotabhaya Rajapakse sebagai mendakwa bahawa agensi bantuan antarabangsa malah pertubuhan berita menyebelahi LTTE.

Ketika banyak negara dan agensi meminta Colombo menghentikan tindakan ketenteraan ke atas LTTE bagi mengelakkan orang awam terkorban, kerajaan enggan berbuat demikian dengan alasan sedang berada di ambang kemenangan.

"Terdapat kempen yang dirancang rapi untuk memburukkan kerajaan dan pasukan keselamatan serta mewujudkan tekanan supaya diadakan gencatan senjata oleh ejen LTTE yang telah menyelinap ke dalam pertubuhan antarabangsa dan institusi media," kata Gotabhaya dalam laporan akhbar tersebut.

Kumpulan hak asasi dan beberapa buah negara kecewa dengan tindakan Sri Lanka menolak permintaan agar diadakan "tempoh tanpa tembakan" untuk membawa keluar orang awam dari zon konflik.

Pada masa yang sama, LTTE juga dikritik kerana menahan rakyat sebagai perisai manusia.

Gotabhaya yang juga adik kepada Presiden Mahinda Rajapakse berkata, ada pihak memihak kepada LTTE dan "mereka-reka berita mengenai senario bencana kemanusiaan dan menyebarkan maklumat palsu."

Menurutnya, tidak sampai 100,000 orang awam terperangkap dalam pertempuran di timur laut negara ini, berbanding 250,000 yang dilaporkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2009 07:09 PM | Show all posts
28 maut serangan bom berani mati LTTE
09/02/2009


COLOMBO 9 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 06:38 AM | Show all posts

LTTE rekrut kanak-kanak secara paksa

COLOMBO 17 Feb. - Kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) telah merekrut kanak-kanak dan seorang pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara paksa, malah menembak dan membunuh penduduk yang cuba melarikan diri dari kawasan perang.


Penyelaras penempatan PBB untuk Sri Lanka, Neil Buhne berkata, ramai rakyat yang tidak patut ditembak telah menjadi mangsa kezaliman pemberontak LTTE.

"LTTE sekarang merekrut remaja semuda 14 tahun. Ia telah berlaku sebelum ini namun kini nampaknya ia semakin menjadi-jadi," ujarnya lagi.

Tentera Sri Lanka telah mengepung kumpulan gerila ini di kawasan hutan dan sedang menggiatkan lagi serangan bagi menghapuskan pemberontakan yang bermula sejak 1983 ini dalam perang paling lama di Asia.

Buhne menjelaskan, LTTE menghalang penduduk keluar dari zon perang yang kini tinggal 142 kilometer persegi.

Permintaan agar ribuan orang awam dilindungi menyebabkan kerajaan Sri Lanka menyediakan zon bebas tempur yang kemudian dipindahkan ke kawasan pantai minggu lalu, selepas kawasan asal dibedil LTTE. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 09:24 PM | Show all posts
LTTE nafi rekrut kanak-kanak

COLOMBO 18 Feb. - Kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini menafikan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa mereka melatih kanak-kanak sebagai anggota mereka.

''Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan LTTE merekrut kanak-kanak di bawah umur 18 tahun,'' kata ketua sayap politik LTTE, B. Nadesan kepada laman web pro pemberontak, Tamilnet.com.

Beliau membuat penafian itu selepas Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF) mendakwa kumpulan pemberontak itu meningkatkan pengambilan tenteranya di kalangan penduduk awam, termasuk remaja berusia 14 tahun.

Menurut UNICEF, sejak 2002, LTTE telah merekrut lebih 6,000 kanak-kanak sebagai anggotanya.

Nadesan turut menuduh tentera Sri Lanka membunuh, menyiksa dan memenjarakan remaja Tamil yang disyaki terlibat dengan jaringan pemberontak.

Beliau juga berkata, ribuan kanak-kanak telah dibunuh, disiksa hingga cacat atau ditinggalkan tanpa bekalan makanan semasa pertempuran tentera Sri Lanka dengan LTTE di utara negara ini.

Tentera Sri Lanka hampir-hampir memusnahkan LTTE dan menamatkan penguasaan 37 tahun mereka selepas beberapa siri kemenangan dicatat dalam pertempuran di timur laut negara ini.

LTTE 10 tahun lalu pernah berjanji untuk menghentikan pengambilan tentera di kalangan kanak-kanak. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2009 09:54 AM | Show all posts
Pesawat Harimau Tamil serang Colombo

COLOMBO: Tentera Sri Lanka menembak jatuh dua pesawat Harimau Tamil yang melakukan serangan udara di tengah ibu negara dengan dua orang dilaporkan terbunuh apabila salah satu pesawat terhempas di bangunan kerajaan.

Serangan itu membuktikan kekuatan askar Harimau Tamil yang boleh melancarkan serangan di luar kubu mereka di hutan yang jaraknya 87 kilometer persegi sejak menjadi tentera pemisah pada 1983.

Bagaimanapun, ia juga membuktikan tentera kerajaan boleh menghalang serangan udara tentera pemisah yang sejak 2007 melakukan sembilan serangan serupa.

Tentera Sri Lanka berkata kedua-dua pesawat ditembak berdekatan lapangan terbang antarabangsa dengan salah satunya terhempas di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri berdekatan pelabuhan negara itu.

Akibat kejadian itu, dua orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 40 cedera.

"Satu lagi pesawat juga ditembak jatuh dan rangka pesawat ditemui di Katunayake dengan mayat juruterbang masih di dalam pesawat," kata Jurucakap Pertahanan, Keheliya Rambukwella. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 01:40 PM | Show all posts
Tiga terbunuh serangan mengejut LTTE
21/02/2009


COLOMBO 21 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 09:09 AM | Show all posts
LTTE lancar serangan udara

ANGGOTA tentera udara Sri Lanka melihat bangkai sebuah pesawat ringan LTTE yang terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di bandar Katunayake, utara Sri Lanka, semalam. - AFP


COLOMBO 21 Feb. - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) melancarkan serangan udara berani mati ke atas ibu negara Sri Lanka ini malam tadi meragut nyawa dua juruterbangnya dan seorang awam serta menyebabkan 43 yang lain cedera.

Pemberontak LTTE menggunakan dua pesawat ringan dalam serangan malam tadi, sebelum kedua-dua pesawat tersebut dibedil jatuh oleh peluru anti pesawat.

Satu daripada pesawat LTTE itu merempuh sebuah bangunan agensi cukai kerajaan di tengah Colombo, membunuh juruterbangnya dan seorang pejalan kaki serta mencederakan lebih 40 yang lain.

Sementara sebuah lagi pesawat LTTE terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang tentera udara di bandar Katunayake, utara Sri Lanka, mengorbankan juruterbangnya.

Serangan udara itu berlaku pada pukul 9.30 malam (pukul 12 malam waktu Malaysia) dan pihak berkuasa bertindak memutuskan bekalan elektrik di Colombo sebelum memasang lampu besar.

Serangan udara itu dilakukan ketika tentera kerajaan melancarkan operasi besar-besaran bagi menghapuskan LTTE sepenuhnya di kubu kuat mereka di utara Sri Lanka, sekali gus menamatkan perjuangan pemisah Tamil itu selama suku abad.

Insiden itu merupakan satu pukulan kepada kerajaan, ketika pihak kerajaan dua minggu lalu menyatakan bahawa pihak tentera mencatat kejayaan berjaya merampas semua lapangan terbang milik LTTE dan pesawat mereka. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 07:44 AM | Show all posts
32 anggota LTTE maut

Seorang anggota tentera kerajaan sedang membersihkan periuk api berhampiran jalan utama antara Kandy dan Jaffna, berhampiran Muhamalai di selatan Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS

COLOMBO 7 Mac - Sekurang-kurang 32 gerila pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terbunuh dalam pertempuran sengit dengan tentera kerajaan di timur laut Sri Lanka, semalam.

Berpuluh-puluh lagi pemberontak cedera dalam pertempuran di sekitar kawasan tepi pantai Mullaittivu itu, menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan, hari ini.

"Kempen untuk menumpaskan LTTE sudah sampai ke fasa terakhir," dakwa kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menuduh LTTE membunuh tiga penduduk awam dan mencederakan seorang lagi ketika sekumpulan penduduk cuba meninggalkan kawasan pemberontak dengan menaiki enam bot.

Askar turut merampas senjata daripada pemberontak LTTE yang terbunuh itu.

Pemberontak LTTE kini terkepung di satu kawasan yang sempit di Mullaittivu dan tentera berharap untuk menewaskan mereka selewatnya bulan depan. - AFP

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.075094 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list